Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang ketika ditemui di lokasi memberitahu, beg berwarna hitam itu dijumpai oleh seorang pekerja sebuah kedai perabot berhampiran lalu menghubungi polis.
Beliau berkata, sebaik menerima maklumat sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Tampin dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri yang diketuai oleh beliau sendiri bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.
Katanya, pemeriksaan mendapati beg yang biasanya digunakan untuk melancong itu zipnya dikunci dengan mangga serta diikat dengan tali.
"Polis menjumpai mayat seorang wanita berusia lingkungan 20-an, lengkap berpakaian baju T gambar Mickey Mouse dan berseluar biru.
"Pemeriksaan fizikal mendapati ada luka bersaiz 6 cm di dahi mangsa dipercayai dihentak dengan objek tumpul, kedua belah tangan lebam dan dua jari tangan kiri hancur," katanya.
Menurut Wooi, di dalam beg sama polis menjumpai beberapa helai baju.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat," katanya.--Hmetro
0 comments:
Post a Comment