Saturday, 31 May 2014

Uqasha Senrose: Kami Tidak Pernah Bertunang Pun!

Okay bawa bertenang Uqasha Senrose. Menerusi media beberapa hari lalu, Pekin Ibrahim telah memberikan kenyataan yang beliau dan Uqasha Senrose kini masih dalam ikatan pertunangan namun mengakui rancangan perkahwinan terpaksa ditangguh.

Harian Metro hari ini melaporkan sebaliknya pula dengan Uqasha Senrose tampil memberikan kenyataan yang kami anggap sebagai paling epik sebagai membalas kenyataan awal dari Pekin Ibrahim tentang hubungan mereka.


“Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Kata putus dah dibuat pun. Sudah empat atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung,” ujarnya.

Uqasha Senrose juga berkata yang beliau rimas dan bosan dengan sikap Pekin Ibrahim yang terus mencanang kisah cinta mereka di saat mereka berdua sudah tidak mempunyai apa apa hubungan.


“Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media? Sebenarnya kami memang dah tak ada apa-apa. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi,” tambah Uqasha Senrose. (rtky/m)

Read More

Apakah motif pembunuhan Siti Soffea?

KUALA LUMPUR: Adakah pembalasan dendam menjadi motif pembunuhan Siti Soffea Emelda Abdullah, kanak-kanak 18 bulan yang ditemui dengan kepala terputus di tebing Sungai Klang pada Khamis malam?

Menurut laporan The Malay Mail, bapa kepada kanak-kanak itu pernah dipenjara bersama suspek yang diburu polis.Memetik kenyataan satu sumber polis. dilaporkan perkara itu didedahkan ketika siasatan pihak polis keatas ibu Siti Soffea, Siti Salmy Suib, 32 tahun.Beliau berkata, suspek pernah dipenjarakan di penjara Kajang dan dibebaskan beberapa bulan yang lalu.

Sumber tersebut turut berkata suspek adalah seorang lelaki etnik India, berusia lewat 30-an dan berasal dari Kuala Lumpur.

"Ini berdasarkan rakaman CCTV yang kita perolehi daripada kompleks membeli-belah berdekatan dengan kawasan itu dan juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh penjara.

"Kami melakukan pemeriksaan senarai banduan yang telah dibebaskan dari penjara dalam tempoh beberapa bulan dan juga maklumat yang diperolehi daripada rakaman CCTV.  Suspek kemudian dikenalpasti sebagai lelaki India tempatan berumur lewat 30-an," katanya.


Ibu mangsa adalah Siti Salmy Suib seorang warga tempatan, dan tidak mempuyai tempat tinggal dan pekerjaan.Apabila ditanya tentang hubungan suspek dan ibu bapa kanak-kanak kecil itu, sumber itu berkata ia masih dalam siasatan polis.   

"Kami perlu meneruskan operasi mencari untuk suspek pada hari Sabtu. Kemungkinan suspek lemas di Sungai Klang, seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi."

Menurut laporanThe Malaysian Insider, seorang pengawal di Kompleks Kota Raya melihat Siti Soffea tetapi tidak melakukan apa-apa untuk mengejar suspek.Kejadian berlaku di tingkat empat kompleks berkenaan dimana Siti Soffea kelihatan cuba menyorok di belakang tembok tetapi suspek memegang Siti Soffea dan terus beredar.

Laporan yang sama turut berkata bahawa Siti Salmy mempunyai tiga anak tetapi dua lagi anak beliau tinggal bersama ahli keluarganya. Siti Salmy dan Siti Soffea berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur dan bergantung kepada bantuan orang ramai.The Malaysian Insiderturut melaporkan bahawa suspek adalah seorang penagih dadah yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta.Sementara itu, akhbarThe Malay Mailmelaporkan bahawa Siti Salmy juga seorang penagih dadah.

Pada hari Khamis, polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang ternampak seorang lelaki sedang cuba untuk melemaskan seorang kanak-kanak di tebing Sungai Klang berhampiran dengan Stesen Kereta Api Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menemui mayat seorang kanak-kanak lengkap berpakaian berusia dalam lingkungan dua tahun dalam keadaan  tertiarap.Terdapat pecahan seramik bersama-sama kesan darah dan sepasang selipar ditemui di tempat kejadian.

Menurut keterangan ibu mangsa, semasa dia dan anaknya melepak bersama-sama dengan kawan-kawannya di Kompleks Kota Raya sekitar jam 3 petang, dia telah pergi ke tandas.Dia kemudian meminta kawannya yang bersama-sama melepak dengannya itu untuk mengawasi anaknya dan setelah lima minit berlalu, ibu mangsa kembali semula keluar tandas dan mendapati anaknya itu sudah tiada.

Ibu mangsa dan rakannya kemudian bergegas mencari anaknya itu di sekitar bangunan Kota Raya namun gagal.Kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mangsa telah dikebumikan pada petang Jumaat.[ Sumber : Astro Awani ]

Read More

Neelofa menunggu seseorang diatas katil

Seorang pelakon yg cun dan comel ini telah menerima 1 pelawaan photografi bagi 1 majalah untuk beliau beraksi di atas katil bagi memanaskan pembaca majalah tersebut.


Neelofa tampil dengan senyuman menawannya ketika pergammbaran sedan dijalankan. Saksikan gambar di bawah.



Read More

Gambar Tiz Taqyah Tayang T ubuhnya Dibekam

Siapa yang tidak mengenali artis genit dan cantik ini Tiz Zaqyah yang sememangnya sering menjadi perhatian di laman sosial.Tiz Taqyah yang sering muncul di kaca televisyen sering membuatkan peminatnya terhibur dengan telatah dan karektornya yang kadang kala mampu membuatkan penonton menangis.

Terbaru Tiz Taqyah memuat naik gambarnya baru selesdai berbekam dan mendedahkan belakangnya untuk tatapan umum.Jom layan gambar Tiz Taqyah dibawah:



Read More

Resit Bank 7 juta Felixia Yap penuh bermakna ?

Resit Bank 7 juta Felixia Yap penuh bermakna-Selepas bekas model Playboy Felixia Yap memberikan kata-kata pedas kepada beberapa pihak yang cuba mengaibkannya baru-baru ini, kali ini di laman Facebooknya beliau cuba memberi motivasi kepada orang ramai.

Felixia memaparkan gambarnya sedang memegang sekeping resit baki sebuah bank dengan baki akaunnya berjuta-juta.

“Siapalah yang kaya sampai tahap ni ?.. Hmm.. tapi tak mengapa kalau akaun bank tak melimpah sebegini.
“Biar kaya iman, kaya budi bahasa, kaya pengetahuan dan kaya pahala.. daripada kaya dalam bank akaun, tapi miskin untuk dunia akhirat,” katanya menyindir pedas.



Resit bank berkenaan tertulis baki sebanyak RM7,000,987.35 yang memang melimpah ruah duitnya.
Dihujung status Facebooknya, rupa-rupanya slip bank berkenaan adalah resit yang direka untuk tujuan penggambaran bagi sebuah drama telemovie hari ini.

Felixia pada satu artikel dilaporkan di Mynewshub hanya menunggu sahaja saat beliau akan memeluk Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Di laman Facebooknya atas nama Felixia Yap pun sudah berlumba-lumba lelaki yang pelbagai jenis nak berkenalan dan mahu menjadikan Felixia sebagai teman hidup.

Kita berharap Felixia yang cantik jelita ini akan segera memeluk Islam dan boleh menggunakan keayuan dan kebaikannya untuk menarik ramai lagi wanita untuk berhijab dan menjadi Muslimah yang baik. Credit Mynewshub[  Sumber ]
Read More

Wajah kejam suspek dan kanak-kanak yang maut di penggal tersebar

Wajah suspek dan wajah kanak-kanak malang berusia 2 tahun yang yang maut di kelar suspek kini tersebar.

Fakta Kes :
Pada 29.5.14 jm lk 2100 hrs , tlah terima maklumat brkenaan tlah trjumpa satu mayat di kawasan tepi sungai Klang dipercayai seorang kanak2.


2. Siasatan Awal
Pihak polis telah jalankan siasatan awal dan dapati satu mayat dipercayai perempuan di jumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik, dapati mayat trsebut adalah kanak2 perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dgn pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong dileher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luar lain.
Dijumpai ditmpat kjadian adalah 1. Sandal hitam (dipercayai milik saspek), 2. Sepasang Sandal kanak2 hitam hijau, 3. Baju kanak2 tidak berlengan warna putih, 4. Tali pengikat rambut dan 5. Serpihan ceramic (dipercayai diguna utk potong leher mangsa ).


3. Maklumat seterusnya tlah membawa (1) P M dipercayai ibu mangsa dikenali sbg SITI SALMY BT SOIB , KP 820211-14-****.
Menurut SITI SALMY, dia lepak bersama kwn2 di tkt 4 Kotaraya lk jam 3 -4 pm . SITI SALMY kemudiannya tlah pergi ke tandas dan minta kawan2nya jagakan anaknya sebentar. Apabila kluar 5 minit kmudian dpti anaknya tiada. Mreka tlah mncari tp tdk jumpa, sehinggalah pnemuan mayat kanak2 ini.
Temuduga ke atas SITI SALMY tlah dijalankan dan dia tlah berikan deskripsi anaknya. ( dapati bersamaan dgn mangsa ).
Menurut SITI SALMY anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.

Keterangan Saksi.
Saksi (2) orang Sabahan, mngatakan mereka nampak (1) L WN asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup. Kmudian, saksi nampak saspek tlah cekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek sperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. 

Saksi tlah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan, dn bila menyedari kedatangan Polis Bantuan, saspek tlah trjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Alfatihah untuk arwah adik Siti Soffea Emelda , salam takziah juga untuk keluarga nya atas kehilangan anak tersayang, semoga mereka tabah menerima dugaan ini. 
Read More

Friday, 30 May 2014

Terbaru :Dua pembantu rumah Fasha Sandha dipenjara

DUA pembantu rumah suami pelakon Fasha Sandha hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini kerana mencuri wang milik suami pelakon itu sebuah rumah di Ampang Jaya.

Majistret Zulyana Zolkapli membuat keputusan itu selepas kedua-dua warga Indonesia itu, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.



Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 13 Mac lepas. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri matawang rupiah dan wang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya, di sini pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam rayuan mereka, kedua-dua wanita itu menangis teresak-esak memohon mahkamah meringankan hukuman kerana ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum. - Bernama
Read More

[Luahan Farhan] Suami Abby terhadap apa yang telah berlaku

Wajah  sedih Farhan  suami Abby Abadi di Mahkamah - Sebagai seorang lelaki mungkin amat berat bagi Muhammad Noor Farhan  Che Bakar 24, untuk menempuhi apa yang di alami nya hari ini.

Beliau hanya insan biasa yang masih muda dulu nya tidak di kenali oleh sesiapa pun kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat dengan nya.

Namun setelah diri nya memilih untuk mendirikan rumahtangga dengan seorang pelakon Jelita bernama Abby Abadi nama nya mula di kenali dan menjadi sebutan.


Dengan raut wajah yang handsome dan mempunyai latarbelakang seorang insan yang amat baik, amat lah sesuai diri nya untuk bersama seorang insan cantik dan terkenal seperti Abby Abadi walaupun jarak umur mereka agak jauh.

Mereka memilih untuk mendirikan rumahtangga jalan yang terbaik untuk mereka berkongsi kasih sayang mereka, di awal pernikahan mereka rata-rata amat menyanjungi apa yang mereka lakukan dan semua mendoakan jodoh mereka berkekalan.

kehidupan mereka amat bahagia dengan foto-foto mereka amat senang untuk di lihat dilaman-laman sosial, namun dalam seminggu dua ini timbul desas desus di media sosial yang hubungan mereka kini bergolak, apabila Abby memuat naik status di laman sosial supaya mendoakan kebahagian mereka berdua.


Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Abby memfailkan cerai dan mendakwa Farhan sudah 2 kali  melafazkan cerai terhadap nya, keputusan kes ini akan di sebut 11 jun nanti.

Namun dalam setuasi ini Farhan nampak lebih tertekan berbanding Abby mungkin faktor usia dan pengalaman mebuatkan farhan begitu sugul dan sedih sehinggakan tidak mahu di temu bual oleh para wartawan, berbanding Abby yang nampak lebih terbuka.


Pada Farhan dan Abby mungkin dugaan untuk anda, bukan semua orang mahu apa yang berlaku seperti anda beruda  alami mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku, jadi kehidupan mesti di teruskan walau apa pun status anda. credit  BrotherSam

Read More

Gambar Neelofa Semasa Zaman Sekolah

Pengacara dan pelakon terkenal negara, Neelofa sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.

Artis yang berasal daripada negeri Cik Siti  Wan Kembang ini semakin mendapat tempat di hati kalangan peminatnya. Dia juga diambil sebagai pengacara rancangan yang paling meletup di Malaysia iatu NONA.

Bukan kontroversi mahupun gossip liar yang ingin dikongsikan pada hari ini, tetapi beberapa koleksi gambar milik artis ini yang ingin dikongsikan.


Di mana gambar-gambar ini amat jarang sekali ditemui kerana itulah ia boleh dikatakanagak 'rare'. Gambar apa yang dimaksudkan ini? Gambar yang dimaksudkan ini adalah gambar-gambar Neelofa kita zaman sekolahnya.

Haa, mana penulis dapat gambar-gambar ini? Rasanya tidak perlu dijawab soalan tersebut. Satu lagi, jangan tanya penulis mana satukah Neelofa dalam gambar-gambar di bawah ini.Jom layan gambar-gambar 'rare' Neelofa ketika zaman persekolahan.



Read More

Binatang!

Kuala Lumpur: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya bercerai dari badan di tepi Sungai Klang berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur, Jalan Hishamuddin di sini, malam tadi.

Kanak-kanak malang berusia antara dua hingga tiga tahun berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.


"Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.


Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan marble berhampiran mayat dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.Motif sebenar kejadian itu masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Hmetro
Read More

Terkini: Engku Emran Kongsi Gambar Keluar Bersama Erra Fazira

Di saat nama primadona filem melayu Erra Fazira dikaitkan dengan Shahir juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), bekas suaminya Engku Emran telah memuat naik gambar mereka keluar bersama.

Engku Emran telah memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Erra, Engku Aleesya dan keluarga  rakan baik mereka pada Rabu di laman instagramnya.

Sebaik sahaja bekas suami  Erra itu memuat naik gambar-gambar tersebut, ramai peminat telah memberi maklum balas yang berbeza-beza.


Ada yang suka dengan tindakan Engku Emran itu, tidak kurang juga yang kurang senang dengan perkara itu dan menganggap dia sengaja menunjuk-nunjuk kemesraannya bersama bekas isteri.

Tambahan pula semua pihak sudah maklum tentang usaha Engku Emran untuk memenangi semula hati Erra Fazira supaya kembali ke pangkuannya.


Gambar tersebut dimuatnaik Emran ketika menemani anak tunggal mereka itu mengambil ujian pengambilan pelajar tahun satu.----> Sumber
Read More

Terkini Artis: Abby Abadi Masih Sayangkan Farhan

KUALA LUMPUR: Pelakon Abby Abadi mengakui masih sayangkan suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar dan tidak pernah menjangkakan perceraian akan berlaku pada perkahwinan keduanya itu.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, lafaz cerai yang dibuat menerusi mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada pemuda itu pada 9 Mei lalu merupakan satu kejutan kerana ia hanyalah salah faham yang seharusnya tidak berakhir dengan perceraian.

"Saya akui masih sayangkan dia dan langsung tidak pernah membayangkan perceraian akan berlaku kerana salah faham yang timbul tidak sepatutnya berakhir dengan perceraian.


"Bagaimanapun buat masa ini saya tidak nampak jalan untuk kami berbaik semula kerana saya sudah berusaha sehabis baik untuk memperbetulkan keadaan tetapi apalah daya saya kalau itu ketentuan dan takdir saya," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin pada Khamis menangguhkan kes permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan Abby terhadap Muhammad Noor Farhan, 24, kepada 11 Jun ni selepas terdapat satu lagi lafaz cerai yang belum difailkan dan disahkan oleh mahkamah.

Lafaz cerai kali pertama dibuat oleh Muhammad Noor Farhan pada Januari lalu.

Dalam pada itu Abby turut menolak dakwaan keretakan rumah tangganya itu kerana kehadiran orang ketiga termasuk tekanan daripada masyarakat sekeliling yang sentiasa memerhatikannya.

"Bukan kerana orang ketiga dan jika komen orang mengenai saya di laman sosial juga tidak pernah menjadi penyebab kepada kejadian ini dan saya tidak salahkan sesiapa kerana kami berdua ada melakukan kesilapan," ujarnya.

Sementara itu, Abby mengakui jarak usia sebanyak 13 tahun di antara mereka antara penyebab terjadinya perceraian dalam rumah tangga mereka.

Abby berkata, Muhammad Noor Farhan terlalu muda untuk memahami pelbagai perkara mengenai alam rumah tangga namun dia tidak pernah menyesali perkahwinan berkenaan biarpun hanya mampu bertahan selama 10 bulan.

"Pada saya dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya sebagai suami dan kami juga baru kenal mengenali selepas berkahwin. Mungkin ada beberapa perkara yang dia tidak dapat faham.


"Saya tidak salahkan dia kerana ketika saya berusia seperti dia pun banyak perkara yang saya tidak faham dan masih belajar mengenai kehidupan.

"Apa-apa pun saya tidak pernah menyesal berkahwin dengannya malah bersyukur dia dipinjamkan kepada saya biarpun singkat," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai lafaz cerai yang dibuat kali pertama oleh Muhammad Noor Farhan pada Januari lalu, Abby berkata, dia tidak mahu menghebahkan perkara itu kerana enggan memperbesarkan kejadian itu.

"Secara teknikalnya dia tidak melafazkan cerai itu kepada saya tetapi memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila dirujuk kepada bapa saudaranya yang juga seorang imam, beliau memberitahu lafaz yang dibuat itu sah dan kami perlu rujuk semula," jelasnya.

Terdahulu ketika di mahkamah kedua-dua pasangan berkenaan hadir secara berasingan.

Muhammad Noor Farhan dilihat tergesa-gesa meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kereta BMW yang menunggunya di perkarangan mahkamah bagi mengelak didekati pihak media.

Kedua-dua pasangan berkenaan tinggal berasingan sejak 9 Mei lalu.


Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.-mStar
Read More

Thursday, 29 May 2014

Wajah sebenar Leez AF4, bekas kekasih Zizan Razak.

Wajah sebenar Leez AF4, bekas kekasih Zizan Razak - Jika semalam berkongsi beberapa keping gambar cantik dan menawan pelakon Nelydia Senrose, hari ini pula penulis ingin memperkenalkan beberapa keping gambar comel bekas kekasih Zizan Razak iaitu Leez Rosli yang juga merupakan bekas peserta AF4.


Sejak menyepi dari industri hiburan setelah putus hubungan cinta denga Zizan Razak, penyanyi lagu Itu Realiti ini kini muncul kembali dengan imej yang lebih cun, cantik dan comel. Ramai jejaka-jejaka di luar sana yang terpikat dengan kecantikan Leez.



Read More

Tindakan Saman MAS Sengaja Diperbesarkan - Hanez Suraya

PETALING JAYA:Pelakon Hanez Suraya menjelaskan tindakannya memfailkan saman terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak hanya kerana dia bergelar selebriti.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 28, berkata, tindakannya itu adalah proses biasa sebagai seorang pelanggan MAS yang privasinya telah diceroboh sehingga menyebabkan dia menjadi bahan perbincangan umum.

"Ini adalah berkaitan dengan privasi dan hak saya sebagai pelanggan MAS yang telah diceroboh tanpa kerelaan saya dan berharap peminat tidak terus membuat kesimpulan negatif terhadap tindakan saya itu hanya kerana saya seorang selebriti," jelasnya.


Hanez dan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Mei lalu menerusi peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman.
Pasangan itu mendakwa beberapa jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan-rakan yang sebahagian daripada  salinan pas masuk mereka telah muncul di akaun Facebook yang dikenali sebagai "Kami sokong Liyana Manan" termasuk 1,000 komen yang mengejek mereka.

"Biarlah apa orang nak cakap tentang perkara itu kerana saya sudah serahkan kepada peguam dan saya dinasihatkan tidak mengulas panjang mengenai perkara ini," katanya.


Bagaimanapun Hanez mengakui ada menerima panggilan daripada pihak MAS selepas memfailkan saman dan respon diberikan positif. Dalam perkembangan lain, Hanez berkata dia kini sedang sibuk dengan latihan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan.

Teater terbitan Mask Team itu membariskan barisan pelakon Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Sherry Alhadad dan Kilafairy.-mStar
Read More

Punca Sebenar Suami Abby Abadi lakukan dua kali lafaz cerai

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai dan mengakui terkejut apabila diberitahu mengenai perkara itu.


Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk secara perbuatan tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

“Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak.

“Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah,” jelas Abby kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu.

Terdahulu, Abby selaku plaintif memberitahu mahkamah, Muhammad Noor Farhan telah menghantar mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.

Pasangan itu membuat permohonan di kaunter mahkamah untuk menfailkan lafaz cerai kali pertama yang dibuat oleh Muhammad Noor Farhan pada Januari lalu.


Jelas Abby, SMS yang dihantar kira-kira pukul 10.25 pagi itu dibuat oleh defendan selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya ekoran suaminya itu tidak pulang ke rumah.

“Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya.

“Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej,” katanya kepada mahkamah.

Muhammad Noor Farhan ketika disoal balas oleh Shaiful Azli mengakui ada menghantar SMS berkenaan dan memang berniat untuk menceraikan isterinya itu.


Sementara itu, Abby ketika ditemui diluar mahkamah memberitahu, dia reda dengan ketentuan terhadap perkahwinannya dengan Muhammad Noor Farhan namun masih berharap ia dapat diselesaikan secara baik.-Mstar
Read More

Wednesday, 28 May 2014

Kasihan... Erra Fazira

BARU-BARU ini, teman Mizz Lahar iaitu Fahrin 'sado' (bertubuh sasa) ada bertanya, benarkah aktres jelita Erra Fazira kini bercinta dengan Shahir AF8? Bagaimanapun, Mizz Lahar tidak dapat menjawabnya sebab tiada lagi pengesahan daripada mulut Erra.

Teman wartawan Mizz Lahar, Sophie D'rama sebenarnya ada menghubungi Erra bertanya mengenai hal itu. Bagaimanapun, aktres filem Sembilu itu nyata tidak senang dengan gosip yang mengaitkan dirinya dengan Shahir.

Mizz Lahar sebenarnya kasihan dengan Erra. Baru sahaja dia berasa lega dengan kisah rumah tangganya bersama bekas suaminya, Engku Emran yang mahu merujuk semula, kini dia dikaitkan pula mempunyai hubungan dengan Shahir.



Mizz Lahar percaya Erra dalam dilema memikirkan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Sudahlah dirinya baru sahaja habis edah pada 18 Mei lalu tetapi kini dikaitkan pula dengan Shahir.

Bagi Mizz Lahar, jika seseorang artis itu menjalinkan hubungan baik tidak semestinya mereka sedang bercinta. Barangkali mereka cuma berkawan sesama artis dalam industri.

Mizz Lahar: Mizz Lahar juga rimas kerana sering dikaitkan dengan lelaki berbadan sado, padahal kami cuma makan dan tengok wayang sahaja tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.-Kosmo
Read More

Aku nok gi dah...ada ore ajak

Kota Bharu: “Aku nok gi dah... ada ore ajak (aku mahu pergi, ada orang ajak)”. Itu ungkapan terakhir diucapkan lelaki warga emas sebelum dia benar-benar ‘pergi’ dijemput Illahi akibat terjatuh dalam perigi lama di rumahnya di Jalan Hospital, di sini, semalam.
Mangsa Che Ismail@ Mohamad Che Abdullah, 64, meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam perigi sedalam tiga meter sebelum disedari isterinya Maimun Ahmad, 71, pada jam 10 pagi.
Maimun berkata, tidak menyangka kata-kata suaminya yang mahu pergi menemui ‘seseorang’ ketika mereka berehat, petang kelmarin petanda arwah suami pergi buat selama-lamanya.

“Kami berehat sebelum arwah menyebut ‘aku nok gi dah... ada ore ajak’ sebelum terus beredar. Ketika itu, saya tidak merasakan apa-apa, sebaliknya menganggap ia hanya perbualan biasa.
“Namun, tidak sangka dalam tempoh tidak sampai 24 jam, dia benar-benar pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. ---- Harian Metro
Read More

Hujan renyai iringi jenazah

Kulaijaya: Cuaca redup dan hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, di sini, semalam.

Jenazah yang dibawa dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak tiba di rumah ayahnya di Taman Scientex, di sini, jam 6 pagi sebelum dibawa ke Masjid Kampung Rahmat di sini untuk disembahyangkan. Ahli keluarga, sahabat handai serta rakan sepasukan hadir memenuhi tanah perkuburan sejak awal pagi untuk mengiringi pengebumian jenazah Mohd Azuan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim serta ayah dan ibu Mohd Azuan, Abdullah Mahmood, 49, serta Afidah Ehsan, 50.


Ismail yang ditemui selepas majlis pengkebumian itu berkata, kematian anggota polis itu disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Walaupun arwah bukan di bawah Kontinjen Johor, namun dia tetap keluarga kami dan Kontinjen Johor akan membantu bagi meringankan beban yang ditanggung keluarganya.

“Saya difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian tempat arwah bertugas menyalurkan sumbangan awal RM10,000 kepada keluarganya,” katanya.Mohd Azuan anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) IPD Kerian, Perak terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang kelmarin.-Hmetro
Read More

Tuesday, 27 May 2014

Gambar selfie Nabil dan Zira bersantai di Paris yang mengejutkan.

Dengan kesibukan Nabil Ahmad sebagai pelawak, pengacara dan pelakon di industri hiburan tempatan, dia dan isterinya Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 26, tidak ketinggalan meluangkan masa untuk bercuti di Paris, Perancis baru-baru ini.

Beberapa keping gambar pasangan sensasi ini bercuti di sana telah dikongsikan Nabil di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.


Jelas, Nabil dan Zira kelihatan seperti kembali ke alam remaja dek kerana aksi-aksi romantik mereka.


Read More

Norman Hakim Sedia Tayang Six Pack.

Kemunculan pelakon kacak Norman Hakim ketika majlis pencarian Men’s Health Cover Guy tenyata telah menjadi perhatian ramai terutama peminatnya yang mengikuti perkembangannya selama ini.

Malah tidak kurang juga beberapa pihak yang terkesima dengan bentuk fizikal yang dimiliki suami kepada pelakon Memey Suhaiza berkenaan.


Ramai yang tidak menyangka, dalam usia Norman Hakim yang semakin meningkat dan sudahpun berumah tangga serta memiliki cahaya mata, dia ,asih menjaga fizikalnya agar kekal tegap, sasa serta cukup maskulin.

"Memang saya sudah lama tidak muncul dalam banyak acara, maklum sajalah sibuk dengan penggambaran drama" ----- >Sumber
Read More

Gambar Bentuk Hidung Nasha Aziz Kejutkan Peminat..

Apa dah jadi dengan hidung mancung Nasha Aziz yang dulunya cantik dan menawan?

Walaupun mewarisi hidung mancung dari ayahnya, namun daripada sekeping terkini gambar wajah Nasha yang diambil dari forum.cari.com.my, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena.


Kalau mengikut komen-komen dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, penulis kurang pasti kesahihan dakwaan mereka ini.-----> Sumber
Read More

Mesti Tengok! Terb eliak biji mata tengok Zila Bakarin di ABPBH 2013

Walaupun sudah 2 hari acara gilang-gemilang iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 berlalu, namun, kejutan-kejutan dan kontroversi yang berlaku pada malam tersebut masih lagi menjadi topik hangat pada ketika ini.


Dan tidak terlepas juga bagi pelakon yang membintangi drama Cinta Elysa yang begitu menarik perhatian dengan fesyen yang diperagakan oleh beliau. Aktres yang berusia 39 tahun itu tidak segan memparagakan fesyen yang boleh dikatakan agak seksi dan "hot".Dibawah ada gambar beliau ketika malam ABPBH 2013: [ Sumber ]




Read More

Monday, 26 May 2014

Erra Dan Shahir Bercinta

Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira.Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut," katanya.



Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.Kesahihan gosip di antara Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," kata Erra.


Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.Terdahulu, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun------ >Sumber
Read More

Misteri sampan berpusing tengah laut terjawab

TANJONG KARANG - Tanda tanya seorang kaki pancing yang terkejut melihat sebuah sampan berpusing tanpa kelibat orang rupa-rupanya membawa berita kehilangan seorang lelaki sejak semalam.

Sinar Harian difahamkan, keadaan sampan yang berpusing-pusing tanpa henti kira-kira lima kilometer dari pesisiran pantai Sungai Kajang, di sini menimbulkan tanda tanya sebelum saksi menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.

Mangsa, Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, dipercayai turun ke laut seorang diri pada Ahad lalu sebelum sampannya ditemui kaki pancing yang lain yang lengkap peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit.


Rakan mangsa, Khairi Nordin, 52, berkata, biasanya dia dan Hassan Ashari akan turun ke laut bersama-sama hampir setiap hujung minggu untuk mencari hasil ikan untuk stok makanan mereka sekeluarga.

"Tapi kebetulan masa kejadian, saya tak ikut dan terkejut bila dapat panggilan kawan-kawan yang mengatakan jumpa sampan Hasan tapi tiada kelibatnya. Saya bimbang dia terjatuh sebab sampannya berpusing sampai habis minyak," katanya sebak.

Isteri mangsa, Maifuzah Jaid, 37, berkata, dia tak menyangka panggilan daripada suaminya kira-kira jam 12 tengahari itu rupa-rupanya panggilan terakhir sebelum dia sekeluarga dimaklumkan mengenai kehilangan suaminya di laut.

"Saya betul-betul tak sangka jadi begini sebab masa terima panggilan itu, abang tak cakap apa-apa yang mencurigakan. Tak ada tunjuk kata-kata pelik atau kelakuan yang berbeza seperti sebelum ini," katanya kepada media.- Sinarharian
Read More

Elfira Loy Histeria Dirasuk Selepas Keluar Minum

SEBENARNYA memang penulis susah nak percaya perkara karut-marut, apa­­tah lagi kalau orang berceri­ta nampak hantu jembalang. Bukan apa, bimbang kalau terlalu percaya, nanti jatuh hukum jadi syirik.

Namun, kalau tidak mahu percaya pun tidak boleh juga sebabnya di dalam al-Quran tertulis, selain manusia, Allah turut menjadikan jin sebagai penghuni bumi.

Perkara ghaib ini selalunya dikaitkan dengan jin jahat atau iblis yang cuba merosakkan manusia dan menghasut supaya menjadi sebahagian daripada mereka di neraka nanti.

Jauh pulak penulis berceloteh membuka kata. Bukan nak bersyarah pada hujung ming­gu ini, cuma nak berkongsi satu cerita berkaitan perkara misteri atau dalam zaman sekarang ini orang mengkhususkan ia sebagai aktiviti paranormal.


Perkara aneh dan misteri berlaku kepada pelakon genit dan jelita, Elfira Loy yang didakwa dirasuk dan histeria sewaktu menjalani penggambaran drama di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

 Kisahnya, Elfira bersama dua lagi pelakon, Afiq Muiz dan Mikael Andre keluar minum di kedai mamak selepas selesai penggambaran. Dalam rancak berborak, Mikael berkongsi cerita mengenai pe­ngalaman ngerinya sewaktu menjalani penggambaran filem hantu.

Sewaktu berbual, Elfira dikatakan mula menunjukkan rasa gementar dan takut, tapi Afiq dan Mikael terus berkongsi cerita, jadi banyaklah siri dan sesi cerita hantu diceritakan.

Entah macam mana selepas pulang ke bilik hotel, kecoh Elfira dikatakan mengalami histeria dan menjerit-jerit ketakutan. Perkara itu berlanjutan hinggalah mereka memanggil ustaz berhampiran untuk memulihkannya.

Sebaik sedar, Elfira dikatakan tidak menyedari satu pun perkara yang berlaku kepada­nya dan bertanya mengapa tiba-tiba dia berasakan tubuhnya sangat lemah. Gerun penulis dengar cerita begini.

Dalam bab ini, kita tidak tahu apakah Elfira terbawa-bawa kerana terlalu menghayati kisah hantu diceritakan Afiq dan Mikael atau dia sememangnya lemah semangat sehingga memudahkan entiti makhluk harus merasuk tubuhnya.

Sebabnya, hendak diikut-kan, pelakon cilik itu boleh tahan lasak dan tidak mungkin mengalami kejadian seperti diceritakan.

Mungkin juga perkara hendak berlaku. Tak tahulah penulis kalau Elfira sengaja berlakon konon-konon dirasuk dan histeria sebab hendak kenakan Afiq dan Mikael.

Apapun, kita sebenarnya kena berhati-hati apabila berada di tempat orang.

Hendak cerita hantu pun tengok-tengok juga. Kata orang, kalau kita bercerita, bermakna kita menyeru mereka datang.

Wallahualam! Hanya Tuhan lebih mengetahui.
Sumber
Read More

Gambar Majlis Pernikahan Supermodel Tengku Azura Dan Ramelle Ramli

Tahniah diucapkan buat supermodel Malaysia, Tengku Azura yang selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya, Ramelle Ramli Ngah Taib.

Majlis pernikahan dan persandingan serba ringkas namun tampak elegan itu berlangsung di Flora Terrace, The Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Nora Danish dan Fasha Sandha antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut.


Tengku Azura sebelum ini mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu sementara Ramelle pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model komersial, Diana Johor.

Tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai, semoga ikatan suci berkekalan hingga ke jannah








Read More