Thursday, 14 August 2014

Mamat Sepah insaf

"Saya pernah jatuh kerana duit.

"Bayangkanlah, dalam usia muda 24 tahun, saya sudah pegang duit ratusan ribu ringgit selepas menang Raja Lawak musim ketiga pada 2009. Ketika itu, saya mengaku mengalami kejutan budaya dan hidup hanya untuk berseronok saja," luah Mamat Sepah kepada HIP.


Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, 29, yang menjadi penyampai radio Ultra FM, mengakui kehidupannya sekarang lebih tenang dan jauh daripada kontroversi yang pernah mencemari kerjaya seninya.

"Nama saya naik mengejut bersama Sepah. Saya mengaku jatuh kerana kesalahan sendiri. Mungkin ramai yang tidak tahu, saya pernah bertunang selepas...
Read More

Pisah kasih di tandas

Port Dickson: Seorang tukang cuci wanita ditemui mati oleh suaminya dalam tandas asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang di sini, selepas diserang sakit jantung ketika bekerja, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 10.30 pagi dan mangsa, Rosnani Mat Yusof, 41, sudah bekerja di sekolah itu sejak empat tahun lalu.



Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa ada meluahkan keinginan mahu bekerja bersama suami yang juga tukang cuci di sekolah sama.

Sumber berkata, pasangan itu mempunyai sembilan anak dan sering melakukan pelbagai kerja lain selepas waktu kerja di sekolah.

“Kebiasaannya Rosnani dan suami bertugas di kawasan berlainan dalam sekolah tetapi sejak beberapa hari lalu, dia menyatakan mahu bekerja di lokasi sama dengan suaminya.--Hmetro
Read More

Wednesday, 13 August 2014

MH370: Wang penumpang MH370 lesap

Kuala Lumpur: Sejumlah wang milik penumpang pesawat MH370 sebanyak RM100,000 dilaporkan lesap daripada akaun bank mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan selepas laporan dibuat seorang pekerja bank terbabit.


"Seorang individu tidak dikenali memindahkan wang daripada tiga akaun mangsa kepada akaun mangsa keempat sebelum traksaksi seterusnya dibuat melalui mesin ATM dan kios bank.

"Polis sedang mengesan lokasi pengeluaran berkenaan untuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menjejaki individu berkenaan," katanya.

Katanya, pengeluaran berkenaan membabitkan RM100,000 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer.Pesawat MH370 dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, 8 Mac lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi pada 24 Mac berikutnya.-Hmetro

Read More

Maut selepas koma enam hari

Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan yang dipercayai mangsa dera akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 7 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, dekat sini, selepas tidak sedarkan diri sejak Khamis lalu.

Bapa saudara bayi terbabit yang mahu dikenali sebagai Helmi berkata, mangsa Nurain Damia Mohamad Naqiuddin berusia setahun dua bulan sebelum itu menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepala selepas dikejarkan ke hospital pada Khamis lalu dan berada dalam keadaan koma selama enam hari.



"Buat masa ini jenazah Damia sedang menjalani proses bedah siasat dan dijangka dikebumikan di Cheras iaitu di kawasan perumahan neneknya," kata Helmi ketika dihubungi Harian Metro.

Nurain Damia disahkan mengalami pendarahan otak selepas didakwa terjatuh daripada kerusi ketika di bawah jagaan pengasuhnya.

Bagaimanapun ibu mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mengesyaki anaknya didera dan mendakwa sebelum ini ada kesan lebam pada badan bayi itu.

Damia sudah dua bulan diletakkan dalam jagaan pengasuh berusia 30-an yang turut menjaga seorang lagi kanak-kanak lelaki.--Hmetro
Read More

ARTIS: Johan (Raja Lawak) Tolak Aktiviti Amal Jika Bayaran Ciput

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) memberitahu dia terpaksa menolak mana-mana undangan persembahan untuk majlis amal yang menawarkannya bayaran rendah  berbanding harga sebenar khidmatnya.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, berkata, dia mempunyai caj tertentu jika undangan tersebut membabitkan aktiviti-aktiviti amal.



"Ramai pihak yang panggil untuk saya buat persembahan amal dengan bayaran sagu hati dengan alasan ia adalah untuk majlis amal.

"Kalau mereka mahu buat amal, mereka perlu bayar dengan harga saya untuk persembahan itu," ujarnya kepada mStar Online tanpa menyatakan bayaran sebenar khidmatnya.

Bagaimanapun, Johan berkata, jika dia tidak dapat menerima tawaran berkenaan, dia akan mencadangkannya kepada rakan-rakan pelawak yang lain mengikut kemampuan pihak penganjur.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia mempunyai cara tersendiri untuk melakukan amal kebajikan tanpa melalui mana-mana agensi ataupun majlis amal.

Katanya, perkara tersebut sudah diamalkannya sejak mula menceburi bidang hiburan iaitu berkongsi rezeki dengan orang yang kurang berkemampuan.
"Banyak cara untuk kita beramal selain menyertai majlis amal. Sejak saya mula bekerja lagi saya sudah amalkan perkara ini kerana bagi saya kalau kita ingin murah rezeki, kita perlu jadi pemurah dahulu.

"Saya ada menjaga anak yatim yang mana saya sediakan keperluan mereka, malah setiap waktu terluang kami sekeluarga akan pergi ke rumah kebajikan orang tua atau anak yatim untuk menziarah dan memberi sumbangan yang termampu," ujarnya.

Tambah Johan, dia yakin amal kebajikan yang dilakukan itu menjadi punca dia berada pada kedudukannya kini.

Sementara itu, ditanya tentang kerjaya dalam bidang lakonan, Johan berkata, dia terpaksa melepaskan banyak tawaran berlakon filem dan drama bagi membahagikan masa bersama keluarga dan komitmen terhadap penyampai radio Era FM.

"Sejak menjadi penyampai radio memang saya banyak tolak tawaran berlakon filem dan drama kerana tiada masa.

"Saya ada komitmen dengan radio Era FM iaitu bermula sebelum pukul 6 pagi saya perlu ada di konti dan balik pada pukul 10 pagi, kemudian meluangkan masa bersama keluarga sehingga pukul 10 malam.

"Kalau ada penggambaran sudah tentu saya akan balik sehingga lewat malam dan masa tidur dan masa bersama keluarga saya akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Johan mengakui ada beberapa stesen radio lain yang cuba untuk merisik mengenai perkhidmatannya di Era FM.

Bagaimanapun, kebanyakannya tidak memberi maklum balas selepas dia memberikan harga yang diinginkan.

"Ada juga beberapa stesen yang tanya tentang harga yang Era FM beri kepada saya, namun saya kata jika mereka mahu saya, mereka perlu tanya kepada saya sendiri berapa harga yang saya inginkan.

"Kalau mereka boleh bayar harga saya itu sudah tentu saya pergi, namun saya tidak rasa saya penyampai radio paling mahal di Malaysia, ada lagi yang lebih mahal daripada saya," ujarnya.--mStar
Read More

Artis: Sharifah Sakinah gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman

Jika sebelum ini Sharifah Sakinah sering mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik video yang pelik-pelik, kini minat barunya pula dikritik. Terbaru Sakinah gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman.



Memetik sumber portal GUA, untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan satu laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.

“Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah,” ujarnya. 

Namun tak semua menyukai aktivitinya itu apabila Sakinah memakai pakaian seksi yang terlampau menjolok mata .Banyak pihak baik lelaki mahupun perempuan, menyindir pelakon itu setiap kali dia memuat naik fotonya yang berpakaian sukan. Ada yang ‘geram, malah ada yang menggelarnya ‘karipap panas’?





Sakinah yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut memberitahu:-

“Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk campur. Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga.

“Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif.

” Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah.

Jom layan beberapa keping lagi gambar Sakinah dan anda boleh nilai sendiri karipap panas atau tidak:-





Read More