Monday, 30 June 2014

Chacha Maembong Tersepit Kerana Masalah Pengurusan

PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong mengakui dirinya agak tersepit dengan permasalahan yang berlaku antara syarikat pengurusannya Wire Fame dan kakaknya Emma Maembong.
Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aishah Ismail, 18, berkata, dia juga tidak mahu menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut yang melanda syarikat pengurusan tersebut baru-baru ini.

"Saya tidak ada masalah dan masih lagi di bawah pengurusan Wire Fame sehingga kontrak tamat pada akhir tahun ini, selepas itu barulah saya fikir untuk sambung atau tidak.



"Secara jujur memang saya tersepit antara kerja dengan hubungan adik-beradik tetapi saya cuba memberi yang terbaik dan berlaku adil, namun saya tidak mahu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan permasalahan mereka," katanya kepada mStar Online.

Chacha berata demikian ketika diminta mengulas tentang kemelut yang melanda syarikat pengurusannya Wire Fame dengan pemilik syarikat itu pelawak Zizan Razak yang turut membabitkan kakaknya Emma Maembong.

Jelas Chacha, keputusan Emma untuk keluar daripada syarikat pengurusan itu adalah disebabkan masalah peribadi pelakon itu dan tidak mempengaruhi dirinya.

"Saya dengan Emma tidak ada masalah dan kami tidak ada gaduh-gaduh, saya cuma cakap baik-baik dengan dia jika ada yang tidak betul, manakala dengan pihak pengurusan begitu juga, semuanya atas dasar kerja sahaja.



"Saya masih baru dalam industri dan tidak mahu serabutkan diri dengan masalah sebegini, saya nak bekerja bukan nak bergaduh," katanya.

Selain Chacha, Wire Fame turut menguruskan kerjaya pelakon Johan As'ari dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Chacha berkata, bulan Ramadan ini, dia tidak bercuti seperti segelintir artis, sebaliknya lebih sibuk dengan aktiviti tambahan iaitu menjual biskut raya.

Biskut yang diberi nama Maembong Girls itu akan mula dipasarkan awal minggu Ramadan ini secara dalam talian.

"Sepanjang puasa ini saya sibuk dengan penggambaran beberapa drama, dalam pada itu kami adik-beradik juga akan menjual beberapa jenis biskut raya.

"Kakak-kakak saya yang buat saya hanya tolong mana yang mampu, kami akan buka tempahan secara online dan Insya-Allah akan buka di bazaar Taman Melawati pertenggahan Ramadan nanti," katanya.-mStar
Read More

Sunday, 29 June 2014

Awie Akui Beri Keterangan Kepada Pihak Polis Bantu Siasatan

Minggu lalu, kecoh di internet apabila ada sekeping gambar tersebar didakwa sebagai isteri Awie yang mengalami kecederaan terus di wajahnya selepas dipukul seseorang. Ianya sekaligus meletakkan Awie dalam perhatian ekoran khabar angin sebelum ini.



BACA: Penyanyi Rock Terkenal Pukul Isteri Depan Bank Kerana Duit

Dalam kenyataan kepada Kosmo! hari ini, Awie mengakui yang beliau telah dipanggil pihak polis untuk memberikan keterangan membantu siasatan mengenai dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, baru-baru ini.

Penyanyi utama kumpulan Wings itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menyerahkan siasatan itu kepada pihak polis.

BACA: Gambar Wanita Didakwa Isteri Awie Dipukul Terus Tersebar

Awie yang turut ditanya mengenai tiga keping gambar wanita yang tersebar di internet didakwa sebagai Rozana yang cedera teruk dipukul berkata, beliau masih belum melihat gambar tersebut.

“Jika benar gambar itu tersebar, saya sudah serahkan kepada pihak berkuasa untuk sebarang tindakan,” tambahnya lagi ringkas. (rtky/m)
Read More

Kenapa ada orang ketiga?

PERKAHWINAN saya dan suami baru sahaja berlangsung beberapa bulan yang lalu. Kami berkenalan pun tidak sampai setahun sebelum saya berkeputusan untuk menikahinya memandangkan dia adalah kenalan lama saya ketika di sekolah menengah lagi.

Saya seorang janda anak satu. Dua tahun bercerai dengan bekas suami, saya bertemu dengan suami baru saya sekarang.

Suami berterus-terang selama dia mengenali saya, dari kecil memang dia menyimpan perasaan yang amat dalam terhadap saya. Hanya selepas mengetahui saya sudah dimiliki orang, dia membuang perasaan itu jauh-jauh.



Dan siapa sangka jodoh itu ada pada usia kami berdua 30 tahun.  Ia suatu mimpi yang paling berharga buat suami kerana akhirnya dapat memiliki saya.

Ustazah, baru-baru ini saya menemui mesej dalam telefon bimbit suami.

Berdasarkan pengalaman perkahwinan lalu, saya jadi amat teliti, berhati-hati dan paranoid terhadap perhubungan baru. Saya sentiasa ada perasaan was-was dan curiga dengan gerak geri suami. S

aya selalu tidak percaya yang suami tidak pernah bercinta selama hayatnya, selain daripada saya. Mungkin kerana saya trauma dengan perkahwinan lalu yang gagal kerana gangguan orang ketiga.

Entah kenapa hari itu, saya terdetik untuk menyemak telefon bimbit suami. Mesej bertarikh April 2013, iaitu beberapa hari sebelum saya dan suami menjadi kekasih begitu mencengkam jiwa saya. Kata-kata pada mesej yang dihantar keduanya tidak seperti sahabat biasa.

Mereka menggunakan bahasa sayang dan ada perkataan-perkataan tidak elok yang menggambarkan mereka berdua seperti berkongsi gambar dan membuat video call.

Saya teliti Whatsapp dan panggilan keluar masuk. Nombor dan nama yang sama masih ada dan kerap membuat panggilan.

Hari itu juga kami bergaduh besar. Suami tetap dengan sikap sabarnya (yang sebenarnya mengikat jiwa saya untuk bersamanya), tenang menjawab setiap pertanyaan sedang saya pula dah macam orang gila.

Ya ustazah, saya tahu perbualan itu berlangsung sebelum kami menjadi kekasih, tapi satu yang saya tak dapat terima apabila suami menipu saya. Dia pernah kata tiada kekasih. Tidak pernah bercinta dan hanya menyimpan perasaan terhadap saya seorang.

Rupa-rupanya, gadis itu pernah menjadi kekasihnya tujuh tahun dulu.

Percintaan suami dengan gadis itu tidak lama apabila gadis itu mengahwini lelaki lain. Dan sejak itu, suami tidak pernah bercinta lagi dan membujang sehingga dia menemui saya. Suami mengakui mereka masih bersahabat baik kerana satu tempat kerja.

Ustazah, jika betul kata-katanya yang mereka hanya sahabat, kenapa suami tidak berterus-terang sebelum ini? Kenapa suami perlu menipu dan kenapa perlu ada orang ketiga dalam sesebuah perhubungan? Apakah saya yang bersalah kerana terburu-buru mengakhiri zaman janda sebelum sempat mengenali suami baru secara sepenuhnya?

Untuk pengetahuan, suami seorang pendiam, punya sifat sabar yang tinggi, hormat orang tua dan punya rupa. Dia rajin belajar agama sebelum mengambil saya menjadi isterinya.

* Norhasni, 30, Kuala Lumpur.-Sinarharian

Read More

Hasrat puasa bersama isteri tak kesampaian

KUANTAN – Hasrat seorang suami, Afif Syazwan Uugust, 23, untuk menyambut kedatangan Ramadan bersama isteri tercinta tidak kesampaian apabila teman hidupnya, Sarimah Abdul Razak, 22 terkorban dalam satu kemalangan jalan raya, di hadapan Petronas Jalan Tanjung Lumpur, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.38 pagi itu, Sarimah yang membonceng motosikal ditunggang suaminya meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian selepas bertembung dengan sebuah kereta.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Civic yang keluar dari Petronas di kiri jalan telah menyeberang ke kanan jalan untuk membuat pusingan U dan berlanggar dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri muda berkenaan.

Menurutnya, motosikal yang dibonceng mangsa bersama suami datang dari arah Tanjung Lumpur. Pertembungan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital.

“Manakala suaminya yang beralamat di Taman Seriku Baru 12, Jalan Gambang turut mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

“Difahamkan keadaan laluan di tempat kejadian ialah jalan sehala tiga lorong dan kawasan membuat pusingan U. Keadaan cuaca baik dan jalan kering. Punca kematian dan kemalangan masih dalam siasatan. Kes ini di siasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada media semalam.

Sementara itu, adik mangsa, Mariam Abdul Rahman, 18, berkata, arwah kakaknya meninggalkan dua anak berusia lima dan tiga tahun.

“Kakak dan suami tinggal berasingan dari keluarga, manakala kedua-dua anaknya ditinggalkan bersama ibu mertuanya di Batu 12 kerana dia juga bekerja.

“Saya terkejut mendengar berita tentang kematiannya kerana sudah beberapa bulan tidak bertemu dengannya dan kali terakhir adalah pada Februari lalu,” katanya. -- Sinar Harian
Read More

Jom Lihat 6 Gambar - Gigi Suarez jadi bahan lawak

Tiada siapa sangka satu papan iklan yang diletakkan di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro, Brazil akan mendapat perhatian luar biasa seperti hari ini.


Iklan Adidas yang memaparkan pemain bola sepak Uruguay, Luis Suarez membuka mulut berteriak “all or nothing” tiba-tiba menjadi tarikan terbaru buat pengunjung di pantai tersebut sebagai lokasi selfie.

Ia kerana gambar pada papan iklan itu amat sesuai jika seseorang mahu mengabadikan gambar seolah-olah menjadi mangsa gigitan Suarez.

Selain sebagai gambar kenangan suka-suka, ramai pengunjung memuatnaik gambar mereka ‘digigit’ Suarez itu di laman sosial seperti Instagram untuk berlawak.





Semua ini gara-gara kontroversi yang dicipta Suarez pada perlawanan pusingan pertama Piala Dunia 2014 Khamis lalu apabila dia bertindak menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
Akibatnya Suarez didenda tidak boleh menjalani aktiviti berkaitan bola sepak selama empat bulan dan digantung daripada bermain sembilan perlawanan sekaligus mengakhiri persembahannya di Piala Dunia Brazil tahun ini. -Sumber
Read More

Jom Lihat Wajah Sebenar Ibu Bapa Nora Danish Tersebar

Pastinya semua peminat dunia seni tanahair mengenali pelakon comel ini siapa lagi kalau bukan Nora Danish.

Sekali imbas wajahnya cukup comel dan pastinya membuatkan anda tidak jemu memandang aktres yang membintangi drama bersiri puteri.


Namun begitu pelbagai kontroversi yang menimpanya ditempuhi dengan penuh kesabaran. Jika diperhatikan wajah Nora ala-ala kacukan dan pastinya menjadi siulan anak-anak muda pada masa kini.

Jom kita lihat wajah bapa dan ibu kepada aktres comel ini.


Read More