Friday, 6 June 2014

Kisah Percintaan Gadis Cantik Dengan Seorang Pengemis Jalanan

Kisah ini pernah menjadi perbualan hangat oleh orang ramai satu ketika dulu dalam forum-forum perbincangan dunia maya di China.Percintaan antara seorang gadis cantik dengan seorang pengemis tua merupakan suatu pelik bagi kita yang hidup dalam zaman yang serba maju.


Namun gambar-gambar ini adalah bukan hoax tetapi merupakan benar-benar terjadi. Perbezaan status dalam masyarakat tidak menghalang keduanya untuk menjalin cinta.

Cinta sejati itu benar-benar ada. Dan cinta sejati selalu diperuntukkan bagi mereka yang tak pernah berhenti berharap dengan kegigihan.



Read More

[ Kejam ] Ibu pukul anak sampai mati kerana lipstik

Ibu pukul anak sampai mati kerana lipstik - Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, “Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama”.
Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. 


Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.


Tapi terlambat …. jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup. Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: “Sayang Mama Sampai Bila Bila”.

Sayu apa yang berlaku jika betul lah ibu itu lebih mementingkan " Lipstik " dari nyawa anak nya sudah tidak berguna sesalan apa yang di lakukan nya, cerita ini hanya admin kongsi dari suara genarasi baru sejauh mana kebenaran tidak dapat di pastikan namun cukup untuk di jadikan pengajaran. [ Sumber ]

Read More

Felixia padam foto seksi

Ipoh: “Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

“Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini,” kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam.


Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab.

Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab.

Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum. -Hmetro

Read More

Dengar orang mengaji tengah laut

DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus  berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48.

Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu.Menceritakan kembali detik sebelum tragedi, Che Wan Mohd Razi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam pada hari ketiga mereka berada di laut untuk menangkap ikan.

Menurutnya, ketika itu botnya sedang berlabuh di perairan Kerteh sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah bot pukat tunda besar dipercayai berpangkalan di Kuantan, Pahang menyebabkan botnya terhuyung-hayang lalu mengambil keputusan memotong sauh bagi mengelakkan bot karam.



"Selepas perlanggaran itu, saya cuba hidupkan enjin bot untuk pulang ke pangkalan, tapi gagal kerana masalah bateri.

"Walaupun ketika itu baru dapat satu bakul hasil tangkapan, kami terpaksa batalkan niat menangkap ikan setelah bot rosak," katanya.Bot yang berpangkalan di jeti Nibong Bawah, Dungun itu akhirnya secara perlahan-lahan dihanyutkan arus ke tengah laut sehingga masuk hari kelima.


Tidak putus berdoa

Kata Che Mohd Wan Razi, sepanjang tempoh berkenaan, mereka tidak putus berdoa agar muncul bot lain bagi memberikan bantuan, selain berusaha memberikan isyarat melalui pelbagai cara termasuk menyalakan lampu suluh dan melaung sekuat hati, namun semuanya hampa.Dia juga cuba menghubungi keluarga dan rakan lain melalui telefon bimbit, bagaimanapun tiada isyarat talian.

"Kami hanya bertemankan lampu suluh setelah lampu bot gagal dinyalakan kerana masalah bateri.

“Dalam keadaan seperti itu, kami juga terpaksa makan secara berjimat untuk mengelakkan makanan habis,” katanya.Menurutnya, dia dan dua lagi rakannya berjaga secara bergilir untuk memberikan isyarat setiap kali ternampak bot yang melintas, namun semuanya hampa kerana isyarat yang diberikan melalui cahaya lampu suluh gagal dilihat.Katanya, dalam masa tiga jam, bot mereka dihanyutkan kira-kira dua batu nautika ke tengah lautan dan dalam masa lima hari, bot sudah hanyut kira-kira 18  batu nautika dari lokasi pertama sauh putus.


Hati berasa sayu

“Saya tak takut mati, cuma hati rasa sayu melihat kejadian Tuhan, malah merasakan apa yang berlaku seolah-olah satu cerita.

“Dalam situasi itu, saya terus berdoa sehinggalah saya berjaya ditemui,” kata tekong bot itu.

Bagaimanapun Che Wan Mohd Razi berkata, saat paling menyentuh perasaannya ketika berada di tengah lautan apabila dia tiba-tiba terdengar suara orang mengaji al-Quran sebaik masuk waktu Subuh pada hari ke tujuh dan hari terakhir sebelum botnya ditemui.

Katanya, ketika itu, hatinya tiba-tiba berasa sayu, apatah lagi melihat kebesaran Tuhan dengan lautan yang meluas dan jarak lokasi ketika itu kira-kira 90 batu nautika dari perairan Seberang Takir Kuala Terengganu dan 20  batu nautika dari sempadan perairan Laos.

Di saat itulah, dia berdoa sekali lagi agar ditunjukkan jalan keluar menemui daratan sebelum botnya ditemui kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, oleh sebuah bot tempatan yang keluar untuk memancing ikan.

“Sebaik ternampak bot itu, kami melambaikan tangan. Bot kami kemudian ditunda hingga ke jeti Seberang Takir sebelum pulang ke sini (Dungun),” katanya.


Isteri bersyukur suami selamat

Isteri Che Wan Mohd Razi, Azizah Mohamed Abdullah, 43, berkata, dia tidak dapat meluahkan perasaan gembiranya, selain bersyukur kepada Tuhan kerana suaminya berjaya diselamatkan selepas 10 hari hilang di laut.

Katanya, dia menerima berita gembira itu kira-kira jam 5.30 pagi semalam sebaik suaminya sampai di jeti Seberang Takir.

“Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya selepas masuk hari kesebelas dia hilang. Saya bersyukur pada Tuhan kerana dia selamat dan dapat meneruskan kehidupan bersama kami,” katanya.

Azizah berkata, walaupun tragedi itu menimpa suaminya, dia tidak akan menghalang suaminya untuk terus menjadi nelayan kerana hanya itu sumber pendapatan  mereka sekeluarga.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ahmad Che Ngah, 39, berkata, dia bersyukur kerana berjaya kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 hari hanyut di tengah lautan.

Katanya, pengalaman berada di tengah laut dalam situasi mencemaskan itu paling bermakna baginya sepanjang menjadi nelayan.


Operasi mencari dihentikan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Ahmad Zailani Yaacub berkata, berikutan penemuan tiga nelayan hilang itu, operasi mencari dihentikan serta-merta dan pihaknya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang menziarahi ketiga-tiga mangsa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjejaki tiga nelayan hilang itu.

Wan Hassan yang turut menganjurkan solat hajat berkata, semua pihak harus mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sentiasa berserah kepada ALLAH SWT setiap kali ditimpa musibah.

Hadir sama menziarahi mangsa ialah Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Pengerusi Penyelaras Dun Sura yang juga Pengerusi JKKK Tanjung Pagar, Azmi Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mat Yassim Mohamed.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Che Wan Mohd Radzi bersama dua awak-awak, Wan Kamarudin Wan Ali, 52 dan Ahmad Che Ngah dilaporkan hilang setelah keluar menangkap ikan di Perairan Pulau Tenggol, Dungun pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun selepas 10 hari dihanyutkan di tengah laut, mereka berjaya diselamatkan nelayan tempatan kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, sebelum bot mereka ditunda dan tiba di jeti Seberang Takir, jam 5.30 pagi semalam.
- Sinar Harian

Read More

Heboh aksi wanita dalam komuter tersebar di internet

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga penumpang pengangkutan awam komuter di Indonesia. Beliau tanpa rasa keluh kesah telah menunaikan solat subuh di atas gerabak komuter tersebut.

Menunaikan solat adalah kewajiban bagi setiap Muslim, namun kerana kesibukan dan pergerakan yang tidak menentu, solat wajib dilaksanakan dalam keadaan darurat sekalipun. Foto beliau menunaikan solat juga tersebar di sebuah laman sosial, Path.



"Subahanallah, solat subuh dalam gerabak," tulis salah seorang penumpang komuter yang dikenali sebagai Onne Nurmalita di dalam akaun Pathnya.


Onne turut mengabadikan saat-saat di awal pagi itu dengan beberapa lagi tulisan, "Keretanya jurusan Jatinegara, pas di stasiun Depok Lama itu. Saya ikut kereta yang belakangnya, tapi subhanallah sampai salat subuh di kereta mungkin takut terlambat," kata Onne.

Sebelum ini pengguna dunia maya tanah air dihebohkan dengan foto pramugari Garuda Indonesia yang menunaikan solat ketika dalam penerbangan. [ Sumber ]

Read More

Thursday, 5 June 2014

Minta diberi ruang, akan buang gambar lama

MUNGKIN akibat terlalu banyak desakan peminat, Felixia Yeap akhirnya dalam proses membuang gambar-gambar lamanya di laman sosial Facebook.

"Gambar-gambar lama tu saya akan delete (padam), tapi ianya akan makan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) ...kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu," kata beliau di Facebook.

"Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam," tambah beliau lagi.

Menurut Yeap, gambar-gambar lama beliau merupakan bukti perubahan dirinya dan diharap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.


"Diminta janganlah 'Like' gambar-gambar lama tu. Yang itu (gambar) adalah dulu, saya sekarang dah bertaubat," ujarnya lagi.

Yeap juga berharap peminat tidak terlalu mendesak dan tekanan dari orang ramai berkurangan.

Rata-rata respon peminat menyarankan Yeap bersabar dengan dugaan yang melanda

"Be strong Felixia Yeap. Kadangkala ALLAH hilangkan mentari... kemudian Dia datangkan guruh...puas kita menangis... mencari mana mentari kita... rupa-rupanya ALLLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Oleh itu sabarlah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan. InsyaALLAH.." antara respon pelayar yang membaca luahan hati bekas model tersebut.

"Pada yang di luar sana jangan menilai manusia itu dari kisah silamnya. Islam itu mudah, jangan kita susahkan dan sukarkan pada mereka yang ingin mengenal Islam.

Cermin diri kita sendiri yang sedia Islam, adakah kita sudah menjadi contoh pada mereka? Ramai di luar sana yang sedia Islam dan lahir dalam Islam yg masih 'bertelanjang' auratnya..kenapa tidak menegahnya?

Berilah kesabaran anda pada Felixia Yeap agar dia terus kuat," tulis seorang lagi peminatnya.

Untuk rekod, Yeap pernah menyatakan yang tidak akan membuang gambar lamanya atas sebab ianya hasil kerja keras beliau semenjak berkecimpung dalam bidang peragaan pada 2005.

"Juga sebagai peringatan mengapa saya memilih untuk berhijab," katanya di dalam blog beliau dalam sebuah entri bertarikh 16 Disember.

Yeap yang merupakan bekas model Playboy Bunny mula berhijab akhir Disember tahun lalu. Semenjak dari itu,  dia aktif dalam memperagakan busana Muslimah dan terlibat dalam beberapa program diskusi agama. [ Sinar Harian ]
Read More

Gambar Fazura terbaring se * si cetus kontroversi ?

Fazura merupakan antara selebriti yang amat aktif berkongsi aktiviti hariannya di media sosial Instagram.
Salah satu yang dikongsikan baru-baru ini, sekeping gambar menunjukkan Fazura terbaring keletihan selepas aktiviti kecergasan.


Mungkin Fazura berasakan tiada apa yang salahnya dengan gambar tersebut sebab dia pun bukannya memakai pakaian terdedah tapi aksi yang dikongsikan rupa-rupanya disambut dengan banyak komen nakal dan panas.

fazura-pengsan

Apa pun kami pasti Fazura pernah menerima kontroversi lebih besar daripada ini jadi setakat komen-komen di Instagram tentang aksi baring pasti tak beri kudis langsung padanya. --Sumber
Read More

DJ Sinar FM Feeya Iskandar Cantik Menawan, Semakin Melentik

Gambar terkini Feeya Iskandar yang cantik menawan - Nampaknya, Feeya Iskandar,penyampai radio separuh masa di Sinar FM semakin cantik dan menawan. Apakah rahsia kecantikannya? Dah kahwin ke belum ini? Senyuman dan sikap sosial yang dimiliki Feeya menjadikan dia semakin disenangi oleh orang ramai.


30 Disember 2012, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Feeya telah diganggu oleh seorang lelaki misteri. Menurut Feeya, “lelaki misteri terbabit akan mengetuk pintu rumah saya sambil memanggil nama saya, bila saya keluar adalah dia tinggal sepucuk surat yang berbau lucah.”

Lelaki macam ini mesti tegila-gilakan Feeya. Siapa tak cair dan tertarik dengan kecantikan dan penampilan Feeya yang bersahaja. Jom lihat gambar-gambar Feeya Iskandar di bawah.- Sumber



Read More

Bukan kehendak hidup menjanda

KESEDIHAN yang melanda pelakon Izreen Azminda saat rumah tangganya dilanda badai tidak sesekali membuatkan pelakon berusia 29 tahun itu lemah.

Itu jelas terlihat daripada raut wajah yang dipamerkan dan juga kata-kata yang disusun pelakon langsing itu saat bertemu dengannya di lokasi penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di Kota Damansara, Selangor.

Sungguhpun rumah tangga yang dibentuk dengan lelaki pilihan Muhamad Riza Baharuddin, 31, bakal menemui titik penamat sejak mereka memfailkan perceraian pada 14 Mei lalu, namun, Izreen tidak mahu kesedihan yang merenggut jiwanya saat ini terbawa-bawa dalam langkahnya untuk meneruskan kehidupan.

Saat ini pelakon itu masih menunggu tarikh perbicaraan perceraiannya yang dijangka pada bulan ini.


Enggan mengulas lanjut mengenai apa yang terjadi kerana perkara itu sudah menjadi kes mahkamah, ibu kepada anak lelaki, Adrian Umar, 11 bulan, berkata, dia perlu kuat untuk meneruskan hidupnya.

Membuang jauh perasaan sedih dan kecewa, Izreen mengakui tidak mahu melayan perasaannya. Dia kini memberi fokus dengan meneruskan baki penggambaran drama Kerana Terpaksa Aku Relakan yang bakal tamat pada 16 Jun ini.

"Apabila terjadinya perkara ini (perceraian), siapa-siapapun akan berasa sedih dan sudah hati. Rasa tidak seronok datang ke lokasi penggambaran. Tetapi, saya tolak ke tepi dan buang semua perasaan yang melanda saat ini.

"Saya tidak mahu benda-benda negatif itu ada dalam diri. Saya tidak mahu disebabkan saya semua orang dalam drama ini terasa kesannya. Saya tidak mahu cuti atau melayan perasaan.

"Sebab saya fikir kalau saya cuti, kalau saya sedih, saya tetap kena hadap benda ini. Tetap kena datang penggambaran juga. Jadi saya fikir untuk positifkan diri. Datang ke lokasi dan kerja seperti biasa. Perasaan sedih itu tinggalkan di rumah," luah Izreen.

Hak

Tidak pernah terfikir menjadi ibu tunggal atau hidup menjanda dan terpaksa membesarkan anak seorang diri, kata Izreen, perkara yang terjadi bukan kehendaknya.

Kata Izreen, musibah yang menimpa bukan dirancang. Tidak ada pasangan yang mahukan perpisahan selepas membina rumah tangga.


"Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Mungkin rezeki saya tiada dengan Muhamad Riza. Tidak perlu bersedih. Hidup hanya sekali. Anak menjadi semangat saya untuk melalui fasa sebagai ibu dan membuatkan pemikiran saya lebih matang dan positif," ungkapnya.

Ditebak sama ada dia sanggup berbaik semula dengan Muhamad Riza sekali gus mengenepikan perasaannya sendiri demi kebahagiaan anak, Izreen menolak perkara tersebut.

Seraya menarik nafas, Izreen memberitahu, dia lebih selesa menganggap jurukamera bebas itu sebagai kawan dan dalam masa yang sama tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri.

"Saya tidak mahu tuntut apa-apa daripada dia. Saya cuma mahu dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Bagi nafkah dan makan dan minum untuk anak. Industri ini tidak besar. Saya tetap akan jumpa dia. Saya tidak mahu anak berasa jauh. Saya mahu anak berasa yang kami masih satu keluarga lagi," jelasnya yang memberitahu, tidak menyesal mengenali dan mengahwini Muhamad Riza.

Sebagai manusia, Izreen mengakui dia juga ada melakukan kesilapan. Namun benda buruk yang berlaku dalam hidupnya adalah pengajaran buat dirinya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut apa yang terjadi sebab benda sudah lepas. Untuk akan datang, saya akan ambil langkah berjaga-jaga. Apa yang boleh saya kongsikan, jangan sesekali membuat keputusan dalam keadaan marah," tuturnya lagi.


Watak Indah

Mengajak dia keluar daripada berbicara tentang belenggu rumah tangganya, Izreen semangat bercerita tentang watak Indah Halina yang dimainkan di dalam Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Ceritanya, Indah merupakan seorang wanita kampung tetapi mempunyai pendidikan tinggi.

Bagaimanapun, kata Izreen, watak Indah dalam drama berbeza dengan di dalam novel. Watak Indah diubah dalam drama demi mengikut logik dan persekitaran masa kini.

"Watak Indah dalam drama lebih berwarna. Tetapi jalan cerita masih kekal. Memang pada awalnya saya berasa sedikit takut dengan perubahan watak Indah.

"Ini kerana saya ada menerima beberapa komen peminat yang terdiri daripada pembaca novel Kerana Terpaksa Aku Relakan yang bertanya kenapa watak Indah tidak sama seperti dalam novel. Namun, apabila masuk episod kelima drama tersebut, ramai yang sudah boleh menerimanya," ulas Izreen mengenai wataknya dalam drama yang sedang ditayangkan di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang.

Bergandingan dengan pelakon Amar Baharin, Izreen mengakui senang bekerjasama dengan pelakon itu kerana ia adalah kali ketiga mereka digandingkan.

Izreen juga mengakui selesa bekerjasama dengan pengarah, Azma Aizal Yusoof kerana dia dapat kebebasan dalam melontarkan dialog tanpa berpandukan skrip.

Usai penggambaran drama itu, Izreen memberitahu, akan bercuti bersama anaknya dan kemudiannya menyambung semula penggambaran selepas Aidilfitri ini.-Kosmo
Read More

Sama Cantik Neelofa dan Adiknya

Neelofa yg ditemui ketika majlis Pelancaran Filem Azura 2012 di Manhattan 5, Berjaya Times Square Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpu, baru-baru ini telah membawa adik & ibu kesayangannya bersama-sama dalam menjayakan majlis itu.


Adik Neelofa ni cantik juga orangnya, kalau masuk dunia seni, confirm bakal ngetop. Semua pakej lengkap, sama seperti kakaknya, Neelofa. Dikhabarkan adik Neelofa ni seorang yg pemalu, mungkin dia tak akan pegi ke dunia seni, namun itu tidak menjadi mustahil kan =).



Read More

Fara Fauzana Terkejut Dituduh Intim Dengan Hairuddin Omar

PETALING JAYA:  Penyampai radio dan pengacara Fara Fauzana menepis gosip yang mengaitkan dia kononnya bercinta dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Hairuddin Omar, 35, atau Hai-O.

Fara, 34, berkata, dia sendiri terkejut dengan gosip berkenaan kerana secara jujurnya dia tidak pernah mengenali pemain bola sepak tersebut secara peribadi.

"Saya hanya kenal dia sebagai pemain bola sepak kerana saya memang minat sukan itu dan gosip berkenaan sama sekali tidar benar," jelasnya kepada mStar Online.


Fara ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Yakult di Sri Pentas di sini pada Rabu.

Selain Fara, penyanyi Atai turut dipilih untuk menjadi jurucakap produk berkenaan.

Dalam pada itu, Fara berkata, dia tidak berkecil hati apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu kerana ia adalah lumrah kehidupan bagi seseorang selebriti.

Bagaimanapun Fara mengakui dia agak sedih apabila ada pihak yang menyebarkan cerita kononnya dia mengambil keputusan untuk berselendang disebabkan bintang sukan itu. "Saya mula memakai selendang bukan kerana sesiapa tetapi atas kehendak diri sendiri.


"Gosip mengatakan saya berbuat demikian kerana orang lain yang saya sendiri tidak kenal memang membuatkan saya sedih," jelasnya.

Sementara itu, Fara berkata, dia tidak terlalu terganggu apabila peminat mengkritik keputusannya mengenakan tudung dengan cara berselendang terlebih dahulu.

Fara berkata, dia tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan oleh orang lain mengenai hal itu  kerana dia lebih mengetahui niat sebenar untuk berbuat demikian.

"Saya seorang yang ‘hati kering’ dan tidak begitu peduli apa juga kritikan yang dilemparkan kepada saya.

"Paling penting saya tahu niat sebenar saya dan berharap semua pihak dapat mendoakan perkara yang baik-baik tentang saya," pintanya.


Bagaimanapun kata Fara, itu bukan bererti dia seorang yang degil atau tidak boleh menerima kritikan sebaliknya dia turut mengambil kira semua pandangan untuk kebaikan dirinya.

"Saya selalunya akan baca apa juga pandangan sama ada positif atau pun negatif tentang saya di internet dan cuba memperbaiki diri untuk kebaikan," ujarnya.-mStar
Read More

Diana Danielle Tidak Boleh Mengandung

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan merancang untuk memiliki anak kedua iaitu dalam masa dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus bagi membesarkan anak sulungnya iaitu Muhammad yang kini berusia setahun.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, memandangkan dia juga mempunyai komitmen sebagai duta kepada beberapa produk, dia merasakan adalah lebih baik kelahiran anak dirancang selepas dua tahun kemudian.

"Nak ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi saya ada menandatangani kontrak untuk beberapa produk di mana saya tidak boleh mengandung kerana ia akan menyukarkan pergerakan promosi.



"Tambahan pula Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).

"Mungkin selepas habis kontrak iaitu pada dua tahun akan datang baru kami boleh memikirkan anak kedua," katanya kepada mStar Online.

Diana ditemui pada majlis pelancaran koleksi rekaan baju Hari Raya terbaharu Melinda Looi iaitu Emel by Melinda Looi  di Menara Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Sebanyak 36 koleksi baharu diperagakan pada majlis tersebut dan 20 daripada koleksi berkenaan merupakan gabungan idea bersama Diana.

"Selalunya artis akan menjadi model untuk koleksi-koleksi baju terbaru tetapi saya gembira kerana diberi peluang untuk memberikan idea dalam penghasilan baju raya pada tahun ini.

"Dapat dilihat, baju yang saya reka lebih feminin dan berkonsep sederhana. Berbeza dengan Melinda yang lebih berkonsep avant garde," ujarnya.

Sementara itu, koleksi baju raya yang berharga RM280 hingga RM480 boleh dibeli menerusi laman web www.zalora.com, www.fashionvalet.com dan butik Melinda Looi yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar di sini.

Sebahagian daripada jualan tersebut akan disalurkan kepada pesakit-pesakit jantung di Institut Jantung Negara (IJN).-mStar
Read More

Lelaki humban bayi dalam gaung

SHAH ALAM – Seorang lelaki bertindak kejam menghumban bayi berusia enam bulan, anak kepada seorang pekerjanya ke dalam gaung di kilometer 3.2 Jalan Genting Highlands.

Mayat bayi berkenaan dibungkus di dalam plastik dan disumbat ke dalam beg pakaian, sebelum dihumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 70 meter itu oleh suspek yang difahamkan bimbang bayi hasil hubungan sulit pekerjanya itu diketahui orang lain.

Bagaimanapun perbuatan lelaki itu yang merupakan seorang ejen pembantu rumah terbongkar setelah ibu bayi berkenaan yang berusia 33 tahun membuat laporan di Balai Polis Kota Kemuning.



Menurut sumber, penemuan mayat bayi kira-kira jam 11 pagi itu selepas seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai sebagai suspek, ditangkap.

Kata sumber tersebut, lelaki itu mendakwa, bayi berkenaan dipercayai anak kepada salah seorang pembantu rumahnya dan berdasarkan keterangan suspek, bayi itu mati di sebuah asrama pekerjanya di Kota Kemuning, di sini, Sabtu lalu.

Difahamkan pembantu rumah berkenaan dipercayai mengandung akibat dirogol oleh salah seorang bekas majikannya tahun lalu.

“Suspek bersama isterinya lari sebelum mendaftar masuk di sebuah hotel di Cheras selepas kejadian itu.

Suspek bersama isterinya kemudian berjaya ditahan, di sini, kelmarin.

"Suspek direman sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan," kata sumber.

Sementara itu,  pasukan forensik terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mayat bayi tersebut ekoran kedudukan lokasi gaung yang curam dan cuaca lembab. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, difahamkan pembantu rumah berkenaan ketika disoal siasat mendakwa dia dan rakan-rakannya dipaksa bekerja tanpa permit dan tidak pernah  dibayar gaji.

“Bertindak atas maklumat, Isnin lalu pasukan polis berjaya menyelamatkan enam pekerja asing. Ejen itu juga dipercayai menawarkan perkhidmatan pembantu  rumah jangka  pendek.

“Pekerjanya  juga dipercayai telah dieksploitasi secara seksual oleh majikan dan ejen itu. Siasatan awal mendapati tiga rumah yang dipercayai digunakan untuk mengurung semua pekerja itu,” kata sumber itu lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah memberitahu kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. [ Sumber : Sinar Harian ]

Read More

Gambar Ayu Nazirah anak Nurul dan bekas suaminya Ajai

Nurul Wahab baru sahaja melahirkan cahaya mata  hasil perkahwinan keduanya bersama jejaka kelahiran Perancis, Eric Depp.

Bayi nya di beri nama Zachary Depp yang di panggil dengan nama " Baby Z " sangat comel baby tersebut.Namun yang jadi tumpuan adalah anak sulung Nurul yang bernama Ayu Nazirah 15 tahun hasil perkhawinan pertama dengan komposer dan penyanyi Ajai.


Ayu kelihatan sangat cantik dalam usia 15 tahun, yang mana pelajar cermelang peperiksaan PMR 2013 dengan mendapat 8A.

Penampilan Ayu jauh lebih matang dengan usia nya, dengan berbaju biru tanpa lengan dengan skirt menambah kecantikan anak sulung Nurul tersebut .Mereka kelihatan sangat gembira dengan kehidupan baru mereka, selamat maju jaya buat nurul dan suami, serta ayu seorang pelajar yang cermelang semoga terus berjaya dalam pelajaran.

Read More

Wednesday, 4 June 2014

Nad Zainal Kongsi Gambar Pakai Kimono Nipis, Ramai Yang Terkejut

Fesyen kimono nipis Nad Zainal yang mengejutkan - Pelakon Nad Zainal sememangnya terkenal dengan sikap comelnya walau apapun mimik muka yang digayakan beliau. Samada marah, cedera, sedih, sayu atau gembira, bekas kekasih Azman Kombos itu tetap comel dan jelita.


Baru-baru ini, Nad Zainal telah berkongsi beberapa keping fotonya mengenakan pakaian kimono yang nipis. Penampilan beliau dengan pakaian itu amat mengejutkan dan terlalu menyerlah. Mari layan gambar-gambar beliau di bawah untuk korang membuat penilaian sendiri lebih lanjut.







Read More

Hefny Sahad Akui Bercinta Dengan Nad Zainal, Bukan Orang Ketiga

Kami tidak pasti ini satu lagi siri manipulasi kenyataan atau ianya memang memang benar seperti dilaporkan. Sebelum ini, hubungan cinta Nad Zainal bersama kekasihnya Azwan Kombos mendapat perhatian ramai selepas putus secara tiba tiba.

Dalam kekalutan kenyataan dari kedua dua pihak yang nampak sangat tidak berkomunikasi dengan baik, nama Hefny Sahad timbul dikatakan sebagai orang ketiga dalam hubungan mereka selain dikatakan punca perpisahan Nad Zainal dan Azwan Kombos.



BACA: Azwan Kombos Tidak Boleh Maafkan Hefny Sahad, Terima Takdir

Well, dalam perkembangan terbaru melalui satu kenyataan kepada HLIVE!, Hefny Sahad mengakui yang hubungan beliau bersama Nad Zainal kini rapat dan lebih dari sekadar kawan — dan melalui kenyataan begini, disimpulkan yang mereka bercinta.

“Ya, kami sangat rapat dan bukan sekadar kawan biasa. Saya berada di dalam situasi yang mereka baru saja memutuskan hubungan. Secara langsung mereka meletakkan saya sebagai punca kepada keretakan di antara mereka berdua”

“Perkara ini sudah pun dijelaskan oleh Nad & saya bukan punca. Nad sendiri sudah memberitahu yang dia sudah single dan hanya selepas itu, barulah kami menjadi lebih rapat,” jelas Hefny Sahad.

Pelakon dan juga pengacara itu turut memaklumkan yang beliau sudah berbincang terlebih dahulu dengan Nad Zainal yang kini berada di Korea sebelum memberikan kenyataan ini dan mereka merasakan tiada apa yang perlu disorok lagi. Baguslah. (rtky/m)
Read More

Punca Sebenar Kanak-Kanak Maut Jatuh Tingkat 3 The Gardens, Mid Valley.

31 Mei lalu, cuti persekolahan yang baru bermula mencatat sejarah pahit buat satu keluarga apabila seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley.

Menurut berita yang tersebar Nur Emielda Nadia Bt Sallehudin dikatakan jatuh ke ruang sebelah eskalator sebelum melayah jatuh ke tingkat satu.

Bagaimanapun menerusi satu pekeliling dikeluarkan pusat beli belah terbabit 2 Jun lalu, berita yang tersebar ini disahkan kurang tepat.


Berdasarkan siasatan dalaman termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens.

Ketika itu mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.

Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut.

Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan di P1 tempat Nur Emielda jatuh, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran.

CPR segera dilakukan. Kakitangan perubatan bertugas turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah.

kanak-kanak-jatuh
Bagaimanapun Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian.

Apa pun, tragedi sudah pun berlaku. Hanya iktibar yang dapat diambil daripada kejadian ini.
Benar malang tak berbau, namun awasilah anak-anak anda kerana mereka mungkin masih terlalu mentah untuk menyedari bahaya sekitar mereka.Apatah lagi tragedi melibatkan eskalator dan kanak-kanak bukan kes baru yang didengar.- Sumber

Read More

Blaus Nora Danish Terselak Peha Tarik Perhatian Peminat

Sekeping foto yang dimuat naik tuan punya badan, Nora Danish kini menjadi bualan peminat-peminatnya di media sosial.

Foto berkenaan sebenarnya lebih mencerminkan sifat keibuaan Nora kerana memperlihatkan beliau sedang menyuap makanan kepada anak terunanya di atas sofa.


Namun, ianya menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan peminat apabila kain yang dipakainya kelihatan sedikit terselak hingga menampakkan bahagian kakinya yang seksi.

Ada yang mengatakan Nora sengaja mahu menayangkan bahagian kakinya itu, ada juga yang mengatakan itu bukan peha dan pelbagai bagai lagi.

Walaupun begitu Nora memang melakukan yang terbaik untuk keluarganya.


Read More

Saya Sudah Nasihatkan Nabila Huda - Amy Search

Baru baru ini ketika berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014, Nabila Huda telah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan pastinya gelaran itu bukan sesuatu yang baru buat anak kepada lagenda rock neraga, Amy Search itu.

Walaupun pada hemat kami gelaran itu sebenarnya satu penghargaan terhadap gaya dan juga fesyen Nabila Huda, Amy Search sebagai bapa pastinya ada kurang senang apabila anaknya itu diangkat sebagai yang paling seksi dalam lautan selebriti di Malaysia ketika ini.



“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati,” jawab Amy Search ringkas kepada GUA dan turut berkata hubungan mereka baik baik sahaja.

Dalam kenyataan sama, Amy Search turut memaklumkan yang beliau bakal muncul dengan sebuah album solo tidak lama lagi selepas 13 tahun tidak tampil dengan produk baru buat para peminat. Kami menunggu, heh. (rtky/m)




Read More

Saya Sudah Nasihatkan Nabila Huda, Terpulang Pada Dia - Amy Search

Baru baru ini ketika berlangsungnya majlis Anugerah Stail Eh! 2014, Nabila Huda telah dinobatkan sebagai Selebriti Wanita Paling Seksi dan pastinya gelaran itu bukan sesuatu yang baru buat anak kepada lagenda rock neraga, Amy Search itu.

Walaupun pada hemat kami gelaran itu sebenarnya satu penghargaan terhadap gaya dan juga fesyen Nabila Huda, Amy Search sebagai bapa pastinya ada kurang senang apabila anaknya itu diangkat sebagai yang paling seksi dalam lautan selebriti di Malaysia ketika ini.

#57 Amy Search Sudah Pun Nasihatkan Nabila Huda - ROTIKAYA

“Sebagai seorang bapa, sudah tentu saya ada menegur dia. Tetapi segala tindakan dia adalah tanggungjawab dia sendiri. Saya hanya boleh menasihati,” jawab Amy Search ringkas kepada GUA dan turut berkata hubungan mereka baik baik sahaja.


Dalam kenyataan sama, Amy Search turut memaklumkan yang beliau bakal muncul dengan sebuah album solo tidak lama lagi selepas 13 tahun tidak tampil dengan produk baru buat para peminat. Kami menunggu, heh. (rtky/m)





Read More

Tuesday, 3 June 2014

Blaus Nora Danish Terselak Peha Tarik Perhatian Peminat

Sekeping foto yang dimuat naik tuan punya badan, Nora Danish kini menjadi bualan peminat-peminatnya di media sosial.

Foto berkenaan sebenarnya lebih mencerminkan sifat keibuaan Nora kerana memperlihatkan beliau sedang menyuap makanan kepada anak terunanya di atas sofa.


Namun, ianya menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan peminat apabila kain yang dipakainya kelihatan sedikit terselak hingga menampakkan bahagian kakinya yang seksi.

Ada yang mengatakan Nora sengaja mahu menayangkan bahagian kakinya itu, ada juga yang mengatakan itu bukan peha dan pelbagai bagai lagi.

Walaupun begitu Nora memang melakukan yang terbaik untuk keluarganya.



Read More

Emma Mungkin Keliru Surat Tamat Kontrak & Notis Saman - Marina Juki

Selepas Astro Gempak mengeluarkan berita mengenai Emma Maembong yang sedang keliru selepas menerima surat saman daripada syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment (WFE), kami dengan segera mendapatkan kenyataan balas dari Pegarah Urusan Syarikat terbabit, Marina Juki.

“Notis saman? Saya rasa sebagai seorang artis yang ‘profesional’, Emma harus faham isi kandungan surat yang dihantar oleh syarikat (WFE) sebelum mengeluarkan apa-apa statement.

“Rasanya kami hantar surat penamatan kontrak bukan notis saman…Dalam surat tersebut pula tiada langsung sentuh isu nak saman kerana dia langgar kontrak. Memang tak ada!


“Kami cuma sebut terpaksa ‘terminate’ dia kerana dia langgar kontrak…Itu sahaja,” kata Marina Juki ketika dihubungi pada pagi Isnin.

Jelas Marina lagi mengikut perjanjian dalam kontrak yang turut dijelaskan oleh pihak peguam WFE semasa mengambil pelakon Emma Maembong di bawah pengurusan mereka, kontraknya akan tamat pada Jun 2014.

“Sebelum menandatangani kontrak, peguam kami dah ‘brief’ Emma ‘face to face’…Rasanya ketika itu dia pun faham apa yang termaktub di dalam kontrak tersebut.

“Saya berdiam tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan, kerana tidak mahu memanjangkan cerita. Emma minta dilepaskan pada Mac lalu, sebelum kontraknya dengan WFE tamat.

“Sejak dari itu dia sudah mula buat ‘keputusan’ sendiri tanpa merujuk terlebih dahulu dengan syarikat. Bukan kami tidak tegur, kami sudah tegur, malah minta dia ‘hold’ sehingga surat rasmi dikeluarkan,” ujarnya.

Tambah Marina, tentang penglibatan Emma dalam telefilem Bintang Hati pula WFE memang mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pelakon tersebut kerana dengan jelas, dia melanggar kontrak.

“Jika dia hendak cerita tentang kami beri nombor telefon kepada produksi dan itu membayangkan kami bersetuju dia menjalankan penggambaran tersebut, nampaknya dia betul-betul tidak faham apa yang telah kami bincangkan sebelum itu.

"Sebelum kami beri nombor telefon dia kepada pihak produksi, dia sendiri yang memaklumkan kepada produksi terdahulu supaya menukar namanya untuk pembayaran dan turut memberitahu produksi tentang jadualnya yang diuruskan sendiri bukan lagi WFE.

“WFE senyap tanpa memberi sebarang kenyataan dan tidak menyekat tindakan Emma kerana secara peibadinya saya menghormati kekasihnya Zizan yang juga rakan kongsi dalam syarikat ini.

“Walaupun dia dengan terang-terangan melanggar kontrak, kami masih diamkan sahaja walaupun secara lisannya tindakan boleh dikenakan terhadapnya ketika itu,” katanya.

Tambah Marina syarikat mempunyai hak untuk menamatkan kontrak mana-mana artis jika mereka dengan sengaja melanggar perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

“Selagi kontrak belum habis atau tamat, syarikat masih bertanggungjawab terhadap mereka tetapi kalau artis buat keputusan sendiri dan membelakangi syarikat, secara automatik kontrak dicabul,” ujarnya lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan Astro Gempak sempat bertanyakan tentang hashtag #matisamasama dan ungkapan ‘we’re sisters’ sebelum kemelut ini berlaku.

“Oh ya…Mengenai hashtag #matisamasama tu, rasanya ia tak pernah wujud…Kerana seingat saya hanya hashtag #family yang saya gunakan untuk gambar-gambar artis WFE.

“Kalau iya pun mahukan publisiti, tak perlu lah bangkitkan soal hashtag # ini. Kami tak buang, dia yang mahu dilepaskan…Bila dah dilepaskan mengapa perlu cerita hal remeh-temeh?. Tak perlulah hashtag lagi, dia bukan family dan sudah pun keluar dari WFE.

"Dia sendiri minta dilepaskan kami dah lepaskan dia...Tapi sekarang cara dia beritahu kepada media seolah-olah kami yang menganiaya dia...Sedangkan siapa yang minta dilepaskan,” kata Marina.murai.com.[ Sumber ]

Read More