Friday, 6 June 2014

Kisah Percintaan Gadis Cantik Dengan Seorang Pengemis Jalanan

Kisah ini pernah menjadi perbualan hangat oleh orang ramai satu ketika dulu dalam forum-forum perbincangan dunia maya di China.Percintaan antara seorang gadis cantik dengan seorang pengemis tua merupakan suatu pelik bagi kita yang hidup dalam zaman yang serba maju.


Namun gambar-gambar ini adalah bukan hoax tetapi merupakan benar-benar terjadi. Perbezaan status dalam masyarakat tidak menghalang keduanya untuk menjalin cinta.

Cinta sejati itu benar-benar ada. Dan cinta sejati selalu diperuntukkan bagi mereka yang tak pernah berhenti berharap dengan kegigihan.



Read More

[ Kejam ] Ibu pukul anak sampai mati kerana lipstik

Ibu pukul anak sampai mati kerana lipstik - Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, “Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama”.
Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. 


Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.


Tapi terlambat …. jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup. Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: “Sayang Mama Sampai Bila Bila”.

Sayu apa yang berlaku jika betul lah ibu itu lebih mementingkan " Lipstik " dari nyawa anak nya sudah tidak berguna sesalan apa yang di lakukan nya, cerita ini hanya admin kongsi dari suara genarasi baru sejauh mana kebenaran tidak dapat di pastikan namun cukup untuk di jadikan pengajaran. [ Sumber ]

Read More

Felixia padam foto seksi

Ipoh: “Siapa saya untuk menyuruh mereka berhenti daripada terus mencemuh dan memberi komen lucah pada gambar milik saya di Facebook (FB), justeru, saya mengambil keputusan untuk memadam semua gambar seksi itu.

“Saya juga perlu mendapatkan bantuan pembantu peribadi bagi melakukan tugas terbabit dan menjangkakan semuanya dapat dipadam sebelum Ramadan ini,” kata bekas model majalah Playboy Felixia Yeap, 28, ketika dihubungi, semalam.


Perkara itu dijelaskannya selepas banyak komen berbaur lucah serta negatif pada gambar seksinya itu walaupun dirinya sudah memakai hijab.

Berdasarkan pemantauan dilakukan wartawan di FB wanita itu, masih ada memberi komen lucah tanpa menghiraukan sensitiviti Felixia yang kini sudah berhijab.

Ada juga antara komen daripada peminat yang meminta Felixia memadam semua gambarnya itu yang menjadi tumpuan umum. -Hmetro

Read More

Dengar orang mengaji tengah laut

DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus  berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48.

Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu.Menceritakan kembali detik sebelum tragedi, Che Wan Mohd Razi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam pada hari ketiga mereka berada di laut untuk menangkap ikan.

Menurutnya, ketika itu botnya sedang berlabuh di perairan Kerteh sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah bot pukat tunda besar dipercayai berpangkalan di Kuantan, Pahang menyebabkan botnya terhuyung-hayang lalu mengambil keputusan memotong sauh bagi mengelakkan bot karam.



"Selepas perlanggaran itu, saya cuba hidupkan enjin bot untuk pulang ke pangkalan, tapi gagal kerana masalah bateri.

"Walaupun ketika itu baru dapat satu bakul hasil tangkapan, kami terpaksa batalkan niat menangkap ikan setelah bot rosak," katanya.Bot yang berpangkalan di jeti Nibong Bawah, Dungun itu akhirnya secara perlahan-lahan dihanyutkan arus ke tengah laut sehingga masuk hari kelima.


Tidak putus berdoa

Kata Che Mohd Wan Razi, sepanjang tempoh berkenaan, mereka tidak putus berdoa agar muncul bot lain bagi memberikan bantuan, selain berusaha memberikan isyarat melalui pelbagai cara termasuk menyalakan lampu suluh dan melaung sekuat hati, namun semuanya hampa.Dia juga cuba menghubungi keluarga dan rakan lain melalui telefon bimbit, bagaimanapun tiada isyarat talian.

"Kami hanya bertemankan lampu suluh setelah lampu bot gagal dinyalakan kerana masalah bateri.

“Dalam keadaan seperti itu, kami juga terpaksa makan secara berjimat untuk mengelakkan makanan habis,” katanya.Menurutnya, dia dan dua lagi rakannya berjaga secara bergilir untuk memberikan isyarat setiap kali ternampak bot yang melintas, namun semuanya hampa kerana isyarat yang diberikan melalui cahaya lampu suluh gagal dilihat.Katanya, dalam masa tiga jam, bot mereka dihanyutkan kira-kira dua batu nautika ke tengah lautan dan dalam masa lima hari, bot sudah hanyut kira-kira 18  batu nautika dari lokasi pertama sauh putus.


Hati berasa sayu

“Saya tak takut mati, cuma hati rasa sayu melihat kejadian Tuhan, malah merasakan apa yang berlaku seolah-olah satu cerita.

“Dalam situasi itu, saya terus berdoa sehinggalah saya berjaya ditemui,” kata tekong bot itu.

Bagaimanapun Che Wan Mohd Razi berkata, saat paling menyentuh perasaannya ketika berada di tengah lautan apabila dia tiba-tiba terdengar suara orang mengaji al-Quran sebaik masuk waktu Subuh pada hari ke tujuh dan hari terakhir sebelum botnya ditemui.

Katanya, ketika itu, hatinya tiba-tiba berasa sayu, apatah lagi melihat kebesaran Tuhan dengan lautan yang meluas dan jarak lokasi ketika itu kira-kira 90 batu nautika dari perairan Seberang Takir Kuala Terengganu dan 20  batu nautika dari sempadan perairan Laos.

Di saat itulah, dia berdoa sekali lagi agar ditunjukkan jalan keluar menemui daratan sebelum botnya ditemui kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, oleh sebuah bot tempatan yang keluar untuk memancing ikan.

“Sebaik ternampak bot itu, kami melambaikan tangan. Bot kami kemudian ditunda hingga ke jeti Seberang Takir sebelum pulang ke sini (Dungun),” katanya.


Isteri bersyukur suami selamat

Isteri Che Wan Mohd Razi, Azizah Mohamed Abdullah, 43, berkata, dia tidak dapat meluahkan perasaan gembiranya, selain bersyukur kepada Tuhan kerana suaminya berjaya diselamatkan selepas 10 hari hilang di laut.

Katanya, dia menerima berita gembira itu kira-kira jam 5.30 pagi semalam sebaik suaminya sampai di jeti Seberang Takir.

“Akhirnya Tuhan makbulkan doa saya selepas masuk hari kesebelas dia hilang. Saya bersyukur pada Tuhan kerana dia selamat dan dapat meneruskan kehidupan bersama kami,” katanya.

Azizah berkata, walaupun tragedi itu menimpa suaminya, dia tidak akan menghalang suaminya untuk terus menjadi nelayan kerana hanya itu sumber pendapatan  mereka sekeluarga.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ahmad Che Ngah, 39, berkata, dia bersyukur kerana berjaya kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 hari hanyut di tengah lautan.

Katanya, pengalaman berada di tengah laut dalam situasi mencemaskan itu paling bermakna baginya sepanjang menjadi nelayan.


Operasi mencari dihentikan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Ahmad Zailani Yaacub berkata, berikutan penemuan tiga nelayan hilang itu, operasi mencari dihentikan serta-merta dan pihaknya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli yang menziarahi ketiga-tiga mangsa turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjejaki tiga nelayan hilang itu.

Wan Hassan yang turut menganjurkan solat hajat berkata, semua pihak harus mengambil iktibar daripada kejadian itu dan sentiasa berserah kepada ALLAH SWT setiap kali ditimpa musibah.

Hadir sama menziarahi mangsa ialah Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik; Pengerusi Penyelaras Dun Sura yang juga Pengerusi JKKK Tanjung Pagar, Azmi Abdul Rahman dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Dungun, Mat Yassim Mohamed.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Che Wan Mohd Radzi bersama dua awak-awak, Wan Kamarudin Wan Ali, 52 dan Ahmad Che Ngah dilaporkan hilang setelah keluar menangkap ikan di Perairan Pulau Tenggol, Dungun pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun selepas 10 hari dihanyutkan di tengah laut, mereka berjaya diselamatkan nelayan tempatan kira-kira jam 10 pagi, kelmarin, sebelum bot mereka ditunda dan tiba di jeti Seberang Takir, jam 5.30 pagi semalam.
- Sinar Harian

Read More

Heboh aksi wanita dalam komuter tersebar di internet

Inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga penumpang pengangkutan awam komuter di Indonesia. Beliau tanpa rasa keluh kesah telah menunaikan solat subuh di atas gerabak komuter tersebut.

Menunaikan solat adalah kewajiban bagi setiap Muslim, namun kerana kesibukan dan pergerakan yang tidak menentu, solat wajib dilaksanakan dalam keadaan darurat sekalipun. Foto beliau menunaikan solat juga tersebar di sebuah laman sosial, Path.



"Subahanallah, solat subuh dalam gerabak," tulis salah seorang penumpang komuter yang dikenali sebagai Onne Nurmalita di dalam akaun Pathnya.


Onne turut mengabadikan saat-saat di awal pagi itu dengan beberapa lagi tulisan, "Keretanya jurusan Jatinegara, pas di stasiun Depok Lama itu. Saya ikut kereta yang belakangnya, tapi subhanallah sampai salat subuh di kereta mungkin takut terlambat," kata Onne.

Sebelum ini pengguna dunia maya tanah air dihebohkan dengan foto pramugari Garuda Indonesia yang menunaikan solat ketika dalam penerbangan. [ Sumber ]

Read More

Thursday, 5 June 2014

Minta diberi ruang, akan buang gambar lama

MUNGKIN akibat terlalu banyak desakan peminat, Felixia Yeap akhirnya dalam proses membuang gambar-gambar lamanya di laman sosial Facebook.

"Gambar-gambar lama tu saya akan delete (padam), tapi ianya akan makan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) ...kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu," kata beliau di Facebook.

"Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam," tambah beliau lagi.

Menurut Yeap, gambar-gambar lama beliau merupakan bukti perubahan dirinya dan diharap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.


"Diminta janganlah 'Like' gambar-gambar lama tu. Yang itu (gambar) adalah dulu, saya sekarang dah bertaubat," ujarnya lagi.

Yeap juga berharap peminat tidak terlalu mendesak dan tekanan dari orang ramai berkurangan.

Rata-rata respon peminat menyarankan Yeap bersabar dengan dugaan yang melanda

"Be strong Felixia Yeap. Kadangkala ALLAH hilangkan mentari... kemudian Dia datangkan guruh...puas kita menangis... mencari mana mentari kita... rupa-rupanya ALLLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Oleh itu sabarlah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan. InsyaALLAH.." antara respon pelayar yang membaca luahan hati bekas model tersebut.

"Pada yang di luar sana jangan menilai manusia itu dari kisah silamnya. Islam itu mudah, jangan kita susahkan dan sukarkan pada mereka yang ingin mengenal Islam.

Cermin diri kita sendiri yang sedia Islam, adakah kita sudah menjadi contoh pada mereka? Ramai di luar sana yang sedia Islam dan lahir dalam Islam yg masih 'bertelanjang' auratnya..kenapa tidak menegahnya?

Berilah kesabaran anda pada Felixia Yeap agar dia terus kuat," tulis seorang lagi peminatnya.

Untuk rekod, Yeap pernah menyatakan yang tidak akan membuang gambar lamanya atas sebab ianya hasil kerja keras beliau semenjak berkecimpung dalam bidang peragaan pada 2005.

"Juga sebagai peringatan mengapa saya memilih untuk berhijab," katanya di dalam blog beliau dalam sebuah entri bertarikh 16 Disember.

Yeap yang merupakan bekas model Playboy Bunny mula berhijab akhir Disember tahun lalu. Semenjak dari itu,  dia aktif dalam memperagakan busana Muslimah dan terlibat dalam beberapa program diskusi agama. [ Sinar Harian ]
Read More