Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya, Misha Omar berkata dia rasa sedikit rugi kerana kahwin di usia yang agak lewat namun kekal percaya soal jodoh dan rezeki anak adalah kurniaan dari Allah. Sebagai manusia, walau sejauh mana rancangan, tanpa izin dari-NYA, mungkin sehingga kehari ini, dia masih belum berkahwin.
Menjawab soal cahaya mata, dia tidak meletakkan sebarang target kerana dia berkahwin di usia agak lewat bagi seorang wanita. Ditambah dengan suami yang bertugas sebagai seorang juruterbang yang tidak punya masa lapang yang banyak seperti orang lain.
”Jika Allah kata cepat, cepat. Kalau lambat pun saya terima. Saya taknak stresskan diri sendiri & bebankan suami. Dia kerja yang tak selalu ada dengan saya & tak boleh nak expect more”
Bermula dengan proses perkenalan, percintaan, melalui proses putus cinta, kemudian bertunang dan kini selamat sebagai suami isteri. Dalam jangka masa tersebut, pasangan ini lebih banyak memberi ruang kebebasan kepada diri masing-masing.
Dan setelah berumahtangga, maka ini lah proses dimana masing-masing belajar untuk satu fasa baru. Perkahwinan ini mendorong Misha untuk lebih kerap ke dapur. Sebulan berkahwin masakan paling extreme setakat ini dimasak untuk suaminya ialah Nasi Lemak.
Misha membongkar rahsia sejurus selepas majlis resepsi dari hotel, dia pulang ke rumah ibunya dan meninggalkan suami, anak dan anak buah lain tanpa memaklumkan kepada suami terlebih dahulu. Setelah dihubungi baru dia sedar bahawa dia tidak memberitahu suaminya untuk keluar.
”Sebelum ni kita buat semua benda pun bersendiri. Dah terbiasa berdikari tetapi sekarang dah tak boleh la. Nak kemana, saya akan inform suami dulu. Begitu juga dengan dia. Bulan pertama ni sebagai bulan adaptation untuk kami.” jelas Misha lagi.
Dan semalam Misha bergegas pulang selepas ditemuramah kerana perlu menyediakan makanan untuk suaminya. Awww sweet! Semoga kekal bahagia pasangan ini hendaknya. (rtky/bsr)
0 comments:
Post a Comment