Menurut Amanda lagi, tiada apa yang boleh dilakukan sekarang selain berdoa yang terbaik untuk rumah tangga kakaknya itu.
Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.
Ditanya keadaan rumah tangga kakaknya dengan penyanyi rock Awie, jelas Amanda, setahunya kedua mereka bahagia. Malah dia juga pernah bertemu dengan kakaknya sebelum ini dan nampak sihat.
Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi.
Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok," katanya.
Khabar angin itu turut mengatakan kakaknya itu berlaku kejam ke atas dua anak tirinya selain tidak amanah dalam menguruskan kewangan Awie.
Kata Amanda, semua itu tidak benar memandangkan kedua-dua anak daripada perkahwinan Awie bersama bekas isteri, Arni Nazira sebelum itu nampak sihat.
Setelah sembilan tahun mereka berkahwin kenapa baru timbul kisah-kisah begini. Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja," katanya.
Dua minggu lalu, heboh memperkatakan penyanyi rock terkenal Awie memukul isterinya di sebuah bank di ibu negara. Bagaimanapun Awie segera menafikan perkara tersebut dan meminta pihak menunjukkan bukti kejadian tersebut.
Bagaimanapun semalam penyebaran dua keping gambar isterinya, Rozana yang menunjukkan kecederaan seperti dipukul kembali dikaitkan dengan kejadian sebelum ini.-UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment