KULIM 9 Ogos - Dua pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah maut apabila motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan di Batu 8, Jalan Lunas-Padang Serai dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Abdullah Arshad berkata, kejadian pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu melibatkan empat buah kenderaan termasuk sebuah lori treler yang penuh dengan muatan kelapa sawit.
"Sebuah motosikal yang ditunggangi J.Irvin, 19, dan dibonceng S.Jayakumar, 18, dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan dari arah Lunas sebelum terlanggar lori treler yang datang dari arah Padang Serai menyebabkan kedua mereka maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, lori treler berkenaan kemudiannya bergesel dengan sebuah lori kecil dan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
"Sepasukan enam orang anggota Bomba dan Penyelamat Balai Kulim bersama sebuah jentera berjaya mengeluarkan wanita berusia 40 tahun yang tersepit dalam keretanya.
"Wanita berkenaan kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Kulim, manakala pemandu lori treler mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya. - BERNAMA--Utusan
Read More