Wednesday, 10 September 2014

Apple lancar jam pintar, iPhone 6

Cupertino (Amerika Syarikat): Apple Inc mengejutkan penggemar teknologi seluruh dunia hari ini dengan melancarkan jam tangan pintar yang dikenali sebagai Apple Watch, peranti boleh pakai yang menjadikan produk pertama kategori baru sejak melancarkan iPad pada tahun 2010.

Ia menjadi langkah besar Apple kerana masih ramai mempersoalkan kredibiliti syarikat berkenaan selepas kematian pengasas bersama Steve Jobs pada 2011. Perlancaran yang dibuat secara langsung itu menunjukkan iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai skrin yang lebih besar serta ciri terbaru seperti mod tontonan mendatar yang cukup sesuai dengan saiz skrin yang diperkenalkan Apple.

IPhone 6 mempunyai skrin berukuran 4.7 inci, manakala iPhone 6 Plus 5.5 inci. Dalam pada itu, pembina aplikasi akan dapat mereka bentuk app yang boleh dilihat secara berbeza apabila telefon dipegang secara mendatar.Apple juga memperkenalkan sistem baru bagi menggunakan telefon untuk membuat pembayaran kad kredit di kedai-kedai yang terpilih.




Bagi Apple, iPhone yang menjadi sumber utama keuntungan syarikat itu dapat membantu bersaing dengan peranti Android.Resolusi skrin model 6 Plus jauh lebih tajam daripada iPhone sebelumnya iaitu 401 piksel per inci dan bukannya 326.

Telefon pintar baru ini tidak sebesar telefon terkini keluaran Samsung iaitu 5.1 inci Galaxy S5 dan 5.7 inci Note 4, namun produk terbaru ini dijangka dapat mengimbangi produk-produk Android yang lain. Apple berkata, iPhone 6 dan 6 Plus lebih pantas dan mempunyai hayat bateri yang lebih baik daripada model sebelumnya.

Telefon pintar ini juga mempunyai sensor baru iaitu barometer, bagi menganggarkan berapa banyak yang anda memanjat tangga, bukan sekadar sejauh mana anda telah berjalan atau berlari.

Apple masih mengekalkan resolusi kamera pada 8 mega piksel, manakala saingan Android dan Windows telefon telah meningkatkan jumlah piksel berbanding iPhone.

Walau bagaimanapun, kiraan mega piksel bukanlah satu faktor dalam mengambil gambar yang baik.

Apple berkata, sensor baru yang direka semula dapat mengambil gambar yang lebih baik berbanding iPhone sebelum ini.

Apple juga meningkatkan ciri video gerak perlahan dengan 240 frame sesaat, dua kali ganda apa yang ada di iPhone 5s tahun lalu.

Telefon baru ini mula dijual di Amerika Syarikat pada 19 September, dengan pesanan awal bermula Jumaat ini.Berkenaan dengan harga pula, ia sama dengan iPhone sebelum ini iaitu RM640 dengan kontrak dua tahun bagi model iPhone 6 dengan memori dalaman 16gb bagi pasaran Amerika Syarikat.

Manakala untuk memori dalaman 64gb berharga RM960 dan RM1,280 bagi 128gb. iPhone 6 Plus pula ditambah RM320 iaitu RM960 bagi 16gb, RM1,280 bagi 64gb dan RM1,600 bagi 128gb.Walau bagaimanapun, harga bagi pasaran di Malaysia masih belum diketahui umum.

Suasana tiba-tiba menjadi riuh dengan tepukan penonton selepas Tim Cook mengumumkan peranti boleh pakai iaitu Apple Watch.Kebanyakan interaksi antara muka dilakukan menerusi butang dail pada jam tangan pintar itu.Ia dapat digunakan untuk mengezum dekat atau jauh bagi aplikasi peta dan gambar, supaya pemakai tidak terganggu jika mencubit masuk dan keluar untuk zum.

Difahamkan, jam tangan pintar ini akan hadir dalam pelbagai gaya dan tali dengan pilihan dua saiz.

Walaupun banyak perhatian tertumpu kepada peranti terbaru, sistem operasi yang bakal menjana iPhone baru ini juga dikemas kini kepada iOS8 dan pengguna iPhone 5 ke atas akan dapat memuat turun pada 17 September ini.Apple Inc mula meperkenalkan iPhone generasi pertama pada 29 Jun 2007 yang hanya menggunakan rangkaian 2G dan sistem operasi iPhone OS 1.0.

Semenjak kemunculan produk ini, mendiang Steve Jobs yang juga CEO Apple pada ketika itu membuat revolusi terhadap produk telefon pintar sekaligus memberi impak yang besar kepada pengguna.

Saban tahun, Apple memperkenalkan iPhone 3G pada Jun 2008 diikuti iPhone 3Gs pada Jun 2009, iPhone 4 pada Jun 2010, iPhone 4s pada Oktober 2011, iPhone 5 pada September 2012 dan dua iPhone iaitu iPhone 5s dan 5c pada September 2013.

Sekalipun legasi Apple bertukar tangan kepada Tim Cook sebagai CEO yang baru selepas kematian Steve Jobs, rata-rata penggemar teknologi tetap berpuas hati dengan produk yang dihasilkan syarikat berkenaan. - Hmetro
Read More

Tuesday, 9 September 2014

Koleksi Gambar Rozita Che Wan Semasa Belasan Tahun Dan Remaja

#Mesti anda tidak pernah melihat gambar Rozita Che Wan ketika muda, beliau merupakan bekas pramugari dan model sebelum bergelar pelakon popular.

#Kini Rozita Che Wan telahpun bergelar usahawan selain mempunyai syarikat produksi penerbitan. Rancangan pertama yg meletup tentulah program Resepi Memikat Suami yg disiarkan pada bulan Ramadhan 2014 dan mendapat sambutan baik.



Sebelum berkahwin dengan Zain Saidin, Che Ta pernah berkahwin dengan juruterbang MAS dan mempunyai 2 orang anak. Ketika zaman remaja, Rozita sememangnya seorang yg cantik dan jelita. Beliau juga ada menyertai pertandingan Dwi Remaja.

Beberapa keping gambar Rozita Che Wan di zaman muda remajanya, fuh memang cantik rupanya Rozita nie. Mungkin ramai yang tergila-gilakan Rozita waktu muda. Layan










Read More

Artis Bertudung Tanggal Hijab, Seksi Selepas Bercerai

Kalau tak salah, penampilan terakhirnya manis berselendang. Walaupun tidak bertutup penuh, ramai memuji perubahan positif itu, sesuai dengan statusnya bersuamikan VIP.

Bagaimanapun, dia kini tampil berani menggayakan baju menampakkan bahagian tidak sepatutnya dan diletakkan sebagai gambar profil laman sosial miliknya.


Begitu juga gayanya jika keluar bertemu rakan di luar. Lari jauh dari imej yang dipaparkan selepas berumah tangga.

Mungkin itu caranya meluahkan rasa hati. Yelah, bila sedih, macam-macam boleh jadi. Ada yang reda dengan ketentuan takdir, tetapi ramai juga yang sukar menerima ujian yang hadir lalu hanyut dalam perasaan sendiri.

Kata sumber rapat pelakon ini, barangkali sampai masanya pelakon ini muhasabah diri. Apabila mengambil hak orang lain, dia sewajarnya bersedia berdepan miliknya diambil orang.

Walaupun pedih, dia kena terima seadanya sepertimana madunya sebelum ini. Apapun alasan perubahan pelakon ini, harap dia tenang dan tabah.

Benar, wanita mana yang sanggup berkongsi, tetapi jangan terlalu diikutkan amarah hingga melakukan perkara yang mengundang fitnah mata yang memandang.

Sumber : Blogger
Read More

Adakah Ini Video Detik MH17 Ditembak Jatuh?

Sebuah video kini viral di media sosial memaparkan sebuah pesawat terbakar dan terhempas. Menurut pemuat naik video tersebut, video berdurasi 00:38 saat itu disyaki video penembakan pesawat MH17.

Walaubagaimanapun, kesahihan video tersebut masih tidak dapat dipastikan. Apapun kita tunggu laporan siasatan dari pihak berwajib.


Adakah ini video yg digembar-gemburkan tentang penembakan pesawat mh17? Anda tengok dan anda nilai sendiri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Read More

Monday, 8 September 2014

Hiburan: Gambar terkini Lana Nordin terbaring di kapal

Baru-baru ini, Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin terpalit dalam satu kontroversi hebat ekoran beberapa keping gambarnya menyeksi di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur menjadi viral di laman sosial.

Gambar-gambar tersebut kemudian tersebar di laman-laman blog hiburan sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan peminat dan hater pelakon itu.



Menurut sumber, ia telah bukan dimuatnaik di laman sosial Lana tetapi melalui laman facebook kawan rapatnya yang enggan didedahkan identiti. Begitupun, individu terbabit sudah meminta maaf dan menjelaskan bahawa semua gambar yang dikongsikannya ialah gambar lama.

Kini, nama Lana kembali sensasi di persada hiburan manakala laman Instagram peribadinya semakin menjadi tumpuan orang ramai. Apakata layan beberapa keping foto terkini Lana di sebuah kapal yang amat menakjubkan.





Read More

Selepas ini no komen bab cinta - Hans Isaac

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali cintanya dengan selebriti putus di tengah jalan, aktor yang juga pemilik syarikat Tall Order Productions Sdn Bhd, Hans Isaac mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi mengenai perihal cinta.

Hal itu dibangkitkan beliau di halaman Twitter miliknya di bawah nama akaun @hansisaacactor semalam. Ia rentetan artikel gosip yang ditulis di sebuah akhbar.

"Mula hari ini kalau saya ditanya mengenai cinta serta hidup peribadi saya. Jawapan saya ialah No Comment !," katanya yang kali terakhir menjalinkan hubungan dengan Neelofa.


BH Online sempat menghantar mesej kepada Hans menerusi aplikasi Whatsapp. Hans sempat membalas tetapi beliau mengakui cukup sibuk kerana malam ini pratonton teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging akan dilakukan kepada rakan media.

Teater ini diperkasakan lagi dengan kerjasama Jugra Publication Sdn Bhd dan Istana Budaya. Hans turut bergandingan dengan Harith Iskander sebagai pengarah bersama. Malah, barisan pelakon lain turut menjayakan teater ini ialah Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kun.

Supermokh Sebuah Muzikal Restaging mengangkat kisah hidup legenda pemain bola sepak negara yang juga ikon kesayangan Malaysia iaitu Mokhtar Dahari. Pada era 80-an, nama Mokhtar berada di puncak kegemilangan apabila Allahyarham menjadi pemain bola sepak yang digeruni kerana kelincahan dan kemampuannya menjaringkan gol.

Teater ini kembali lagi atas permintaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan bakal dipentaskan bermula 8 hingga 21 September depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kepada penonton yang ingin menyaksikan teater ini, dapatkan tiket di kaunter box office Istana Budaya atau menerusi atas talian di Hyperlink www.ticket2u.biz. -BH
Read More

Artis : Pakaian Sendat Rebecca Nur Islam Dikritik Lagi!

KL, 2 SEPT 2014: Jika sebelum ini aktres Rebecca Nur Islam pernah dikritik ketika berpakaian sendat dan menjolok mata, yang mana  sehingga menampakan bentuk bahagian yang tidak sepatutnya sehingga disamakan dengan kartun Teletubbies, tapi kali ini ia seolah-olah telah berulang lagi.



Kali ini pakaian Rebecca dikritik lagi semuanya gara-gara sekeping foto yang dimuat naik kelaman sosial Instagram yang menampakan  pelakon ini sekali lagi berpakaian sendat apabila mengenakan legging.

Ramai daripada peminatt dan pengikutnya kurang senang dengan pakaian Rebecca itu dan terus memberikan komen-komen negatif sekaligus mengkritik.

Berikut merupakan foto dan komen-komen berkenaan:



 Murai Batu pun tak tahu nak kata bagaimana, mungkin Rebecca belum belajar dari kesilapan lalu atau mungkin dia terlepas pandang. Apa-apa pun mari kita doakan yang terbaik buat Rebecca.

Sumber Asal : Murai
Read More

Artis : Selepas EunB, Rise (Ladies Code) Pula Meninggal Dunia

ANGGOTA kumpulan Ladies Code iaitu Rise disahkan meninggal dunia pada Ahad selepas empat hari dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dibahagian kepalanya akibat kemalangan ngeri pada minggu lalu.

Soompi melaporkan Rise, 23, gagal bertahan dan memberi respon positif terhadap rawatan yang diterimanya sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi waktu di Korea Selatan.



Terdahulu peminat dikejutkan dengan kematian EunB daripada kumpulan sama selepas van yang mereka naiki mereka pada 3 September lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

EunB meninggal dunia ditempat kejadian sementara empat anggota lain mengalami kecederaan termasuk Rise yang parah.

"Biarpun sudah menjalani pembedahan namun kecederaan serius pada bahagian kepala Rise membuatkan dia tidak dapat bertahan."Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu kepada media.

EunB meninggal dunia ditempat kejadian.

Dalam pada itu, keluarga dan kenalan terdekat berada disamping Rise sebelum mendiang meninggal dunia.

Bagaimanapun pihak pengurusan Rise tidak dapat mengesahkan buat masa ini lokasi pengebumian akan dilakukan.

"Kami kehilangan dua anggota Ladies Code dan ia masa yang sukar buat kami," katanya lagi. Lapor Mstar
Read More

Video Pasangan Diseksa Dan Pakaiannya Dibuka Ustaz Jadi Viral

Sedih dan tidak keperimanusiaan!! itulah yang dapat dikatakan apabila pasangan ini dikatakan telah kantoi ketika khalwat dicekup oleh penduduk setempat.

Dalam video tersebut pasangan ini diseksa dan dimalukan sudahlah ditangkap rambut mereka digunting tak cukp dengan itu dipaksa pula buka baju.




Kepada anda yang melihat video ini jadikan ia sebagai pengajaran pastikan anda tidak membuat maksiat jika tidak mungkin anda juga jadi mangsa seperti pasangan ini.

Kepada pasangan ini semoga anda insaf dan buatlah laporan polis semoga ustaz-ustaz yang meraba dan meyeksa anda dapat hukuman setimpalnya silakan share sebagai peringatan bersama.

Sumber Asal : Blog
Read More

Operasi nombor pendaftaran, 'strobe light' 1 Okt

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan di seluruh negara secara berperingkat mulai 1 Oktober depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkat pertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 November.

"Operasi itu akan melibatkan anggota penguatkuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluarkan notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul.

Katanya sepanjang operasi peringkat pertama, anggotanya akan mengedarkan risalah spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditetapkan di bawah kaedah 6 Kaedah-kaedah kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Ismail berkata pemeriksaan melalui sekatan jalan raya dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat pertama tidak akan dikenakan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

"Mereka akan diberikan surat peringatan supaya nombor pendaftaran yang dipamer ditukar kepada nombor pendaftaran yang mengikut peraturan," katanya.  

Bagaimanapun mulai 1 November, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM300.

JPJ juga akan meminta pemilik kenderaan melucut 'strobe light' dari kenderaan mereka.

Beliau berkata JPJ juga telah meningkatkan operasi penguatkuasaan khas bagi kenderaan barangan yang lebih muatan dan membawa barangan yang berbahaya dalam skala besar. - Bernama
Read More