Saya Amin, bapa saudara kepada Andika Rees membuat laporan untuk melaporkan kejadian yang melibatkan seorang cikgu di Sekolah Rendah Bukit Damansara. Pada 22 Jun pada jam 4.30 petang, anak saudara saya bernama Andika Rees telah pulang ke rumah dari kem yang dianjurkan di bawah sekolahnya yang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang dalam keadaan trauma, mengeletar dan menangis. Berikut adalah kenyataannya:
“Pada 21 Jun, jam lebih kurang 2 tengah hari di dalam dewan Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang di mana sekolah saya, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara telah mengadakan kem belajar untuk UPSR. Cikgu bernama Encik Farizal telah mengarahkan semua pelajar untuk berdiri di atas kerusi. Kemudian dia bertempik kepada semua pelajar dan memanggil saya ke depan. Apabila saya ke depan, dia telah memaki saya dan memanggil saya kurang ajar. Saya bertanya kepada cikgu apa yang saya telah buat, dia tidak menjawab tetapi menolak kepala saya di bahagian sebelah kiri dahi dengan kasar. Kemudian dia mara ke depan dengan lebih dekat dan menampar saya kedua belah pipi kiri dan kanan lebih dari 10 kali. Saya takut dan tidak membuat atau berkata apa-apa.
Kemudian dia bertanya apa tugas seorang Pengawas dan saya menjawab disiplin. Kemudian dia menengking disiplin kepala hotak kau. Kemudian dia menumbuk papan putih untuk lebih menakutkan saya.
Saya berasa takut dan ngeri dengan kejadian ini dan tidak dapat berfikir dengan betul. Saya khuatir dan risau saya akan dipukul lagi kerana cikgu tersebut memang ada sejarah memukul pelajar.
Laporan ini dibuat sehari selepas kejadian saya baru pulang dari Kem Sekolah tersebut. Saya tidak mengalami kecederaan tetapi amat traumatise. Saya takut untuk ke sekolah dan bertemu kembali dengan cikgu tersebut dan malu dengan kawan-kawan saya yang telah melihat saya dimaki dan ditampar di hadapan semua pelajar”
Laporan ini dibuat supaya tindakan dapat diambil ke atas cikgu berkenaan dan dapat melindungi anak saudara saya dari kejadian yang tidak diingini.
Sekian laporan saya.
Berikut pula adalah lampiran penuh butir-butir laporan polis yang telah dibuat:
0 comments:
Post a Comment