Menerusi gambar yang dimuat naik, Siti menyatakan rasa kurang senang dengan tindakan pihak pengiklan tersebut memanipulasikan gambar-gambarnya semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Lebih memburukkan keadaan, gambar tersebut digunakan tanpa kebenaran selain telah disunting untuk menonjolkan keberkesanan produk tersebut. Selain itu, terdapat testimoni palsu yang ditulis bukan berdasarkan pengalaman Siti menggunakan produk tersebut.
“Saya sedar tentang kewujudan testimoni palsu pil kurus itu menerusi akaun Facebook saya. Waktu itu, saya agak terkejut kerana saya tidak pernah mengambil produk atau suplemen untuk menurunkan berat bandan.
“Tambahan pula, gambar yang diguna oleh pengiklan itu telah disunting bagi menampakkan tubuh saya supaya kelihatan sedikit berisi. Sekali pandang, kita dapat meneka bahawa gambar tersebut telah disunting,” jelasnya.
Menurut Siti, beliau enggan memanjangkan perkara berkenaan. Namun jika pengiklan itu enggan mengeluarkan gambarnya daripada laman sosial, tindakan undang-undang bakal diambil.
“Setelah menyedari testimoni palsu itu, saya telah memberi peringatan kepada pengiklan tersebut menerusi akaun Instagram saya.
“Jika ia tidak diturunkan dalam masa sebulan, saya akan merujuk kepada pihak berkuasa bagi menghentikan pengiklan itu daripada terus menggunakan gambar saya tanpa kebenaran,” kata Siti sambil memberitahu, dia lebih gemar melakukan senaman secara kerap berbanding mengambil ubat kurus untuk menurunkan berat badan.
Nilai eksklusif.Sementara itu, bercakap tentang objektif penganjuran majlis makan malam amal tersebut, ia bertujuan mengumpul dana bagi menjalankan program pendidikan bagi mencapai matlamat keputusan 100 seratus peratus 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah itu.
Justeru, ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam majlis amal ini, Siti memberitahu, beliau tidak kisah jika ada yang mengatakan beliau tidak menjaga nilai eksklusifnya sebagai penyanyi popular.
Tutur Siti, setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan beliau tidak pernah terfikir untuk meletakkan sebarang standard bagi dirinya sebagai penyanyi.
“Sejujurnya, saya tidak pernah meletakkan sebarang batas terhadap kerjaya saya. Jika ada orang mengatakan bahawa saya tidak menjaga nilai eksklusif sebagai penyanyi, itu hak mereka.
“Bagi saya, jika saya mampu untuk menghulurkan bantuan, saya akan membantu seadanya,” jelasnya yang menyifatkan majlis amal seperti ini dapat dijadikan platform terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminatnya.
Melanjutkan perbualan, Siti menyatakan rasa gembira kerana persembahannya pada malam tersebut mendapat sambutan hangat daripada beberapa syarikat gergasi dan peminat setianya.
“Lagipun, majlis sebegini mampu mendekatkan saya dan peminat menerusi gaya persembahan yang lebih santai,” ujarnya mengakhiri bicara.
Pada malam itu, Siti menghiburkan tetamu dengan rangkaian lagu-lagu seperti Jaga Dia Untukku, Cindai, Aku Cinta Padamu dan Lebih Indah.-Kosmo
0 comments:
Post a Comment