KUALA LUMPUR - Mahkahmah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berhubung lafaz cerai yang dibuat suaminya, Mohd Nor Farhan Che Bakar sehingga 11 Jun.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menangguhkan pengesahan lafaz cerai itu selepas Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya sebelum ini.
Menurut Abby, suaminya melafazkan cerai melalui kidmat pesanan ringkas (SMS) pada kira-kira jam 10.15 pagi 9 Mei lalu.
Bagaimanapun Abby memberitahu, pada Januari lalu, Farhan pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka telah bercerai. [
Sinar harian ]
0 comments:
Post a Comment