Sunday, 1 June 2014

Maya Karin: Ada Lelaki Yang Sanggup Menunggu Saya Tiga Hingga Lima Tahun

Bertuah menjadi Maya Karin, sudahlah berbakat cantik pula. Namun sayangnya kini hati beliau sudah dimiliki seseorang walaupun selebriti ini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya itu kepada pengetahuan umum.

“Saya memang macam ini, tidak mahu berkongsi hal peribadi saya melainkan benda itu adalah penting. Malah kawan-kawan saya pun kadang-kadang tidak tahu siapa saya tengah berpacaran kerana saya senyap sahaja. Apatah lagi berkongsi secara umum di media sosial”


Boleh rentan juga hati lelaki yang menjadi kekasih Maya Karin jika terlalu berahsia hidupnya. Sudah bersusah payah memikat hati Maya Karin, terpaksa pula merahsiakan perkara ini. Namun, Maya Karin sendiri mendakwa ada lelaki yang sanggup menunggu bertahun demi cintanya.

“Ya, ada lelaki yang sanggup tunggu saya sehingga mungkin 3 hingga 5 tahun,” ujar Maya Karin.Untunglah. (rtky/m)
#31 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA

#35 Ada lelaki sanggup tunggu saya 3 hingga 5 tahun - Maya Karin - ROTIKAYA

Read More

Ainul Aishah berkata 'saya buka tali coli, bukan tak pakai c oli

Seorang pelakon telah membuka tali branya ketika hendak menghadiri majlis pelancaran spa qistina, sumber berita ini dapat daripada wartawan ternama yg berada di majlis tersebut.

Ainul Aishah mengenakan gaun satin bewarna merah jambu paras lutut, pakaian yg Ainul pakai ini sepatutnya tidak patut dibawa ke majlis, malah dimana-mana saja kecuali dirumah.Hal ini telah meremehkan hukum-hukum islam yg sedia-ada.


Gosip cara berpakaian Ainul ini telah menimbulkan buah mulut orang ramai yg berkata Ainul tidak memakai tidak memakai bra. Hal ini telah membuat Ainul bersuara dan berkata 'tak pakai bra masa keluar, Itu baju saya sendiri. Baju itu menampakkan bahu, jadi saya buka tali bra. Disebabkan itulah bra tu semakin jatuh ke bawah. Saya pula asyik tarik bra saya ke atas, tapi saya tak tahulah pula nampak macam saya tak pakai ‘bra’. Lagipun, I don’t have boobs!

dalam gambar memang nampak macam tak pakai baju, baju itu longgar . tak sangka pulak boleh nmpak smpai mcm tu skali...... gambar dibawah ialah beberapa gmbar yg diambil oleh beberapa sumber



Read More

Fesyen Rambut Terbaru Shasha Saidin Cetus Kontroversi

Shasha Saidin telah muncul dengan gaya rambutnya seperti Lady Gaga, gaya shasha telah menarik perhatian orang ramai untuk menemuramah tentangnya. Shasha merupakan kakak kepada suami rozita che wan kini telah berubah dan semakin berbeza.

Namun, Shasha Saidin kelihatan sedikit berumur dengan fesyen terbaru tersebut. Jom kita lihat fesyen rambut terbaru daripada artis ini.



Read More

Saya boleh keluar dengan sesiapa

SUSAH rupanya menjanda sebagai wanita cantik ini, ada sahaja cerita tidak benar tersebar tidak ikut masa. Kalau dikira primadona kita ini baru sahaja memegang status ini empat bulan lalu. Namun sudah ada dua kisah berlainan yang hinggap di carta gosip tempatan mengenai kononnya Erra Fazira kini sudah menemui pengganti.

Belum lagi ditambah kisah yang bekas suaminya kini juga khabarnya mahu rujuk semula sebagai keluarga bahagia. Kalau kita yang bukan empunya diri sudah rimas mendengar gosip sana sini, bagaimana pula Erra mengharungi waktu getir seperti ini. Bukan niat dia pun mahu mencipta kontroversi, malah kisah-kisah sebegini timbul bila ada yang mengambil terlebih berat soal Erra.

“Saya rasa benda ini timbul bila ada yang nampak saya sedang makan piza dan minum kopi dengan Shahir.Jujurnya perkara itu bukan luar biasa, saya juga keluar dengan rakan artis lain. Yang junior mahupun senior, hairan saya bila benda begini diperbesarkan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian butik terbaharu RizamanRuzaini di Midfields, Sungai Besi, baru-baru ini.


Berkongsi intipati perbincangan dengan Shahir ketika berjumpa jelas Erra tiada apa yang perlu di kongsi dirinya. Malah lebih meyakinkan Erra turut memberitahu perbincangan itu lebih kepada perbincangan biasa antara rakan.“Jangan salah erti pada kata-kata Shahir. Saya lihat sendiri temu ramah itu, dan memang dia nampak gugup bila ditanya soal ini. Kalau kita pun kalau tiba-tiba ditanya, saya kategorikan Shahir sebagai seorang budak yang baik.

“Apa yang dibicarakan kami lebih bersifat am, ada juga dia meminta nasihat lakonan. Benda biasa," katanya.Tidak mahu jauh tersasar, Erra nasihatkan agar hubungan ini tidak terus dijadikan senjata untuk meletakkan dia dalam situasi tidak selesa. Dengan jelas memberitahu siapa Shahir dalam dirinya, Erra pohon agar dia diberi ruang untuk berkawan.“Saya anggap Shahir sebagai rakan. Sama seperti rakan-rakan saya yang lain. Tiada definisi istimewa atau apa.

“Jujurnya buat masa ini saya tidak fikir hubungan serius lain. Sampai bila saya tidak tahu, semua itu bukan kuasa saya," katanya.Sebelum ini juga ibu kepada seorang anak ini turut dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang ahli politik. Dalam hal ini Erra ternyata ralat malah menjelaskan prinsip sebenar dirinya yang enggan melayan mana-mana suami orang.Sebelum ini juga saya dikaitkan dengan ahli politik, yang saya langsung tidak kenal. Jujur saya katakan saya lebih selesa dikaitkan dengan orang bujang dari suami orang.

“Kalau boleh saya akan elakkan berkawan dengan suami orang," katanya.Tatkala bekas suami cuma melancarkan “kempen" memenangi hatinya semula, Erra lebih senang mendiamkan diri. Baginya tidak perlu ditanya soal ini memandangkan dia lebih mementingkan kebahagiaan anak tunggalnya Engku Aleesya.

“Saya fikir soal itu sensitif, saya lebih pentingkan Aleesya dari hal lain.Buat masa ini memang kami baik. Sama seperti ibu bapa yang lain, kami akan sentiasa berada bersama Aleesya jika dia memerlukan kami bersama," katanya.

Bercerita soal bulan Ramadan yang bakal menjelang beberapa minggu lagi, jelas Erra semuanya sama sahaja buat dirinya memandangkan bulan itu masih bulan mencari rezeki buat dirinya. Bakal menyambut raya sebagai ibu tunggal tahun ini, pastinya giliran bersama Aleesya sedikit menggembirakan dirinya.Semuanya sama, tetapi bulan Ramadan saya tidaklah seaktif bulan lain. Tahun ini giliran saya beraya bersama Aleesya memang persiapan itu akan lain sedikitlah, memang tidak sabar sebenarnya," katanya.-Utusan

Read More

Terkini : Permohonan Lafaz Cerai Abby Ditangguhkan

KUALA LUMPUR - Mahkahmah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berhubung lafaz cerai yang dibuat suaminya, Mohd Nor Farhan Che Bakar sehingga 11 Jun.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin menangguhkan pengesahan lafaz cerai itu selepas Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan memaklumkan terdapat satu lagi lafaz yang dibuat suaminya sebelum ini.


Menurut Abby, suaminya melafazkan cerai melalui kidmat pesanan ringkas (SMS) pada kira-kira jam 10.15 pagi 9 Mei lalu.

Bagaimanapun Abby memberitahu, pada Januari lalu, Farhan pernah memberitahu seorang rakan bahawa mereka telah bercerai. [ Sinar harian ]
Read More

Kanak-kanak maut jatuh di pasar raya

KUALA LUMPUR – Cuti sekolah sebuah keluarga bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang anak perempuan mereka berusia enam tahun terjatuh dari tingkat tiga di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu negara kira-kira jam 2 petang, hari ini.


Insiden menyayat hati itu disedari kakitangan pembersihan ketika sedang menjalankan tugas dan melihat kepala kanak-kanak perempuan tersebut hancur selepas terhempas ke lantai.

Ibu bapa mangsa kelihatan meraung di samping jasad anak mereka sambil berkali-kali menyebut anaknya mereka baru sahaja masuk darjah satu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu dan polis akan memaklumkan kepada umum perkembangan tentang kes itu dalam masa terdekat. [ Sinar Harian ]

Read More