Wednesday, 13 August 2014

Tragedi: Empat maut langgar lori pasir

Putrajaya: Empat lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 29.5 Lebuhraya ELITE, di sini jam 5.16 pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Saidon Amean berkata, mangsa membabitkan empat lelaki berusia lingkungan 30-an ke 40-an menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan ke Shah Alam.



Menurutnya, bagaimanapun, kereta berkenaan dipercayai memasuki lorong kecemasan dan melanggar belakang sebuah lori pasir yang berhenti di lorong berkenaan.

"Berikutan itu, keempat-empat mangsa dalam kereta berkenaan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi.

Saidon berkata, pemandu lori terbabit menghentikan kenderaannya di lorong kecemasan berikutan tayar lori berkenaan bocor.

Semua mangsa terbabit dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.--Hmetro
Read More

Kisah Terbaik, Bertunang Hanya Sesaat Lepas tu Terus Bernikah

Kisah Terbaik, Bertunang Hanya Sesaat Lepas Tu Terus Bernikah | Satu kisah kini menjadi viral di facebook.

Kisah seorang gadis (kini isteri orang) yang hanya bertunang sesaat kemudian terus bernikah atas permintaan bapanya sendiri. Yeaa...setuju....kahwin itu sebenarnya mudah. Apapun, kita ikuti kisah dibawah.



Kawin itu mudah kalau kita mudahkan! 1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya..

"mu nak nikah tak harini?"

Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha. Ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku, dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"

ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat"

ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat" dan paling best family mertua aku semua sokong, ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan.

Inilah kisah bertunang sesaat, ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal,sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua,

Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,

10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia,  memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah,

sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee. inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang,

kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot,insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah! *update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia

via ~ Mira Pak Nasir

Sumber
Read More

Artis: Apabila Rozita Che Wan Buat Love B ite - Zain Saidin

Apabila Rozita Che Wan Buat Love Bite - Zain Saidin | Sekeping gambar yang dimuatnaik oleh Zain Saidin di instagramnya yang menarik perhatian ramai follower. Tapi apa yang menjadi tumpuan adalah pada caption gambar tersebut yang sangat ganas.



"Apabile Rozita Che Wan buat love bite" Zain Saidin memuat naik gambar badan beliau yang telah dibekam oleh isterinya Che Ta sehingga jelas kemerah-merahan akibat dari kesan berbekam.

Apapun, Zain memang berjaya menarik perhatian peminat kali ini. Ramai yang terkena dengan caption beliau tersebut dan ia dianggap lawak yang sangat berjaya dari beliau.



Apapun, memang pasangan Zain dan Che Ta ini sangat berbahagia sekali. Kini Che Ta dikhabarkan tengah sarat mengandung dan semoga semuanya berjalan lancar. Tahniah buat Zain dan Che Ta.

Sumber
Read More

Artis: Rapat selepas lakon babak romantik

PERTAMA kali digandingkan dalam drama slot Akasia TV3, Rindu Awak 200%, ada rasa kekok yang bertamu di hati masin pelakon Zul Ariffin dan pelakon baharu, Ayda Jebat

Bukan sekejap, malah perasaan seperti orang asing itu berlangsung selama dua minggu penggambaran drama yang sebahagiannya dilakukan di Istanbul itu.



Memiliki perbezaan umur dengan Ayda sebanyak enam tahun, Zul mengakui, bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) itu seorang yang tidak suka duduk diam dan suka bermain.

"Sejujurnya saya mengaku tidak mempunyai keserasian langsung dengan Ayda. Memang kami kena bina keserasian itu secara spontan di set penggambaran kerana masing-masing sibuk untuk keluar bersama mengenali satu sama lain.

"Saya kena ikut rentak dia sebab dia sangat suka bermain dan tidak suka duduk diam. Sehingga kami mahu berbincang mengenai babak juga susah," ungkap Zul sambil ketawa ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun, selepas melakonkan babak romantik bersama Ayda, baru pelakon bertubuh sasa itu dapat mengenali sikap sebenar pelakon yang memiliki wajah seiras pelakon Wawa Zainal itu.

Kata Zul, Ayda sebenarnya takut untuk berlakon bersamanya.

Mengakui telahan Zul itu betul, dedah pelakon berasal dari Melaka itu, pada mulanya dia susah untuk berlakon di samping Zul.

"Zul macam seorang abang. Dia serius dan tegas. Saya pula seorang yang gila-gila. Susah sebenarnya mahu menangani dia," jelas Ayda.



Biarpun berkeadaan kekok selama dua minggu penggambaran, sebenarnya ia membantu Ayda dan Zul.

Sebabnya, ujar Ayda, pada episod pertama hingga ketujuh drama yang ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam itu, dia melakonkan watak isteri bernama Armel Aisya yang tidak menyukai suaminya, Zill Faezrul (lakonan Zul).

"Mujurlah, episod pertama hingga ketujuh drama ini, saya dan Zul masih berlakon sebagai suami isteri yang memiliki hubungan yang tegang. Armel seorang keras kepala dan tidak menerima Faezrul sebagai suaminya selepas perkahwinannya diaturkan keluarga," ulas Ayda mengenai wataknya.

Ayda mahu bina nama

Mengakui drama Rindu Awak 200% merupakan pembuka langkah untuk kerjaya lakonannya, Ayda memberitahu, dia tidak menyangka rezekinya dalam bidang lakonan terbuka selepas tersingkir pada minggu ketiga AF9.

Menurut Ayda, dia tidak terfikir untuk menjadi seorang pelakon kerana keinginannya ketika itu hanyalah menjadi penyanyi.

"Saya sanggup memilih menyertai AF9 daripada meneruskan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, selepas pensyarah meminta saya memilih antara satu bidang daripadanya. Namun, ternyata rezeki tidak memihak kepada saya selepas tersingkir awal pada minggu ketiga.

"Sewaktu saya berfikir untuk masa depan, secara tiba-tiba produksi Zeel Production menawarkan saya membintangi telefilem Cer Citer Cinta di samping pelakon Rozita Che Wan dan Shahir dalam tahun 2012," tutur Ayda yang juga merupakan kakak kepada bekas peserta AF9 iaitu Fina Jebat.

Tidak terhenti di situ, Ayda seterusnya memperoleh tawaran membintangi filem Gila-Gila Remaja 2 di samping pelakon Hairul Azreen dan Bella Daly serta terkini drama Rindu Awak 200%.

Biarpun sibuk berlakon, kata Ayda, dia masih mahu meneruskan minatnya dalam bidang nyanyian. Bagaimanapun, keinginannya itu terpaksa ditangguhkan untuk beberapa tahun demi membina nama dalam bidang lakonan.

"Bila orang sudah mengenali siapa Ayda Jebat, baru saya akan cuba mengeluarkan lagu single. Saya juga kini sedang menghasilkan beberapa buah lagu namun masih belum puas hati dengan hasilnya," luah Ayda.

Masih dalam mood raya, biarpun sudah beberapa minggu berlalu, Ayda mengakui, sambutan rayanya tidak meriah selepas ibu bapanya bercerai.

Biarpun tidak berasa meriah, namun kongsi anak kelahiran Batu Berendam, Melaka itu, dia tetap memakai baju raya dan menjamah hidangan raya.

"Setiap tahun raya saya tidak meriah. Pakai baju raya tetapi tiada apa yang istimewa. Sebabnya, ibu bapa saya sudah bercerai. Cuma, dua tahun lepas bapa sudah mula menghubungi kami semula. Saya tidak mengharap mereka kembali bersama. Saya juga tahu mereka sekadar menjalinkan hubungan baik tetapi bukan bermaksud bersama kembali," dedah anak sulung daripada empat beradik itu menutup bicara.

Kehidupan peribadi tidak baik - Zul

Berkongsi mengenai wataknya pula, Zul memberitahu, dia membawakan watak sebagai seorang lelaki yang berubah perwatakannya menjadi pemalu dan pendiam selepas kematian tunangnya.

"Keluarga saya dan Armel meminta kami berkahwin. Armel terima atas sebab berdendam kepada bekas kekasihnya. Sebaliknya, saya pula menerima perkahwinan ini selepas melakukan solat sunat Istikharah. Saya dapat petunjuk bahawa dialah calon isteri saya," cerita Zul.



Menjalani penggambaran di Istanbul selama 12 hari, Zul mengakui, dia berasa seronok menjejakkan kaki buat pertama kali di Istanbul.

"Walaupun waktu siang di Istanbul lebih lama daripada waktu malam, namun saya seronok sebab Istanbul sangat cantik. Perjalanan kami ke sana juga ditaja oleh Jabatan Pelancongan Malaysia," ulas Zul.

Ditebak mengenai status hubungannya bersama penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai, pelakon berasal dari Taiping, Perak itu mengakui kehidupan peribadinya buat masa ini tidak begitu bagus.

Enggan mengulas lanjut mengenai masalah yang dihadapi, kata Zul, bukan sahaja hubungan malah ia melibatkan banyak perkara.

Zul juga turut menafikan mengenai hubungannya dengan pelakon Singapura, Elfaeza Ul Haq. Sebaliknya, dia mengakui masih menjalin hubungan dengan Gayatri.

"Selama saya bergelar pelakon, sudah terlalu banyak saya kongsikan mengenai kehidupan peribadi kepada masyarakat. Sehinggakan jika saya taip nama di carian Google, kebanyakan cerita yang keluar adalah kontroversi.

"Saya rasa inilah masanya saya tidak perlu berkongsi terlalu mendalam tentang kehidupan peribadi. Saya cuma boleh berkongsi bahawa kehidupan peribadi saya sekarang tidak begitu bagus. Bukan semata-mata kerana hubungan dengan Gayatri tetapi juga banyak perkara lain," dedahnya.

Mengakui kehidupan peribadinya tidak begitu bagus sejak awal 2014, bagaimanapun rezeki pelakon filem Penanggal itu mencurah-curah dengan tawaran lakonan.

Pulang ke Taiping selama seminggu sempena Syawal, Zul mengakui, dia mahu menenangkan diri.

"Aktiviti raya saya sekadar menunaikan solat sunat hari raya, bertemu adik-beradik dan juga kawan-kawan. Saya juga beraya di rumah datuk di Ipoh," ceritanya mengenai sambutan hari rayanya.--Kosmo
Read More

Mati pegang kunci

Bagan Serai: “Hancur hati saya apabila mengetahui suami mati dalam keadaan memegang kunci dan ditemui di bawah meja kedai kami selepas kebakaran itu,” kata Boon Poey Ling, isteri kepada ahli perniagaan, Tan Kok Wei yang maut dalam kebakaran membabitkan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Siakap, di sini, awal pagi semalam.



Dalam kejadian jam 4 pagi, Tan, 40, dipercayai mati akibat terhidu asap tebal di tingkat bawah bangunan ketika cuba mengambil kunci pintu belakang premis berkenaan untuk menyelamatkan keluarganya yang terperangkap.

Bagaimanapun, Poey Ling, 37, ibu bapanya, Ong Faw Eng, 63, dan Tan Kow Kiah, 64, serta dua anak mangsa, Tan Zing Yin, 5, dan Tan Zing Xi, 12, diselamatkan anggota bomba dan penyelamat serta hanya cedera ringan.

Poey Ling, berkata suami langsung tidak mengendahkan amaran dia, malah sanggup meredah api untuk mengambil kunci pintu belakang kedai mereka.

Menurutnya, ketika kejadian, dia, suami bersama dua orang anak perempuan serta dua mentuanya bergegas turun dari tingkat dua untuk menyelamatkan diri selepas menyedari berlaku kebakaran di bawah bangunan.--Hmetro
Read More

Artis: Along Eyzendy Ditahan Dalam Operasi Polis

SUBANG JAYA: Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia merupakan antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu.

Bagaimanapun, Along memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sosial termasuk dadah dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.



Along atau nama sebenarnya Eyzendy Aziz, 35, berkata, dia berada di lokasi kejadian untuk menemani seorang rakan yang merupakan pembantu produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran drama.

"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan," ujarnya ketika ditemui mStar Online, pada previu telefilem Kem Cuci Tangandi sini, pada Selasa.

Along berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir sebelum ini mengenai seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41 individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di sebuah premis hiburan di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Turut ditahan bersama pelakon itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.

Dalam pada itu, Along mengakui enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara ini ketika dihubungi pihak media adalah bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih panjang.

"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.



"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya," ujarnya.

Sementara itu, Along berkata, biarpun perkara tersebut tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarganya di kampung.

Katanya, ibu antara orang yang paling bimbang apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif," ujarnya.--mStar
Read More