Wednesday, 28 May 2014

Kasihan... Erra Fazira

// // Leave a Comment
BARU-BARU ini, teman Mizz Lahar iaitu Fahrin 'sado' (bertubuh sasa) ada bertanya, benarkah aktres jelita Erra Fazira kini bercinta dengan Shahir AF8? Bagaimanapun, Mizz Lahar tidak dapat menjawabnya sebab tiada lagi pengesahan daripada mulut Erra.

Teman wartawan Mizz Lahar, Sophie D'rama sebenarnya ada menghubungi Erra bertanya mengenai hal itu. Bagaimanapun, aktres filem Sembilu itu nyata tidak senang dengan gosip yang mengaitkan dirinya dengan Shahir.

Mizz Lahar sebenarnya kasihan dengan Erra. Baru sahaja dia berasa lega dengan kisah rumah tangganya bersama bekas suaminya, Engku Emran yang mahu merujuk semula, kini dia dikaitkan pula mempunyai hubungan dengan Shahir.



Mizz Lahar percaya Erra dalam dilema memikirkan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Sudahlah dirinya baru sahaja habis edah pada 18 Mei lalu tetapi kini dikaitkan pula dengan Shahir.

Bagi Mizz Lahar, jika seseorang artis itu menjalinkan hubungan baik tidak semestinya mereka sedang bercinta. Barangkali mereka cuma berkawan sesama artis dalam industri.

Mizz Lahar: Mizz Lahar juga rimas kerana sering dikaitkan dengan lelaki berbadan sado, padahal kami cuma makan dan tengok wayang sahaja tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.-Kosmo

0 comments:

Post a Comment