Thursday, 7 August 2014

Artis: Gambar Raya Keluarga Ashraf Cetus Persepsi N egatif

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh sebuah portak hiburan mencetuskan kontroversi dan persepsi negatif orang ramai terhadap pasangan Ashraf Muslim dan dua orang isterinya.

Gambar yang menunjukkan gambar kenangan Hari Raya Ashraf bersama anak sulungnya hasil perkahwinan dengan isteri kedua (kiri) dan disertai oleh isteri pertama (kanan).


Bagi sesetengah dunia hiburan, posisi isteri pertama Ashraf dilihat seperti orang lain yang bergambar bersama artis berdasarkan mimik mukanya yang dianggap sedih. Pendek kata mereka, Ashraf dilihat lebih mesra bersama isteri keduanya berbandingisteri pertama.

Nampaknya ramai pakar psikologi yang tidak bertauliah di facabook yang boleh meramal mood seseorang dengan hanya melihat pada sekeping gambar. Ada pula yang berkata muka isteri pertama terpancar wajah kesedihan.

Sepatutnya kita bersangka baik dan mendoakan hubungan mereka berpanjangan. Tidak salah lelaki nak bermadu walaupun ramai wanita yang tidak mahu. Semoga rumah tangga mereka bahagia sampai ke jannah.[ Sumber ]

Read More

Artis: Peminat kritik fesyen Mawar, isteri Fizo Omar ketika berada di pantai Barcelona

Sejak Mawar Abdul Karim berkahwin dengan Fizo Omar tahun lalu, ada sahaja kontroversi yang dikaitkan dengannya sehingga boleh terduduk dibuat mereka.

Begitupun, Mawar tidak memperdulikan kritikan itu malah lebih suka berdiam diri. Yang lebih banyak tampil ke media untuk memberi penjelasan ialah suaminya, Fizo Omar.


Baru-baru ini, beberapa keping gambar Fizo Omar dan Mawar bersantai di tepi pantai Barcelona telah dikongsikan di laman Instagram untuk tatapan peminat.

Bagaimanapun, salah satu gambar tersebut mendapat komen negatif dari segelintir peminat aktor itu berhubung cara pemakaian Mawar yang dikatakan sama sahaja dan kelihatan membosankan. Apa agaknya yang difikirkan peminat tersebut?

Pada penulis, pemakaian Mawar memang nampak sama tetapi beliau kelihatan semakin anggun dan cantik dari hari ke hari. Ni kes cemburu ke?





Read More

Dibelasah dek telefon bimbit

Kuala Lumpur: Seorang lelaki melecur di bahu dan belakang badan selain terpaksa menerima 27 jahitan di kepala selepas disimbah air panas dan dibelasah sehingga pengsan hanya kerana berlaku perselisihan faham berkaitan telefon bimbit.

Semuanya berpunca apabila mangsa dikenali sebagai Ho, 29, terlanggar seorang lelaki di hadapan Medan Putra Business Park, Kepong, di sini menyebabkan telefon bimbit milik lelaki itu terjatuh.



Tindakan mangsa itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa dibelasah dan disimbah dengan air panas.

Mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah serta badan melecur kini dirawat di Hospital Pantai, Cheras. Laporan polis mengenai kejadian itu dibuat petang semalam.

Ho berkata, sebelum kejadian, dia pada mulanya sedang makan steambot di restoran di Medan Putra Business Park, Kepong jam 1.30 pagi Sabtu lalu.


“Bagaimanapun, ketika saya bangun untuk mengambil makanan, saya terlanggar seorang lelaki menyebabkan telefon bimbit lelaki terbabit terjatuh.--Hmetro
Read More

Artis: Afiq Muiz Akui Tidak Matang Ketika Bercinta Dengan Eina Azman

PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz mengaku dia tidak matang dan bersikap seperti kebudak-budakkan ketika berkawan dengan pelakon Eina Azman sehingga menyebabkan hubungan tersebut tidak berpanjangan.

Afiq, 21, berkata, pengalaman itu menjadi satu pengajaran buatnya untuk melalui hubungan percintaan pada masa hadapan.



"Saya tidak tahu dia tujukan kenyataan itu kepada siapa kerana bukan saya seorang sahaja lelaki muda yang berkawan dengan dia sebelum ini.

"Namun kalau kepada saya sekalipun, saya akui ketika kami berkawan masing-masing masih terlalu muda dan belum matang lagi, selalu bergaduh dengan perkara-perkara kecil.

"Saya harap dia jadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk membina hubungan pada masa akan datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Afiq berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang dibuat Eina kepadaMedia Hiburan Online iaitu perhubungan dengan orang muda banyak bezanya apabila individu itu gemar berangan-angan.

Eina dalam laporan tersebut mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda bukan Melayu iaitu Datuk Paduka Gurmet Singh, 35, pada hujung tahun ini.

Dalam pada itu Afiq berkata, dia turut mendoakan bekas kekasihnya itu bahagia dengan pilihan hatinya itu.
"Saya berasa gembira dengan keputusan dia untuk mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga dia bahagia dengan pilihannya itu," ujar Afiq.



Afiq juga sudah lama tidak berhubung dengan pelakon wanita itu berikutan sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

Dalam pada itu, Afiq berkata, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal teman wanita, sebaliknya mahu fokus kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.

"Saya masih muda dan belum matang lagi, banyak perkara yang saya sukar untuk berfikir dengan baik.

"Sebab itulah saya malas untuk ada komitmen terutama bila tentang hubungan cinta. Biar sampai saya betul-betul rasa sudah matang dan bersedia untuk berumah tangga baru saya fikir tentang itu," katanya.--mStar
Read More

Artis: Talha Harith Dalami Islam Selepas Terkena Ilmu Hitam

PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith  mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendalami ilmu agama Islam selepas dua kali terkena penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam.Talha,25, berkata, penyakut yang dialami itu menyebabkan berat badannya menjadi susut selain ia memberi banyak tekanan lain kepada dirinya.



"Saya kena ilmu hitam tahun lalu sehingga menyebabkan badan saya susut teruk dan mengalami lemah badan serta muntah-muntah.Selepas kejadian itu saya banyak mendalami ilmu agama bagi mengubati sendiri penyakit tersebut. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kesihatan saya sudah beransur pulih," ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media drama Plan B, di Sri Pentas, di sini, Rabu.

Talha berkata, dia menyedari terkena ilmu hitam pada awal tahun ketika mengusahakan sebuah perniagaan restoran di Setapak.Perbuatan khianat itu bukan sahaja ditujukan kepadanya, malah rakan perniagaannya yang lain turut mengalami nasib yang sama.

"Ketika saya buka restoran di Setapak dahulu ada restoran lain yang kurang berpuas hati dan merasakan kami mengganggu perniagaan mereka.Pada mulanya isteri rakan saya yang menjaga restoran itu terkana dahulu, kemudian rakan saya pula, selepas itu saya turut mengalami kejadian yang sama iaitu hilang selera makan" ujarnya.

Tambah Talha, ketika dia belum pulih sepenuhnya dengan penyakit itu, dia sekali lagi ditimpa kejadian aneh yang dipercayai dilakukan oleh rakan artis.Perkara tersebut katanya diketahui selepas diberitahu oleh seorang rakan bapanya yang sudah lama terlibat dalam bidang perubatan tradisional.


"Selepas beransur pulih daripada ilmu hitam berkaitan restoran itu datang pula penyakit aneh lain yang mana saya muntah-muntah secara mendadak sehingga tidak boleh makan dan minum.|Selepas itu seorang rakan bapa saya menghubungi bapa saya dan bertanyakan tentang saya lalu menyuruh saya pergi berubat kerana dia beritahu ada dikalangan rakan baik cemburu dengan saya.

"Bila dia kata begitu saya syak seorang rakan baik saya yang memang pernah berkata tentang perasaan tidak senang hati dengan apa yang saya dapat sekarang.

"Dia kata dia cemburu dengan peluang yang saya dapat sedangkan dia kurang bernasib baik," katanya.Bagaimanapun, Talha berkata, dia masih lagi dalam proses pemulihan dan kesihatannya ketika ini semakin baik.Dia akui, pengalaman menderita terkena ilmu hitam itu mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalan melakukan segala hal yang melibatkan individu lain.

Talha juga bersyukur sepanjang melalui pengalaman itu, pengarah dan produksi banyak bertolak ansur kerana memahami keadaannya.Sementara itu drama Plan B bagi slot Aksi ini bakal keudara bermula 19 Ogos depan setiap Selasa pukul 10 malam di TV3.Antara pelakon yang terlibat ialah Nur Risteena, Syukri Yahaya, Zoey Rahman dan Beto Kusyairy.--mStar

Read More

Wednesday, 6 August 2014

Teladan: Terlanjur Di Ruang Tamu Pada Malam Aidilfitri

Teladan : Terlanjur Di Ruang Tamu Pada Malam Aidilfitri | Bagi mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia tewas kepada hasutan syaitan.

Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.

“Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di akhbar dan majalah.



“Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah IPTA di Melaka.

Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21, bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.

Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan. Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka tewas dengan gelora nafsu.

“Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga teman lelaki.

“Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain,” katanya.

Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi. Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

“Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah secara tiba-tiba.

“Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada golongan bermasalah.

“Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi perkara yang dilarang agama,” katanya.

Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka. Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli keluarga.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak,” katanya yang melahirkan bayi perempuan pada bulan lalu. – Sumber Asal

P/s : Zina adalah perbuatan berdosa besar.. Semoga kisah ini dijadikan tauladan bagi kita semua.
Read More