Wednesday, 4 June 2014

Punca Sebenar Kanak-Kanak Maut Jatuh Tingkat 3 The Gardens, Mid Valley.

// // Leave a Comment
31 Mei lalu, cuti persekolahan yang baru bermula mencatat sejarah pahit buat satu keluarga apabila seorang kanak-kanak perempuan 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley.

Menurut berita yang tersebar Nur Emielda Nadia Bt Sallehudin dikatakan jatuh ke ruang sebelah eskalator sebelum melayah jatuh ke tingkat satu.

Bagaimanapun menerusi satu pekeliling dikeluarkan pusat beli belah terbabit 2 Jun lalu, berita yang tersebar ini disahkan kurang tepat.


Berdasarkan siasatan dalaman termasuk penelitian daripada CCTV sejurus sebelum insiden berlaku, adik Nur Emielda dan keluarganya dirakam berdiri di sebelah eskalator yang terletak di Utara The Gardens.

Ketika itu mangsa dilihat bermain dengan tempat pemegang tangan (susur tangan) eskalator yang bergerak ke atas sebelum tubuh kecilnya ikut tertarik oleh pergerakan susur tangan tersebut hingga hilang kawalan.

Keadaan itu membuatkan Nur Emielda tercampak ke bahagian kiri susur tangan eskalator sebelum terjatuh dari eskalator tingkat tiga tersebut.

Sebaik sahaja insiden disedari pengawal keselamatan di P1 tempat Nur Emielda jatuh, kawasan kejadian dikepung dan hanya kakitangan perubatan serta keluarga dibenarkan berada berhampiran.

CPR segera dilakukan. Kakitangan perubatan bertugas turut melibatkan anggota paramedik dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Polis Bricfields yang dihubungi oleh pihak pengurusan pusat beli belah.

kanak-kanak-jatuh
Bagaimanapun Nur Emielda disahkan sudah meninggal dunia oleh paramedik yang melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tiba di tempat kejadian.

Apa pun, tragedi sudah pun berlaku. Hanya iktibar yang dapat diambil daripada kejadian ini.
Benar malang tak berbau, namun awasilah anak-anak anda kerana mereka mungkin masih terlalu mentah untuk menyedari bahaya sekitar mereka.Apatah lagi tragedi melibatkan eskalator dan kanak-kanak bukan kes baru yang didengar.- Sumber

0 comments:

Post a Comment