Wednesday, 28 May 2014

Aku nok gi dah...ada ore ajak

// // Leave a Comment
Kota Bharu: “Aku nok gi dah... ada ore ajak (aku mahu pergi, ada orang ajak)”. Itu ungkapan terakhir diucapkan lelaki warga emas sebelum dia benar-benar ‘pergi’ dijemput Illahi akibat terjatuh dalam perigi lama di rumahnya di Jalan Hospital, di sini, semalam.
Mangsa Che Ismail@ Mohamad Che Abdullah, 64, meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam perigi sedalam tiga meter sebelum disedari isterinya Maimun Ahmad, 71, pada jam 10 pagi.
Maimun berkata, tidak menyangka kata-kata suaminya yang mahu pergi menemui ‘seseorang’ ketika mereka berehat, petang kelmarin petanda arwah suami pergi buat selama-lamanya.

“Kami berehat sebelum arwah menyebut ‘aku nok gi dah... ada ore ajak’ sebelum terus beredar. Ketika itu, saya tidak merasakan apa-apa, sebaliknya menganggap ia hanya perbualan biasa.
“Namun, tidak sangka dalam tempoh tidak sampai 24 jam, dia benar-benar pergi meninggalkan saya untuk selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. ---- Harian Metro

0 comments:

Post a Comment