Dalam kejadian jam 2.40 petang, suspek berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak membakar kediaman keluarganya menyebabkan berlaku letupan di dalam rumah sebelum dia menyerang ibu dan abangnya berusia 80 dan 60-an.
Ketua Polis Daerah Cheras Senior Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu dan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati suspek mengamuk serta menetak mangsa dengan parang dan mengurung diri dalam sebuah bilik.
Menurutnya, mangsa yang cedera di kepala dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan stabil.
Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai suspek di bawah pengaruh dadah.--Hmetro
0 comments:
Post a Comment