Di sebalik itu, ramai yang melihat gandingan mereka tidak kena.
Ayda sendiri menerima kecaman hebat di forum sosial apabila disifatkan tidak layak menjadi heroin drama yang diadaptasi dari novel itu.
Namun di sudut lain, populariti kedua-duanya dilihat semakin mencanak selepas membintangi drama berkenaan.
Zul sendiri tidak menyangka selepas hampir empat tahun setengah berkecimpung, bakatnya kian disedari dan mula diberi kepercayaan produksi serta stesen TV untuk memegang watak hero.
Watak juruterbang bernama Faezrul meledakkan lagi sensasi Zul sebagai hero pujaan ramai.
"Saya melihat tempoh pembabitan seni selama ini sebagai ruang untuk saya membuktikan bakat yang ada. Mungkin tak ada watak yang benar-benar sesuai untuk saya sebagai teraju utama. Tapi saya bersyukur atas kesempatan membintangi drama ini dan ia menjadi yang pertama saya jadi hero untuk slot Akasia.
"Mengenai Ayda, saya rasa beliau cukup bertuah untuk diberikan watak utama ini. Kesempatan ini sedang dimanfaatkannya. Jauh lagi perjalanannya dan banyak lagi yang perlu beliau belajar. Tapi setidak-tidaknya pertaruhan produksi drama ini mula menjadi apabila kelibatnya diperhatikan.
"Dalam yang menghentamnya, ada juga yang memuji. Biasalah itu. Bagi saya, beliau boleh pergi jauh. Bukan mahu puji melambung, tetapi beliau personaliti yang disenangi seperti ramah dan rajin untuk menambah ilmu lakonan. Setidak-tidaknya kita ada wajah baru yang boleh diketengahkan sebagai teraju utama," katanya.
Dalam pada itu, Zul menafikan sekeras-kerasnya wujud cinta lokasi antaranya dengan Ayda. Malah sudah mula bertebaran kononnya masing-masing cuba menggoda sesama sendiri.
"Cerita itu memang tidak benar sama sekali. Ia tak lebih sekadar mengambil mood untuk memastikan jalinan keserasian kami. Bagi saya semua ini hanya gosip manja yang secara tak langsung boleh menghangatkan momentun kewujudan drama lakonan kami.
"Ironinya, memang ada yang menyokong kami bercinta. Tapi semua itu memang takkan terjadi," katanya yang dalam perbincangan untuk membintangi sebuah drama lagi menerusi slot Akasia juga.
Di alam realiti, umum tahu Zul kini sedang bahagia bercinta dengan orang kuat Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai.
"Saya masih dengannya. Cuma rancang nak kahwin itu belum ada lagi. Biarlah saya kumpul duit dulu," katanya.
Drama Rindu Awak 200% arahan Aidil Fitri Mohd Yunos turut dibintangi Adeline Tsen, Jonathan Putra, Fazlina Ahmad Daud dan Ika Nabella.
Ia ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.--Bharian
0 comments:
Post a Comment