Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Mohamad Khairul Abdullah, 4, yang mengalami cedera parah di bahagian leher kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun gagal diselamatkan.
Bagaimanapun, suspek dikatakan memanggil mangsa (Mohamad) lalu membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging yang diambilnya di dalam restoran berkenaan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya yang menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 7 malam itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan suspek berusia 23 tahun berjaya diberkas.
Sivanathan berkata, polis tidak mengetahui punca suspek bertindak sedemikian kerana suspek tidak ada pergaduhan atau marah dengan sesiapa di restoran berkenaan dan dipercayai suspek mengalami masalah mental.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan, dekat sini untuk bedah siasat.
"Manakala suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya. --- Harian Metro
0 comments:
Post a Comment