Thursday, 12 June 2014

Gambar intim Erra Fazira dan jejaka kacak undang tanda tanya

Perkongsian sekeping gambar intim Erra Fazira dengan seorang jejaka kacak, Rizman Nordin di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas mengundang tanda tanya.


Gambar tersebut disertakan dengan caption amat romantik dan membayangkan mereka seakan bercinta. Benarkah? Caption itu berbunyi berikut : Alaaaa... @rizman_nordin awat comel sangat niii..u r still my fav dearest fren darlin...! ;)�� muahh!!

Daripada komen-komen peminat di Instagram, ramai tidak terkejut dengan perkongsian Erra berkenaan malah mereka memberitahu tidak kisah dengan siapapun Erra berkawan. Dia ialah artis kesayangan ramai peminat.

Artikel dan Grafik dalam Entri Gambar intim Erra Fazira dan jejaka kacak undang tanda tanya adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.
Read More

Abby Abadi: Dia Sudah Terbiasa Menipu, Mahu Aibkan Diri Saya

Selepas pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini, peminat dunia hiburan dikejutkan pula dengan pendedahan Noor Farhan yang mengatakan beliau telah didera secara mental dan fizikal oleh bekas isterinya, Abby Abadi.


Dalam pendedahan itu juga, Noor Farhan turut mengemukakan bukti bergambar & juga laporan polis berkenaan keganasan domestik yang dialami beliau sejak Januari tahun ini.

Abby Abadi tidak menunggu lama untuk memberikan kenyataan balas dan dalam tulisan terbaru beliau di Instagram, Abby mendakwa yang 95% kisah disampaikan Noor Farhan merupakan rekaan belaka selain mendakwa sudah terbiasa menipu.

“Setiap kali ada yang tidak kena, gaduh bukan hendak selesaikan (malah) larikan diri. Saya ajak bincang, taknak alih alih untuk yang terakhir kali ini keluar cerita begini Sejujurnya cerita rekaan ini tidak terjangka dek akal saya. Hampir 95% cerita itu direka semata”

“Tak sangka cubaan dia mengaibkan saya sejauh ini. Untuk sahabat diluar sana, anda boleh baca, boleh dengar sahaja apa yang dia kata, tetapi percaya jangan. Sebab dia memang sudah terbiasa menipu. Jangan tokok tambah cerita, kalau tidak tahu lebih baik diam saja”


“Belum selesai lagi. Banyak episod lagi. Tunggu tindakan saya seterusnya di mahkamah nanti & saya terima takdir ini sebagai ujian untuk saya,” tulis Abby Abadi.
UPDATE-1: Abby Abadi hari ini telah berkongsi satu SMS menunjukkan yang Farhan meminta maaf atas apa yang terjadi selain menafikan beliau yang menyebarkan gambar dan mendakwa didera. Media menokok tambah katanya. Eh?

Risau kami dengar jika Abby Abadi mahu membawa perkara ini ke mahmakah. Panjang ceritanya nanti. Apa kata pergi berjumpa sendiri dan selesaikan seperti seorang dewasa. (rtky/m)
Read More

Tuesday, 10 June 2014

Luahan Sedih Ayu Raudah Isu Gosip Suami bermain kayu tiga

PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah berkata, gosip suaminya, Zaquan Adha bermain kayu tiga selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi mereka sebagai suami-isteri.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, berkata, dia juga sedih apabila ada pihak menghinanya menerusi laman Instagram mempersendakan kontroversi yang berlaku.

"Di Instagram milik saya,  ada orang memberi komen yang antaranya seperti, 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'.

"Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," katanya kepada mStar Online.


Terdahulu satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar yang menimbulkan persoalan adakah pelain bola sepak pasukan JDT, Johor itu bermain kayu tiga?

Turut tersebar ialah paparan skrin video perbualan telefon mereka.Semakan mStar Online pula menerusi akaun WeChat atas nama Zaqone pada Isnin mendapati akaun berkenaan tidak lagi wujud.

Dalam pada itu tambah Ayu, akaun berkenaan dimiliki oleh orang lain yang menggunakan identiti suaminya.

Katanya, selepas dikhabarkan mengenai gosip itu, dia telah membuat semakan dan ternyata akaun sosial berkenaan adalah palsu.

"Selepas membaca gosip dan screenshot kononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia buka akaun milik suami,” katanya.

Jelas Ayu, apa yang berlaku itu adalah salah satu usaha pihak-pihak tertentu yang yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan diantara dia dan suami.

Sementara itu Ayu tidak menafikan mengenai panggilan video tersebut  Zaquan telah dihubungi oleh  seorang wanita yang tidak dikenali.

"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," ujarnya.

Ayu dan Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas. [ Sumber Mstar ]
Read More

Menggigil lihat mayat Osama

Kuantan: “Menggigil lutut saya apabila melihat sepasukan anggota penyelamat mengusung mayat anak selepas ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang,” kata Suparman Senan, 46, bapa kepada murid tahun enam, Mohamad Osama Syah Suparman, 12, yang ditemui lemas ketika mandi bersama lima anggota keluarganya di tapak perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, pagi semalam.


Mangsa yang menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, Kemaman, Terengganu, ditemui oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.35 pagi dalam keadaan hanya memakai seluar pendek dan timbul di permukaan air.

Suparman berkata, malam kelmarin, dia bersama isteri, Khairatul Salmiah Ahmad Sabri, 35, tidak putus memohon doa dan petunjuk supaya mayat anaknya ditemui secepat mungkin dan tidak sangka doanya dimakbulkan Allah.

Menurutnya, ketika melihat anggota penyelamat mengusung mayat anaknya naik ke darat, dia bersama isteri terpaksa mengawal emosi serta menenangkan diri sebelum dipanggil untuk membuat pengecaman mayat anaknya. [ Sumber Harian Metro ]
Read More

Monday, 9 June 2014

Misha Omar: Suami Jadi Lebih Manja Selepas Berkahwin

Walaupun sudah lebihsebulan bergelar isteri, seri pengantin masih terpancar di wajah Misha Omar. Mungkin dek kerana terlalu bahagia menjalani kehidupan bergelar seorang isteri kepada Firos Ezzwan Rossly yang selamat diijabkabul awal Mei lalu.

Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya, Misha Omar berkata dia rasa sedikit rugi kerana kahwin di usia yang agak lewat namun kekal percaya soal jodoh dan rezeki anak adalah kurniaan dari Allah. Sebagai manusia, walau sejauh mana rancangan, tanpa izin dari-NYA, mungkin sehingga kehari ini, dia masih belum berkahwin.


”Bukanlah saya menyesal kahwin lambat. Tapi saya percaya ada hikmahnya. Ini di luar kuasa kita. Jodoh bukanlah keputusan kita sama juga macam anak, cepat atau lambat, seronok kahwin, ada kawan. Kadang-kadang rasa macam ada abang, ada ayah,” ujarnya ketawa.

Menjawab soal cahaya mata, dia tidak meletakkan sebarang target kerana dia berkahwin di usia agak lewat bagi seorang wanita. Ditambah dengan suami yang bertugas sebagai seorang juruterbang yang tidak punya masa lapang yang banyak seperti orang lain.

”Jika Allah kata cepat, cepat. Kalau lambat pun saya terima. Saya taknak stresskan diri sendiri & bebankan suami. Dia kerja yang tak selalu ada dengan saya & tak boleh nak expect more”

Bermula dengan proses perkenalan, percintaan, melalui proses putus cinta, kemudian bertunang dan kini selamat sebagai suami isteri. Dalam jangka masa tersebut, pasangan ini lebih banyak memberi ruang kebebasan kepada diri masing-masing.


Keluar Rumah Lupa Minta Izin Suami

Dan setelah berumahtangga, maka ini lah proses dimana masing-masing belajar untuk satu fasa baru. Perkahwinan ini mendorong Misha untuk lebih kerap ke dapur. Sebulan berkahwin masakan paling extreme setakat ini dimasak untuk suaminya ialah Nasi Lemak.

Misha membongkar rahsia sejurus selepas majlis resepsi dari hotel, dia pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan suami, anak dan anak buah lain tanpa memaklumkan kepada suami terlebih dahulu. Setelah dihubungi baru dia sedar bahawa dia tidak memberitahu suaminya untuk keluar.

”Sebelum ni kita buat semua benda pun bersendiri. Dah terbiasa berdikari tetapi sekarang dah tak boleh la. Nak kemana, saya akan inform suami dulu. Begitu juga dengan dia. Bulan pertama ni sebagai bulan adaptation untuk kami.” jelas Misha lagi.


Tambahnya semenjak berkahwin Firos jadi terlebih manja. Setiap kali, Misha harus menghantar dan menjemputnya di lapangan terbang. Dan perkara manis bagi Misha dari Firos adalah apabila sedang bekerja dia akan menghantar mesej memberitahu kesunyian kerana perlu makan berseorangan tanpa ditemani isterinya.

Dan semalam Misha bergegas pulang selepas ditemuramah kerana perlu menyediakan makanan untuk suaminya. Awww sweet! Semoga kekal bahagia pasangan ini hendaknya. (rtky/bsr)
Read More

Terkini : Ayu Raudhah Dakwa Bukan ID Zaquan Adha

Memang jawapan yang ramai nantikan tentang kontroversi yang sedang melanda Zaquan Adha ketika ini. Isterinya, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik insiden WeChat suaminya itu.


“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”


“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”

Ayu Raudhah berkata demikian kepada portal OHBULAN! hari ini selepas diminta untuk mengulas isu ini yang kini menjadi perhatian ramai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menyebarkan perkara ini untuk memporak perandakan rumahtangga mereka berdua.

“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini”

Jangan saman kami, please. (rtky/m) [ Sumber Artikel Asal ]
Read More

Jururawat lekat pelekat pada mulut bayi

MANILA - FILIPINA. Sepasang suami isteri berang apabila mendapati jururawat sebuah hospital di Filipina melekatkan pita selofan pada mulut anaknya yang baru lahir.

Apabila Ryan Noval dan Jasmine Badocdoc meminta jururawat membuka pelekat pada mulut Yohannes Noval, alasan yang diberikan adalah bayi itu menangis dengan kuat dan sentiasa meminta susu lapor Daily Mail.

Media Sun.Star Cebu melaporkan, semasa jururawat membuka pelekat tersebut, bayi itu menangis kerana kulitnya terlekat pada pita dan luka.

"Anak saya tidak boleh bercakap tentang pengalaman ngeri yang dilalui ketika berada di bawah jagaan jururawat di nurseri hospital.

"Saya perlu bersuara bagi pihak dia. Jika anda berasa bayi anda selamat, fikirkanlah semula," katanya. [Sumber Sinar Harian ]
Read More

Zaquan Adha Curangi Ayu Raudhah, Mesej Cinta Didedah

Alamak terkejut dengan berita yang dipublish di portal Rotikaya.Suami kepada Ayu Raudhah ini dikatakan bermain ayat mesra dan nakal dengan seorang gadis yang juga penyokong pasukan bola JDT.

Perkara ini dilakukan melalui aplikasi WeChat yang telah disebarkan oleh portal Rotikaya.

Jom baca laporan Rotikaya:

Teknologi kalau digunakan dengan betul banyak faedahnya — contohnya laman web kami yang serba canggih ini, menjadi penyebar kisah selebriti untuk umpatan anda semua. AHAHAHA!


Seorang peminat mengirimkan sepucuk e-mail kepada kami hujung minggu lalu mendedahkan perilaku seorang pemain bola sepak terkenal yang juga merupakan suami kepada seorang artis atau selebriti yang agak terkenal juga.

Melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.




Menurut sumber yang memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Tidak pasti sejauh mana hubungan gadis ini dengan Zaquan Adha namun boleh dilihat walaupun sudah bergelar suami, lelaki tetap menjadi lelaki. Heh. (rtky/m)

Kita tunggu kenyataan dari Zaquan Adha dan Ayu Raudhah. [ Sumber Asal ]

Read More

Ayu Raudhah Tengah Berpantang, Suaminya Pula Curang?

Diketika isterinya pelakon Ayu Raudhah kini sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, nama Zaquan Adha tiba-tiba panas ekoran satu gosip di sebuah blog hiburan popular mendedahkan pemain bola sepak kebangsaan itu khabarnya sedang asyik bermain cinta dengan wanita lain di aplikasi sosial, WeChat.


Menurut kenyataan di blog tersebut, melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.

Sumber memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).


Zaquan Adha dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga 21 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan dua oran cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser yang kini sudah berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann (yang baru saja dilahirkan pada 2 Mei lalu). [ Sumber Artikel Asal ]
Read More

Engku Emran Sudah Temui Pengganti Erra Fazira ?

Dalam kita berbicara mengenai kemungkinan Erra Fazira kembali kepangkuan Engku Emran, terkini Emran didakwa sudah mempunyai pengganti Erra. Semuanya disebabkan status terkini yang dimuat naik oleh Emran menerusi akaun Instagramnya yang menggambarkan dia sedang dilamun cinta.

"Ive never uploaded my own pix (except for Cikgu Merang's) coz i feel sooo uncomfortable doing so... but this one is an exception... Coz its done by an EXCEPTIONAL Lady...Exceptional. Very exceptional," ujar Emran yang membawa seribu maksud.


Malah dalam hal ini, ada juga komen di Instagramnya yang faham maksud Emran itu. Dakwa sumber, wanita tersebut memang cantik dan buat masa ini merea hanya menanti pengumuman rasmi daripada Emran sendiri.

"Bismillah... Doa yg terbaik buat iamkumbre (Emran) and lil princess.... no matter what happen, life must go on," komen yang lain.



Iyalah... bak kata orang, hidup harus diteruskan. Tak gitu? [ Sumber Artikel Asal ]
Read More

Pakaian Emma Maembong Dikritik Ramai kerana Menyerupai

Siapa yang tak kenal pelakon cantik terkenal iaitu Emma Maembong. Penampilan Emma Maembong di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 antara yang menjadi perhatian peminat di laman sosial. Sememangnya ramai yang mengkritik mengenai pakaiannya baru ini.

Walaupun tidak seksi dan biasa-biasa saja namun rekaan corak pada gaun ketat yang dipakai kekasih Zizan Razak itu seakan menyerupai Temple Run.



Adakah persamaan ini turut dipertikaikan peminat di laman-laman sosial? Rasanya, rekaan tersebut memang menarik dan nampak inovasi dan kreativiti pereka fesyen. Mencetak corak Temple Run pada gaun tersebut menyerlahkan keunikannya.

Mungkinkah sebab Emma suka main game Temple Run? Hahaha [ Sumber ]
Read More

Gempar! Pelakon Komedi Kritikal Dalam Kemalangan Ngeri


Dunia hiburan dunia pada awal pagi semalam telah digemparkan satu berita yang tidak diduga iaitu pelakon komedi, Tracy Morgan telah terlibat dalam satu nahas jalan raya di mana limousin yang dinaiki oleh pelawak tersebut direumpuh oleh sebuah treler. Dia kini berada dalam keadaan kritikal dan kini bertarung untuk hidup.


Pelakon tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang selepas menjayakan sebuah persembahan komedi di Delaware bersama kawan-kawannya yang lain dengan menaiki limosin.

Teman rapat Tracy Morgan yang juga mentornya iaitu James NcNair meninggal dunia di situ juga.
Sementara itu Tracy Morgan serta pelawak, Ardie Fuqua Jr kini dirawat di Hospital Robert Wood Johnson dan dalam keadaan kritikal.

Hasil siasatan mendapati, treler yang didatang kearah limosin tersebut dipandu terlalu laju dan pemandu treler tersebut gagal untuk memperlahankannya. Itulah yang menyebabkan perlanggaran itu berlaku. [ Sumber ]
Read More

Sunday, 8 June 2014

Mesti Tengok :Punca Jimmy Shanley Pilih Mariam Jamilah Sebagai Isteri

Pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley menganggap perkahwinannya dengan Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, menamatkan spekulasi yang menuduhnya selama ini dia bercinta dengan seorang wanita berstatus janda.Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, berkata, khabar angin tersebut sedikit sebanyak menganggu hubungan mereka yang ketika itu masih dalam proses ingin mengenali antara satu sama lain.

"Alhamdullillah, perkahwinan ini menepis khabar angin sebelum ini tentang saya berkahwin atau bercinta dengan janda.

"Isteri saya ini bukan janda dan ini perkahwinan pertamanya.  Saya tahu ada orang sebarkan fitnah tentang saya berkahwin dengan seorang wanita berstatus janda kerana mereka tersilap orang.


"Ketika khabar angin itu tersebar saya sudah berkawan dengan dia dan saya bimbang juga tanggapan dia kepada saya," ujarnya ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah diantara dia dengan wanita itu yang diadakan di Hotel Concorde, di sini, petang Sabtu.

Jimmy Shanley sah bergelar suami kepada Mariam Jamilah dengan sekali lafaz berwalikan bapa Mariam iaitu Abdul Jalil Othman.Jimmy memberi mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran sebanyak RM15,000.

Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.Hasil perkahwinan singkat itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.

Dalam pada itu, Jimmy turut menjelaskan tindakannya merahsiakan hubungan tersebut adalah bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan fitnah yang boleh menjejaskan hubungan tersebut.

"Bukan saya merahsiakan sebaliknya saya tidak mahu orang bercakap dan timbul apa-apa fitnah lagi.

"Sebelum ini saya pernah mengalami macam-macam perkara dan saya tidak mahu ia berlaku kepada Mariam," katanya.Sementara itu, menceritakan tentang perkenalan mereka, Jimmy berkata, hubungan tersebut diperkenalkan oleh seorang rakan.

Katanya, sifat wanita itu yang mementingkan ciri-ciri wanita Islam dan mempunyai latar belakang keluarga yang mengamalkan ajaran agama Islam dengan baik menambat hatinya.

"Kami dikenalkan oleh seorang kawan dan boleh dikatakan sudah hampir beberapa tahun dan bagi saya dia seorang yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

"Dia tidak ramai kawan sama seperti saya dan kami suka mengisi masa lapang dengan mencari makanan yang sedap-sedap dan main volley ball," ujarnya.

Sementara itu, Mariam berkata dia menerima lamaran Jimmy kerana pemuda itu seorang yang mementingkan agama dan boleh membimbingnya menjadi isteri yang solehah.Tambahnya, Jimmy juga pandai mengambil hati kedua-dua orang tuanya.

"Saya selesa bersama dia dan dia seorang yang tahu tentang agama, lagi pula dia pandai menjaga hati saya dan ibu bapa saya," katanya.Sementara itu, pasangan ini memilih untuk berbulan madu di Eropah sebelum bulan Ramadan ini [ Sumber Asal Artikel ]
Read More

Mesti Tengok :Gambar Ameera, adik Neelofa hanya pakai gaun nipis ketika masak

Gambar Ameera, adik Neelofa hanya pakai gaun nipis ketika masak - Siapa menyangka pelakon dan pengacara TV terkenal, Neelofa mempunyai seorang adik perempuan yang amat cantik dan jelita bernama Ameera yang baru berusia 13 tahun. Daripada sekeping gambar di bawah menunjukkan bahawa Ameera nampak lebih matang dari usianya sehingga ramai peminat tidak percaya.



Apapun, itulah hakikatnya yang perlu diketahui oleh orang ramai. Memandangkan anak gadis ini lebih cantik dari Neelofa, jadi jangan lepaskan peluang untuk melaksanakan projek memikat. Siapa tahu ada rezeki dan berpeluang untuk mengenali Ameera dengan lebih dekat.



Jom layan sekeping gambar beliau yang amat sensasi apabila hanya mengenakan gaun nipis paras lutut ketika memasak sesuatu. Haruman masakannya memang sedap sangat. [ Sumber Asal Artikel ]
Read More

Mesti Tengok : Dua beradik dicekup khalwat

PARIT BUNTAR - Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat.

Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu.



Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.

Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.

"Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian.

"Hasil pemeriksaan kami, terdapat dua lelaki berusia lingkungan 18 dan 20 tahun yang tidak mempunyai hubungan mahram dengan kedua adik-beradik terbabit ditemui dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Sukur berkata, keempat-empat pasangan remaja ditahan itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kerian untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, golongan remaja diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral manakala ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

“Paling penting, kami minta kerjasama orang ramai untuk turut serta membanteras gejala sosial dan maksiat terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir.

“Sebarang aduan melibatkan gejala sosial boleh disalurkan terus kepada anggota penguat kuasa PADK atau menghubungi pihak kami untuk tindakan sewajarnya,” katanya. [ Sinar Harian ]
Read More