Niezam berkata, Farid sudah berjaya mencipta nama dan berada pada satu tahap tersendiri dalam industri seni lakonan tanah air.
"Alhamdulillah, kalau dia anggap saya sebagai pelapis dia, saya rasa itu satu penghargaan besar kepada saya sebagai pelakon baru.
"Bukan senang untuk jadi seperti Farid kerana dia antara nama besar dalam industri lakonan. Perjalanan saya masih panjang untuk berada dalam dunia seni," ujarnya kepadamStar Online.
Niezam berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pujian yang diberikan oleh Farid Kamil terhadap lakonannya selain dia dilihat sebagai salah seorang pelakon yang mempunyai masa depan yang cerah.
Dalam pada itu, Niezam berkata, Farid seorang pelakon senior yang tidak lokek berkongsi ilmu lakonan.
Malah katanya, Farid juga banyak menegur lakonannya sehingga membuatkan dia tidak kekok untuk berlakon bersama.
Sementara itu, Niezam berkata, selama empat tahun menceburkan diri dalam industri lakonan dia bersyukur diberi banyak peluang membawakan pelbagai watak.
Mala dia kini turut menerima tawaran daripaaa produksi luar selain pengurusannya Metrowealth.
"Saya ada juga tawaran daripada produksi luar dan saya tidak mahu hanya bergantung kepada pihak pengurusan sahaja.
"Setakat ini saya bersyukur diberikan peluang dan kepercayaan yang baik untuk bawa pelbagai watak," ujarnya.
Niezam bakal muncul dalam drama Kem Cuci Tangan bersama Farid Kamil, Azwan Kombos, Epy Kodiang, Zalif Sidek dan Along Ezendy.
Ia bakal disiarkan pada bulan ini di Hyppflicks+ (kategori Malaysia) Saluran 801 menerusi Set Top Box HyppTV dan aplikasi HyppTV Everywhere iaitu di telefon mudah alih, komputer peribadi dan tablet.--mStar
0 comments:
Post a Comment