Monday 2 June 2014

Fareeda buka 3 lagi cawangan baharu

// // Leave a Comment
Jenama tudung terkenal, Fareeda terus mengorak langkah dalam dunia perniagaan apabila akan membuka tiga lagi cawangan baharu sehingga akhir tahun ini.

Pengarah Fareeda Global Resources, Mawar Abdul Karim berkata, cawangan baharu itu akan melibatkan lokasi di Ipoh, Perak, Skypark Subang dan Johor Bahru tidak lama lagi

Katanya, ketika ini Fareeda memiliki dua cawangan di Bangi selain di Permatang Pauh di Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan.

“Mengenai stokis Fareeda, jumlah kini sudah mencecah 500 orang dan kami terpaksa menghadkan jumlah itu kerana kekurangan stok.



“Ini kerana sehelai tudung mengambil masa yang lama untuk disiapkan kerana perlu melalui proses kualiti control (QC) yang berperingkat,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mengulas kontroversi yang melanda baru-baru ini berhubung isu rampasan tudung Fareeda tiruan, Mawar berkata, jualan syarikat langsung tidak terjejas sebaliknya terus mengalami peningkatan mendadak.

Namun dia berasa kesal kerana tindakan segelintir penjual itu telah mengganggu operasi syarikatnya kerana boleh menutup periuk nasi seramai 400 kakitangan Fareeda yang mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka.

“Fareeda telah keluarkan kos iklan berjuta untuk membuat promosi dan penyelidikan tapi rekaan kami ditiru secara mudah tidak sampai beberapa hari koleksi baru kami berada di pasaran tanpa mereka perlu keluar modal yang besar.

“Tindakan individu yang membawa tudung kami keluar negara seperti Vietnam untuk ditiru dan dibawa balik ke Malaysia untuk dijual pada harga tidak tertentu, ada yang murah dan mahal hingga kami mendapat aduan negatif daripada pelanggan.

“Sudah tentu ini senario ini menjejaskan imej Fareeda yang boleh menyebabkan pelanggan lari dan keliru untuk membezakan antara tudung Fareeda asli dan tiruan,” katanya yang mengesahkan tudung Fareeda telah dipatenkan secara sah dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.



Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat rampasan tudung tiruan Fareeda di dua buah premis kedai di Batu Cave, Klang dan empat kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Lebih memburukkan keadaan, kenyataan dalam Mawar Fareeda di laman sosial Facebook dikatakan agak sombong oleh orang ramai.

Bagaimanapun ia bukan ditulis oleh Mawar tetapi daripada pihak yang mengendalikan laman sosial tersebut dan hanya mengambil kenyataan yang tidak penuh.

Antara ayat yang ditulis di fanpage itu, jika ingin berfesyen tengoklah kemampuan diri.

Fareeda kini memiliki seramai 400 kakitangan di mana 200 adalah tukang jahit yang kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki.

Sumber

0 comments:

Post a Comment