Tuesday, 24 June 2014

Jom Lihat !! Fesyen Terbaru Lisa Surihani 'Baru Keluar Dari Bilik Air?

Siapa tak kenal Lisa Surihani isteri cantik kepada pengarah terkenal Yusri KRU. Pagi tadi menerusi fanpage Rotikaya, sekeping gambar Lisa Surihani dimuat naik dengan mengenakan fesyen pakaian yang agak pelik melalui pandangan gossipanas.


Salah seorang peminat berkata:

"Tak cantik la pakai mcm ni Lisa... macam baru keluar dari bilik air jee... fashion disaster!"

Apapun, Lisa tetap kelihatan cantik dan lebih berisi mengenakan fesyen tersebut. Semoga bahagia selalu dan ada khabar baik untuk seluruh peminat Lisa nanti -




P/S: Opps! Jika korang menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah ye :)
Read More

Kisah Sebenar Puan Lola,Ibu Kepada Anak OKU Terabai

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....



Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.


2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.
Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

Kredit : Kamal Zawari Ghazali Asamkipas [FB] Dan [ Artikel Asal ]
Read More

Thursday, 12 June 2014

Gambar intim Erra Fazira dan jejaka kacak undang tanda tanya

Perkongsian sekeping gambar intim Erra Fazira dengan seorang jejaka kacak, Rizman Nordin di laman Instagram miliknya beberapa hari lepas mengundang tanda tanya.


Gambar tersebut disertakan dengan caption amat romantik dan membayangkan mereka seakan bercinta. Benarkah? Caption itu berbunyi berikut : Alaaaa... @rizman_nordin awat comel sangat niii..u r still my fav dearest fren darlin...! ;)�� muahh!!

Daripada komen-komen peminat di Instagram, ramai tidak terkejut dengan perkongsian Erra berkenaan malah mereka memberitahu tidak kisah dengan siapapun Erra berkawan. Dia ialah artis kesayangan ramai peminat.

Artikel dan Grafik dalam Entri Gambar intim Erra Fazira dan jejaka kacak undang tanda tanya adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.
Read More

Abby Abadi: Dia Sudah Terbiasa Menipu, Mahu Aibkan Diri Saya

Selepas pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini, peminat dunia hiburan dikejutkan pula dengan pendedahan Noor Farhan yang mengatakan beliau telah didera secara mental dan fizikal oleh bekas isterinya, Abby Abadi.


Dalam pendedahan itu juga, Noor Farhan turut mengemukakan bukti bergambar & juga laporan polis berkenaan keganasan domestik yang dialami beliau sejak Januari tahun ini.

Abby Abadi tidak menunggu lama untuk memberikan kenyataan balas dan dalam tulisan terbaru beliau di Instagram, Abby mendakwa yang 95% kisah disampaikan Noor Farhan merupakan rekaan belaka selain mendakwa sudah terbiasa menipu.

“Setiap kali ada yang tidak kena, gaduh bukan hendak selesaikan (malah) larikan diri. Saya ajak bincang, taknak alih alih untuk yang terakhir kali ini keluar cerita begini Sejujurnya cerita rekaan ini tidak terjangka dek akal saya. Hampir 95% cerita itu direka semata”

“Tak sangka cubaan dia mengaibkan saya sejauh ini. Untuk sahabat diluar sana, anda boleh baca, boleh dengar sahaja apa yang dia kata, tetapi percaya jangan. Sebab dia memang sudah terbiasa menipu. Jangan tokok tambah cerita, kalau tidak tahu lebih baik diam saja”


“Belum selesai lagi. Banyak episod lagi. Tunggu tindakan saya seterusnya di mahkamah nanti & saya terima takdir ini sebagai ujian untuk saya,” tulis Abby Abadi.
UPDATE-1: Abby Abadi hari ini telah berkongsi satu SMS menunjukkan yang Farhan meminta maaf atas apa yang terjadi selain menafikan beliau yang menyebarkan gambar dan mendakwa didera. Media menokok tambah katanya. Eh?

Risau kami dengar jika Abby Abadi mahu membawa perkara ini ke mahmakah. Panjang ceritanya nanti. Apa kata pergi berjumpa sendiri dan selesaikan seperti seorang dewasa. (rtky/m)
Read More

Tuesday, 10 June 2014

Luahan Sedih Ayu Raudah Isu Gosip Suami bermain kayu tiga

PETALING JAYA: Pelakon Ayu Raudhah berkata, gosip suaminya, Zaquan Adha bermain kayu tiga selepas satu paparan skrin perbualan cinta tersebar telah memburukkan reputasi mereka sebagai suami-isteri.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, berkata, dia juga sedih apabila ada pihak menghinanya menerusi laman Instagram mempersendakan kontroversi yang berlaku.

"Di Instagram milik saya,  ada orang memberi komen yang antaranya seperti, 'kesian, muka cantik pun suami cari lain'.

"Gosip ini sedikit sebanyak memburukkan reputasi kami. Mujurlah saya seorang yang berfikiran waras dan tidak terburu-buru apabila mendapat tahu gosip ini," katanya kepada mStar Online.


Terdahulu satu paparan skrin perbualan seorang wanita dengan Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat telah tersebar yang menimbulkan persoalan adakah pelain bola sepak pasukan JDT, Johor itu bermain kayu tiga?

Turut tersebar ialah paparan skrin video perbualan telefon mereka.Semakan mStar Online pula menerusi akaun WeChat atas nama Zaqone pada Isnin mendapati akaun berkenaan tidak lagi wujud.

Dalam pada itu tambah Ayu, akaun berkenaan dimiliki oleh orang lain yang menggunakan identiti suaminya.

Katanya, selepas dikhabarkan mengenai gosip itu, dia telah membuat semakan dan ternyata akaun sosial berkenaan adalah palsu.

"Selepas membaca gosip dan screenshot kononnya suami berbual cinta dengan seorang wanita di WeChat, saya dapati ia buka akaun milik suami,” katanya.

Jelas Ayu, apa yang berlaku itu adalah salah satu usaha pihak-pihak tertentu yang yang sengaja mahu mencetuskan pergaduhan diantara dia dan suami.

Sementara itu Ayu tidak menafikan mengenai panggilan video tersebut  Zaquan telah dihubungi oleh  seorang wanita yang tidak dikenali.

"Mungkin wanita itu melakukan screenshot ketika membuat panggilan berkenaan. Atas dasar apa? Saya tak pasti dan tidak tahu apakah tujuan wanita itu melakukan demikian," ujarnya.

Ayu dan Zaquan atau nama sebenarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas. [ Sumber Mstar ]
Read More

Menggigil lihat mayat Osama

Kuantan: “Menggigil lutut saya apabila melihat sepasukan anggota penyelamat mengusung mayat anak selepas ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang,” kata Suparman Senan, 46, bapa kepada murid tahun enam, Mohamad Osama Syah Suparman, 12, yang ditemui lemas ketika mandi bersama lima anggota keluarganya di tapak perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, pagi semalam.


Mangsa yang menuntut di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman, Kemaman, Terengganu, ditemui oleh sepasukan anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 9.35 pagi dalam keadaan hanya memakai seluar pendek dan timbul di permukaan air.

Suparman berkata, malam kelmarin, dia bersama isteri, Khairatul Salmiah Ahmad Sabri, 35, tidak putus memohon doa dan petunjuk supaya mayat anaknya ditemui secepat mungkin dan tidak sangka doanya dimakbulkan Allah.

Menurutnya, ketika melihat anggota penyelamat mengusung mayat anaknya naik ke darat, dia bersama isteri terpaksa mengawal emosi serta menenangkan diri sebelum dipanggil untuk membuat pengecaman mayat anaknya. [ Sumber Harian Metro ]
Read More