Tuesday, 1 July 2014

Kanak-kanak lelaki berusia empat maut dikelar oleh bapa saudarnya

Beluran: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat maut dikelar oleh bapa saudarnya menggunakan parang pemotong daging dalam kejadian di sebuah restoran di Kampung Gambaron Telupid, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Mohamad Khairul Abdullah, 4, yang mengalami cedera parah di bahagian leher kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid, dekat sini, untuk rawatan lanjut namun gagal diselamatkan.


Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama ahli keluarganya termasuk bapa saudara mangsa (suspek) sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa di restoran makanan terbabit yang juga milik ibu mangsa.

Bagaimanapun, suspek dikatakan memanggil mangsa (Mohamad) lalu membawanya ke bahagian belakang restoran sebelum bertindak mengelar leher mangsa dengan menggunakan sebilah parang pemotong daging yang diambilnya di dalam restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan berkata, pihaknya yang menerima panggilan berkenaan kejadian itu kira-kira jam 7 malam itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan suspek berusia 23 tahun berjaya diberkas.


Sivanathan berkata, polis tidak mengetahui punca suspek bertindak sedemikian kerana suspek tidak ada pergaduhan atau marah dengan sesiapa di restoran berkenaan dan dipercayai suspek mengalami masalah mental.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchees of Kent Sandakan, dekat sini untuk bedah siasat.

"Manakala suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya. --- Harian Metro
Read More

Menarik - Isteri Ashraf Muslim,Dayana Wan Sakinah Tidur Sekatil

Nampaknya... Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah yang hidup bermadu makin bahagia setelah melalui pelbagai rintangan. Lebih menarik, Dayana dan madunya kini ‘amat rapat’ dengan kehadiran anak Sakinah yang bernama Sarah.


Mana tak erat, mereka sanggup tidur sekatil untuk menjaga Sarah ketika Ashraf Muslim bekerja di luar. Malah ketika bulan Ramadan, bertambah meriah keluarga ini dengan pelbagai aktiviti keagamaan.

"Walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu.

"Malah, kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah.

"Alhamdulillah selepas pulang dari umrah dan dikurniakan Sarah, doa saya dimakbulkan. Sikit demi sikit Allah tunjukkan jalan bahawa pilihan dilalui ada hikmah sangat besar.

"Ada sebab Allah belum kurniakan anak kepada saya lagi pada masa ini, apatah lagi apabila difikirkan situasi kerja saya yang tidak menentu dan lasak," ujar Dayana.

Sementara kata Ashraf pula, banyak perubahan telah berlaku disebabkan Sarah. Dia sering beritahu isterinya, ini anak mereka bertiga. Meskipun banyak perkara yang mereka dilalui sebelum ini, Allah akhirnya telah tunjukkan hikmahnya.

"Hubungan kedua-dua isteri saya juga semakin erat ibarat kawan baik. Sampaikan saya kadangkala terpaksa menggosok baju sendiri.


"Bila dapat rapatkan mereka, saya lebih mudah mengurus keluarga. Saya juga sering bawa mereka ke majlis ilmu untuk bekalan bersama.

"Orang selalu tanya bagaimana saya bersama isteri? Pertama sekali, solat berjemaah dan berdoa untuk kesejahteraan semua. Saya bagi mereka tahu, dalam doa saya, ia untuk kesejahteraan kita.

"Paling penting ialah saya dan keluarga saya, sebab ini keluarga yang akan saya pimpin sampai akhir hayat. Saya kena buktikan kepada semua pihak yang saya boleh bahagiakan keluarga sendiri," tambahnya.

Sumber : Myartis
Read More

Monday, 30 June 2014

Bukan saya yang suruh - Farid Kamil

KECOH kisah Diana Danielle ‘naik hantu’ dengan Nora Danish gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik oleh heroin filem Pengantin Malam itu minggu lalu.

Diana dikatakan bengang dengan tindakan aktres itu yang memuat naik gambar dia sedang memegang tangan suaminya, Farid Kamil yang juga merupakan hero filem tersebut.

Rentetan itu Diana memuat naik status luahan hati di laman sosial Instagram miliknya sehingga mengundang pelbagai persepsi termasuk dituduh cemburu buta dan bertindak keanak-anakan.

Biarpun akhirnya status itu dibuang dari laman tersebut, Diana dicari untuk mendapatkan kepastian namun gagal dihubungi.


Memandangkan Diana tidak membuka mulut tentang tindakannya, Farid menjadi ‘mangsa’ pihak media untuk tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut.

Dalam pada itu Diana yang terus mengambil sikap mendiamkan diri tidak dapat mengelak daripada diserbu pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta pelembab bibir, Lip Ice di ibu negara pada Jumaat lalu.

Masih terus mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri, Diana juga kelihatan kurang senang apabila pihak media melontarkan soalan berhubung kontroversi yang berlaku.

Malah wajahnya serta merta berubah dan hanya melemparkan senyuman kelat apabila ditanya mengenai dirinya sebagai pencetus isu.

Aktres itu juga bertahan untuk tidak menjawab sebarang soalan berkaitan kontroversi tersebut biarpun ditanya berulang kali oleh sekumpulan wartawan.

"Soalan itu saya tidak mahu jawab. Tiada komen. Terima kasih," katanya selepas diberi isyarat oleh pengurusnya, Fadzil Zahari untuk bangun dan beredar.

Pasti Farid mengetahui tentang isu Diana yang memuat naik luahan hatinya di Instagram baru-baru ini. Apa komen Farid apabila Diana dikatakan bertindak begitu kerana cemburu buta?

Ya, saya tahu dan maklum tentang hal itu (semasa kejadian memuat naik luahan dan foto). Saya sedar keadaan itu tidak sepatutnya berlaku. Saya maafkan dia dan saya harap semua pihak juga maafkanlah dia.

Perkara ini tidak menjadi masalah kerana selama 11 tahun dalam industri menjawab isu-isu begini (kontroversi) seolah-olah sudah jadi sebahagian daripada tugasan saya.

Jadi Farid setuju apabila ramai menganggap isteri anda seorang yang cemburu buta?

Biasalah... sedikit perasaan cemburu mesti ada dalam hati setiap wanita. Lagi pula seorang isteri.

Apa komen Farid apabila Diana dikatakan tidak matang dan bersikap kebudak-budakan?

Ini semua adalah salah faham. Betul hal ini membabitkan peribadi saya tetapi tentang hal itu biarkanlah. Saya juga percaya perkara itu tidak menjejaskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Saya maafkan dia.

Farid tak bimbang hubungan sebagai rakan artis antara Diana dan Nora akan terjejas gara-gara salah faham ini?

Tak jadi masalah besar untuk saya. Hal ini isu biasa saja. Saya rasa mereka profesional.

Apa pandangan Farid apabila peminat tampil dengan provokasi di laman sosial Diana dan Nora tentang isu ini?

Saya sedia maklum tentang hal-hal yang membabitkan Facebook, Instagram dan sebagainya. Kita faham bahawa terdapat orang yang suka memberi komen dan pandangan masing-masing di laman sosial milik artis popular.

Kita juga (kena) sedia maklum bahawa terdapat antara mereka selain memberikan komen positif, ada juga yang tampil dengan kata-kata negatif. Mungkin mereka tak faham situasi.

Mungkin selepas ini Farid akan mengenakan sebarang syarat atau bersikap lebih berhati-hati ketika berlakon bersama heroin filem atau ketika mempromosi filem?

Saya tak tetapkan apa-apa syarat kerana hal ini tidak menjejaskan saya sebagai seorang pelakon. Saya cuma akan letakkan syarat apabila saya sudah tua, saya akan berhenti berlakon, itu sahaja (katanya berseloroh).

Pihak pengurusan juga telah dimaklumkan tentang hal ini dan perbincangan juga telah kami buat. Sebab itu saya tampil untuk menjelaskannya agar mereka yang ingin tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku, jelas dengan keadaan ini.

Tentang luahan rasa yang dimuat naik oleh Diana di Instagram yang telah pun dipadam oleh Diana, adakah tindakan itu kerana Farid yang menyuruhnya untuk berbuat demikian?

Saya tidak kendalikan sebarang akaun laman sosial milik dia. Saya tak suruh dia padam atau muat naik apa sahaja yang dia mahu muat naik di akaun miliknya. Begitu juga gambar. Tidak perlu minta persetujuan saya untuk itu. Namun seperti yang saya minta tadi, saya harap semua pihak maafkanlah dia.-Utusan
Read More

Jom Lihat Gambar Selfie Felixia Yeap Dengan Ustaz Azhar Idrus

Selfie sekarang sudah menjadi trend di facebook mahupun instagram, tidak ketinggalan juga Felixia Yeap. Felixia Yeap sempat berselfie bersama Ustaz Azhar Idrus sebagai salah satu koleksi gambar kenang-kenangannya.


Umum mengetahu yang Felixia Yeap bakal memeluk Islam pada 5 Ramadan (3 Julai 2014) yang merupakan tarikh hari lahirnya. Ramai tidak sabar untuk mengetahu nama yang di pilih oleh Felixia Yeap nanti. Antara temubual yang dirakamkan seperti di bawah:

“Saya akan mengucap dua kalimah syahadah pada 5 Ramadan ini.

“Untuk pengetahuan semua, 5 Ramadan yang jatuh pada 3 Julai ini ialah hari ‘birthday’ saya. Malah hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad SAW,” ujar Felixia ketika ditemui media kelmarin.


Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini akan memberi sinar yang baru buat Felixia Yeap, seterusnya menjadi contoh pakaian muslimah yang betul untuk seluruh umah islam.

Read More

Kakak, abang ipar terapung dalam air

Alor Setar: “Luluh hati saya melihat mayat kakak dan abang ipar terapung dalam air di terusan itu bersama motosikal yang ditunggangi mereka,” kata Rozhan Jaafar, 41, adik kepada Nor Hanida Jaafar, 51, yang maut bersama suaminya, Abd Muin Hamzah, 56, selepas motosikal Kriss dinaiki mereka terbabas ke dalam Terusan Wan Mat Saman, semalam.



Dalam kejadian jam 6.45 pagi semalam, pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian di Batu 8, Jalan Sungai Petani-Alor Setar, Kota Sarang Semut yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah mereka di Kampung Batu Menunggol, Pendang.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dimaklumkan mengenai keadaan pasangan itu sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk melihat apa yang berlaku.-Hmetro
Read More

6 Gambar : Punca Zizan Razak Menangis Di Melodi

Zizan Razak menangis teresak-esak di Melodi TV3 tadi. Ini terjadi apabila pelawak dan pengacara popular ini mengumumkan episod ini adalah yang terakhir buatnya sebagai pengacara di Melodi.


Zizan Razak dan Awal berpelukan dan menangis bersama. Zizan menangis sambil mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan di produksi Melodi.

Zizan kini di bawah pengurusan Astro dan mungkin ini faktor utama Zizan keluar dari produksi Melodi dari TV3.

Semoga Zizan Razak sukses selalu.Jom layan 5 keping gambar disini.







Read More