Friday, 5 September 2014

4 Gambar - Hebatnya Bilik Air Sheila Rusly

Gambar menarik apabila Sharifah Shahirah berkongsi gambar bilik air Sheila Rusly yang sememangnya lain daripada yang lain. Siap ada air pancur daripada atas ibarat hujan. Memang kelas gitu!



Malah kalau melawat rumah Sheila yang tersergam indah, ia boleh diibaratkan sebagai rumah idaman ramai pihak. Iyalah... setelah bekerja keras sebagai pelakon, pengacara dan penerbit, pastinya Sheila kini boleh menarik nafas lega dengan hasil pencapaiannya.

Read more: http://www.myartis.com/2014/08/4-gambar-hebatnya-bilik-air-sheila-rusly.html#ixzz3CQBtpZrJ




Sumber-Myartis.com
Read More

Artis : Awal & Scha Dedah Wajah Penuh Lara Alana

Akhirnya dapat juga peminat semua melihat wajah penuh puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni! Yelah kan, sebelum ni asyik dapat ‘teaser’ je.

Malah, Awal juga dah mendedahkan full name si comel itu. Bukanlah Lara Lodin seperti yang diwar-warkan sebelum ini, tetapi Lara Alana.


Peminat pun apa lagi! Overexcited la bila dah nampak wajah Lara Alana yang memang great A comelnya. Ada yang cakap lebih kepada muka Awal. Tapi tetap sweet macam Scha. Ha… Jom tengok sini!

Siapa rasa si Lara Alana ni tak comel boleh dah buat pembedahan mata. Hehe… Setakat ni, foto yang dimuat naik oleh Awal & Scha ini mendapat total lebih 23 ribu like di kedua-dua laman Instagram mereka.


Maka, terungkailah sudah semua pertanyaan di minda para peminat sekaligus menidakkan dakwaan haters yang mendakwa bahawa mereka enggan menayang foto anak mereka kerana si cilik tu tak comel. Pandai-pandai je korang ni!

Kami percaya, lepas ni mesti lagi banyak foto Lara Alana akan dikongsikan oleh Awal dan Scha. So, rajin-rajinlah jengan laman Instagram mereka ya! - Ohbulan
Read More

Artis :Bimbang anak terikut gaya hidup bekas isteri

SHAH ALAM - Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini dia bimbang anaknya, Zahra Rania Shanley, 2, akan terikut dengan gaya hidup bekas isterinya yang terlalu gemarkan hiburan.

Jimmy Shanley juga bimbang anaknya juga tidak akan terdidik dengan baik oleh plaintif, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 28.

Menurutnya, dia turut bimbang dengan kesihatan anaknya terjejas kerana bekas isterinya didakwa merokok.


“Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam,” katanya.

Beliau selaku defendan berkata demikian menerusi afidavit keterangan ketika perbicaraan kes untuk mengetepikan perintah hak untuk bermalam dengan anaknya, Zahra Rania Shanley, yang dikemukakan bekas isterinya.

Jimmy juga tidak bersetuju dengan bekas isterinya yang menawarkan hak bermalam apabila anak itu mencapai umur tujuh tahun.

“Jika hak itu dihalang, saya khuatir jika hubungan anak dengan saya selaku bapanya menjadi renggang,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya Zahra Rania Shanley membesar dan dimanjakan dengan kemewahan.

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas  20 hari pernikahan mereka atas alasan tiada persefahaman.Pasangan itu kemudian sah bercerai pada Oktober 2012. -Sinar Harian
Read More

Wednesday, 20 August 2014

3 Gambar Terbaru Sharifah Sakinah Bersenam Sambil Tayang Body

Sharifah Sakinah sekali lagi menimbulkan kontroversi menerusi akaun Instagramnya apabila memuat naik sekeping gambar yang memperlihtkan bentuk payudara dan bodynya yang seksi semasa bersenam dengan kapsyen "Get fit be healthy with @fitnessakinah @the30minutetrainer."



Seorang follower menulis teguran berikut "respect islam, respect yourself...then people will respect u more..."

Apapun, tidak dinafikan Sakinah memang seorang yang seksi dan rajin bersenam.



Read More

Sunday, 17 August 2014

Ugut Bunuh Kekasih Zul Ariffin

Gayatri Su-Lin Pillai, Naib Presiden Astro Shaw telahpunmenjalin hubungan cinta dengan Zul Ariffin sejak 2 tahun yang lalu iaitu pada penghujung tahun 2012 dan cinta mereka sehingga kini masih membara.

Terbaca di Rakyat Post, hanya kerana bercinta dengan kekasih yang sedang meletup dengan drama Rindu Awak 200%,Gayatri Su-Lin Pillai telah menerima ancaman ugutan bunuh.



Zul Ariffin pada mulanya hanya ketawa apabila menerima SMS itu.

Walaubagaimanapun, menyedari berkemungkinan SMS itu merupakan ancaman serius, Zul Ariffin telah menasihati teman wanitanya itu untuk lebih berjaga-jaga.

Sebelum ini, pasangan ini telah dikecam kerana peminat fanatik Zul Ariffin tidak dapat menerima bahawa aktor ini dan Gayatri Su-Lin Pillai sedang bercinta.

Apa nak buat, dugaan bercinta. Harap pasangan ini tabah hadapi dugaan sebegini.

Sumber
Read More

Lemas tengah tasik

Bachok: “Saya sempat melihat mereka berempat terkapai-kapai minta tolong, tetapi hanya tiga berjaya ditarik ke tepi tebing, manakala mangsa sudah jauh di tengah tasik dan tidak dapat diselamatkan,” kata saksi kejadian seorang remaja, Mohamed Farkhan Akhiramdzan (gambar kecil), 14, yang mati lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di tasik dekat Pantai Kuala Senok, Tawang, Bachok, semalam.



Menurut Rosdi Mohamad, 36, dia bersama beberapa rakan memancing berhampiran tempat kejadian sebelum terdengar jeritan meminta tolong.

“Sebelum itu, saya melihat mangsa dan rakannya seronok bermandi-manda di tasik itu yang jarang didekati orang kampung berikutan kedalamannya boleh meragut nyawa. Kesudahannya ada yang lemas dan saya terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Abdul Razak Ab Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 4.11 petang.

“Seramai lapan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikerah mencari mangsa.--Hmetro

Read More