Monday, 11 August 2014

Artis: Wajah anak perempuan Rosyam Noor Didedahkan

DATO Rosyam Noor yang sememangnya selalu merahsiakan keluarganya kepada media memang tidak suka mencampurkan urusan keluarga dan kerja.

Rosyam Noor seakan-akan merahsiakan keluarganya kepada umum.



Penulis akan sajikan anda gambar-gambar anak Rosyam Noor yang cantik lagi cun ni.. Anak Rosyam Noor dengarnya semuanya perempuan.

Jadi lelaki kat luar sana, korang pilih la mana yang berkenan, mana tau kalau-kalau ada jodohkan Jom kita layan gambar-gambar keluarga Rosyam Noor..










Read More

KK:Abu Sayyaf Tuntut RM5 Juta Untuk Bebas Tebusan Polis

KOTA KINABALU: Kumpulan lelaki bersenjata Abu Sayyaf dikatakan telah menuntut wang sejumlah RM5 juta bagi membebaskan Zakiah Aleip, konstabel polis marin yang telah diculik di Semporna pada 12 Julai lalu.

Zakiah, 26, telah dibawa lari oleh sekumpulan lelaki bersenjata Filipina dari Pulau Mabul manakala rakannya Korperal Ab Rajah Jamuan, 32, ditembak mati dalam satu serbuan di sebuah resort.



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman enggan mendedahkan jumlah yang diminta tetapi berkata rundingan untuk menjamin kebebasan Zakiah mungkin mengambil masa yang lama kerana jumlah tersebut adalah terlalu tinggi.

Beliau berkata sejumlah 42 panggilan diterima oleh isteri Zakiah dan anggota polis yang lain sama ada daripada Zakiah atau lelaki dari kumpulan bersenjata.

"Lelaki bersenjata juga telah memberikan peluang kepadanya (Zakiah) untuk bercakap dengan isteri dan ahli keluarga beliau, terutamanya pada waktu petang atau malam," katanya.

"Ia akan mengambil masa, jumlahnya terlalu tinggi," kata Jalaluddin, sambil menambah Zakiah tidak dicederakan walaupun beliau telah dipindahkan oleh orang yang menangkapnya bagi mengelak ditangkap polis Filipina.

Mengenai panggilan untuk mendapatkan bantuan kerajaan oleh Chin Pek Nyen, isteri kepada Chan Sai Chuin, 32, yang telah diculik dari sangkar ikan Kunak pada 16 Jun, Jalaluddin berkata beliau telah membincangkan kes Chan dan Zakiah dengan Ketua Polis Negara.

Dipercayai kumpulan Abu Sayyaf yang menculik Chan telah menuntut wang tebusan sebanyak RM3 juta.--mStar
Read More

Artis: Dulu kekok, kini teman baik

SEWAKTU melihat senarai barisan pelakon utama filem berjudul Warna Cinta Impian terbitan Touchtronic Entertainment, ada sesuatu yang cukup istimewa apabila ia menggandingkan dua ikon popular tanah air iaitu Awie dan Erra.

Nama aktor dan aktres itu pernah menjadi sebutan ramai dahulu menerusi kisah cinta mereka dalam filem Sembilu, Sembilu 2 dan Tragedi Oktober.



Ironinya, percintaan mereka turut berlaku di luar bidang kerja serta pernah mengikat tali pertunangan dahulu.

Namun begitu, kisah cinta mereka itu sudah tinggal sejarah dan masing-masing mempunyai haluan hidup sendiri, tetapi ia bukanlah satu halangan untuk mereka terus digandingkan dalam mana-mana filem.

Biarpun pernah berlakon bersama selepas cinta mereka berakhir seperti filem Maria Mariana 2 dan Cuci, ternyata pembabitan Awie dan Erra dalam Warna Cinta Impian agak menarik perhatian umum.

Ini kerana mereka belum pernah bersatu di dalam filem sejak sekian lama, sementelah status Erra sebagai seorang ibu tunggal setelah bercerai dengan suaminya, Engku Emran manakala Awie pula berhadapan dengan masalah rumah tangga yang dialaminya sekarang bersama isterinya, Rozana Misbun.

Mengulas mengenai pembabitan Erra yang turut membintangi filem berkenaan, Awie atau pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu menyatakan bahawa tiada sebarang masalah buat dirinya kerana masing-masing bertindak secara profesional.

Tegasnya, apa yang berlaku antara dirinya dan Erra dahulu sudah menjadi sejarah dan tidak harus diungkit lagi. Malah, dia bersyukur kerana masih ada lagi pihak yang terus memberikan kepercayaan kepada mereka.

"Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan antara hubungan saya dan Erra. Meskipun kami pernah bercinta dan bertunang sebelum ini. Kini, kami sudah ada kehidupan masing-masing dan sebagai rakan, saya sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

"Tidak dinafikan dahulu saya memang agak rasa kekok kalau berjumpa dengannya, tetapi sekarang kami sudah boleh bergurau dan saya anggap Erra merupakan salah seorang kawan baik saya," ujarnya yang sebelum ini bergandingan dengan Erra menerusi konsert Teaterikal Suara Kita pada Mac lepas.

Menceritakan pembabitan awal dalam filem itu, Awie yang juga merupakan vokalis Wings berkata, semuanya bermula dengan pertemuan bersama pihak Touchtronic Entertainment beberapa bulan lalu.

"Sebenarnya, saya pernah menolak untuk berlakon dalam filem ini disebabkan sudah terikat dengan beberapa pekerjaan yang lain. Jadi, saya bimbang kalau tidak mampu memberi sepenuh komitmen kalau menerimanya.

"Bagaimanapun, pihak penerbit masih lagi berkeras mahu saya berlakon. Setelah melihat kesungguhan mereka yang tidak berhenti memujuk, akhirnya ia telah membuka pinta hati saya untuk berlakon," ujarnya.

Selain itu, Awie menyatakan, antara faktor yang membuatkannya memberi persetujuan untuk terbabit dalam filem berkenaan setelah penerbit bersetuju memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.

Antaranya, penerbit akan bersikap terbuka untuk menerima pandangan yang diberikan oleh para pelakon agar perjalanan cerita yang akan dipaparkan menjadi lebih menarik dan memenuhi cita rasa penonton.

"Saya tidak kata yang jalan cerita filem ini kurang bagus, tetapi sebagai pendatang baharu dalam industri perfileman tempatan, mereka perlu mendengar dan mempertimbangkan setiap idea yang diberikan," jelasnya.

Jadual padat

Bercerita tentang aktivitinya selepas bercuti menyambut Aidilfitri, Awie berkata, dia kini sudah memulakan latihan untuk pementasan teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging.

Menurutnya, memandangkan teater tersebut akan dipentaskan di Istana Budaya pada 8 hingga 21 September ini, dia perlu memberikan sepenuh tumpuan terhadap latihan yang dijalankan.

"Kalau diikutkan jadual saya selepas Aidilfitri memang sangat padat. Selain sibuk dengan latihan pementasan teater, penggambaran untuk filem Warna Cinta Impian juga akan bermula pada bulan ini.

"Sekarang saya perlu susun semula jadual kerja supaya tidak berhadapan dengan masalah yang lebih rumit seperti pertembungan jadual penggambaran filem dan latihan teater," jelasnya.

Ujar Awie, selain terbabit dengan filem Warna Cinta Impian dan teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging, dia akan terbabit dengan beberapa projek lain, tetapi ketika ini dia mahu memberi fokus terhadap kedua-dua produk tersebut terlebih dulu.

Rindu berlakon bersama

Bagi pelakon dan penyanyi Fazira Wan Chek atau Erra Fazira pula, antara faktor utama yang menyebabkan dia tertarik untuk membintangi filem Warna Cinta Impian kerana rindu berlakon bersama Awie yang pernah menjadi gandingannya dahulu.

Erra berkata, dia percaya peminat juga pasti menantikan gandingan mereka semula dan filem berkenaan telah membuka ruang buat dirinya dan Awie untuk tampil dalam sebuah filem.

"Saya sedar pasti akan ada segelintir pihak yang akan memperkatakan tentang pembabitan kami dalam filem ini, tetapi saya percaya ia mampu menjadi salah satu tarikan utama dan tentunya ramai yang ingin menyaksikan gandingan kami.

"Secara jujurnya, saya tidak kisah kalau ada yang mahu mengimbas semula nostalgia percintaan kami dalam filem terdahulu. Cuma, tidak perlulah mengungkit lagi segala kisah peribadi kami yang sudah lama berakhir," luahnya.

Sementara itu, Erra menyatakan dia bersetuju berlakon dalam filem arahan N.S Krishna itu kerana melihat semangat yang ditunjukkan oleh penerbit ketika sesi perbincangan dilakukan.

"Saya kagum dengan sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh penerbit dan pengarah yang sentiasa menerima sebarang idea daripada pelakon. Langkah sebegini wajar dipuji agar sesebuah filem itu dapat dihasilkan dengan baik," ujarnya.

Selain Awie dan Erra, filem Warna Cinta Impian yang menelan kos sebanyak RM1.5 juta turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain seperti Azlee Khairi, Nelydia Senrose dan Shikin Kamal serta pelakon kelahiran Singapura iaitu Erwin Shah Dawson.--Kosmo
Read More

Artis: Awie Dapat Perintah Halang Media Lapor Kes Luar Mahkamah

AMPANG: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin mengeluarkan perintah bagi menghalang mana-mana pihak termasuk media membincangkan atau menyebarkan gambar mengenai kes ke atas penyanyi Awie yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun lalu.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan tersebut selepas mendengar permohonan peguam bela Awie iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran yang memberi alasan  perbincangan yang tidak berasaskan fakta mengenai kes itu mampu merosakkan reputasi anak guamnya.



Ayuni Izzaty bagaimanapun tidak menghalang pihak media daripada melaporkan kes berkenaan yang dibicarakan di dalam mahkamah agar tidak berlaku percanggahan fakta.

Mengikut pertuduhan, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Dalam pada itu, Hazman ketika ditemui diperkarangan mahkamah berkata, walaupun Awie seorang selebriti namun itu tidak bererti pihak luar boleh membuat telahan dan andaian terhadap kes yang sedang berjalan di mahkamah.

"Kita buat permohonan itu kerana tiada siapa patut membuat komentar, telahan atau andaian malah menyebarkan gambar-gambar kerana ia tidak adil kepada pihak tertuduh kerana ia mampu menjatuhkan reputasinya sebelum mendapat keadilan di mahkamah.

"Niat kita bukan ingin menentang kebebasan media dan tidak mempunyai masalah sekiranya pihak media ingin melaporkan apa yang berlaku dalam mahkamah atau pun kenyataan saksi," jelasnya.

Awie dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

Mahkamah menangguhkan kes berkenaan pada 23 September depan.--mStar
Read More

Artis: Cinta baharu Hafiz Suip

TIDAK hanya berbakat besar dalam bidang nyanyian, Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Mohd Hafiz Mohd Suip kini terus mengorak langkah ke hadapan.

Meskipun sibuk dengan aktiviti seninya, Mohd Hafiz atau nama pentasnya, Hafiz Suip kini turut sibuk menguruskan perniagaan restoran miliknya yang baru saja beroperasi di The Atmosphere, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, sejak tiga bulan lalu.



"Alhamdulillah, hasrat saya untuk membuka restoran akhirnya terlaksana. Semuanya berjalan dengan lancar, malah sepanjang Ramadan lalu, pelbagai juadah bufet turut disediakan.

"Biarpun sibuk, saya tetap akan cuba meluangkan masa untuk datang ke restoran setiap hari.

"Saya akui menguruskan perniagaan yang membabitkan makanan memang memenatkan tetapi ia perlu seiring dengan minat dan jiwa serta keyakinan yang ada, barulah ia akan konsisten," katanya kepada Zass.

Bercerita lanjut, anak kelahiran Kuching, Sarawak ini memberitahu, restorannya itu berkonsepkan kafe dan  boleh memuatkan sehingga 40 orang pada satu-satu masa.

"Restoran ini bertemakan Western Food berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang cukup berpatutan.

“Kalau boleh, saya memang mahu menyediakan juadah enak dari Sarawak, namun melihat masakan Sarawak banyak dijual di Semenanjung, saya terpaksa berfikir dua kali.

"Kepada peminat yang ingin mencuba juadah di restoran saya, bolehlah singgah di antara jam 6 petang hingga 2 pagi," kata pelantun lagu Bahagiamu Deritaku ini.--Sinarharian
Read More

Artis: Erma Fatima Selar Laporan Bakal Failkan Cerai

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah drama Erma Fatima menyelar laporan kononnya dia bakal memfailkan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azmi atau lebih dikenali dengan panggilan Bade.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 46, berkata, gosip berkenaan tidak benar sama sekali selain menyifatkannya sebagai karut.



"Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?

"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan, Erma turut dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu terhadap Bade.

Tindakan Erma itu dikatakan berpunca daripada tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu selain wanita berkenaan kini hamil.

Dalam pada itu, Erma menjelaskan, perkahwinannya bersama Bade tidak mempunyai sebarang masalah dan pelik bagaimana cerita berkenaan timbul.



Jelas Erma, dia juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut yang dikatakan teman rapatnya namun enggan melayan gosip seperti itu.

"Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya.

Erma sebelum ini mengakui memberi keizinan dan kebenaran kepada Bade untuk berkahwin dengan Aida Mac lalu dan meminta agar semua pihak mendoakan kebahagian pasangan tersebut.

Pasangan itu berkahwin sejak 24 tahun lalu dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun.--mStar
Read More