Monday, 2 June 2014

Sayu! Rayuan sedih anak sulung Abby Abadi agar Farhan kembali jadi bapa tiri

Anak sulung kepada bekas pelakon terkenal Abby Abadi, Mohamad Danish Hakim merayu agar bapa tirinya, Muhammad Noor Farhan kembali ke pangkuan ibunya dan meminta lelaki berusia 24 tahun itu agar berhenti mengikuti kawan-kawannya untuk mengunjungi dan berseronok di pusat karaoke dan cyber cafe hampir setiap malam.



Mohamad Danish membuat rayuan itu menerusi satu video ringkas kerana sangat merindui Farhan yang dipanggil Abi dan memintanya agar mengahwini Abby semula. Kata Danish lagi, ibunya tidak bersalah dan tidak seharusnya diperlakukan sedemikian rupa.[ Sumber ]


Read More

Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Almy Nadia, Fizz Fairuz Di Pulau Pinang

Sejujurnya kami tidak mempunyai banyak maklumat tentang resepsi perkahwinan Almy Nadia & Fizz Fairuz selain mengetahui ianya telah berlangsung di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei yang lalu — dan ini untuk resepsi sebelah pihak perempuan,

Resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 7 Jun 2014 nanti. Almy Nadia & Fizz Fairuz selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang telah berlangsung di kampung halaman pengantin perempuan pada 26 April yang lalu.


Juga kami bukanlah pakar untuk melontarkan pandangan tentang busana rona kuning yang dikenakan pasangan ini pada majlis tersebut yang pada hemat kami cukup kena & sepadan untuk mereka berdua yang tampil bak raja sehari.

See? Just enjoy the pictures, terima kasih kepada jurugambar di sebalik The Permaisuris yang berkongsi detik istimewa pasangan ini menerusi Instagram. (rtky/m)










Read More

Sunday, 1 June 2014

Nabila Huda Dengan Gaya Seperti Bertelanjang

Hish! Apalah yang difikirkan oleh anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini..baju macam rupa tak cukup kain. Kami pun pelik dengan gaya-gaya Hollywood yang cuba ditiru oleh golongan artis ini di Malaysia ini.

Artis-artis Hollywood lainlah, yang tak beragama pun ramai, ini tidak, mengaku Islam, tapi pakai baju dah macam telanjang! Di karpet merah Anugerah Blockbuster anjuran Astro di Stadium Malawati, Nabila Huda mengenakan pakaian serba hitam dengan mempunyai potongan dibagaian perut dan menutup bahagian dadanya sahaja.


Tak cukup dengan itu, kainnya pula terbelah hampir dengan menyerlahkan sebahagian besar pehanya!




Read More

Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya

Pelakon Kilafairy selamba tayang bontot di majlis hari jadinya - Pelakon dan model seksi, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 22, telah berkongsi beberapa keping gambar sambutan majlis hari ulangtahun kelahirannya di laman Instagram baru-baru ini.

Apa yang menarik tentang foto-foto yang dimuatnaik, Kilafairy kelihatan selamba menayangkan bahagian punggungnya sehingga menarik perhatian peminat di laman sosial.


Penulis memang tak boleh nafikan Kilafairy ialah antara selebriti wanita yang paling layak memegang watak-watak penggoda mengatasi Lana Nordin kerana dia mempunyai karakter sedemikian yang semulajadi.



Read More

Gadis 19 Tahun Disihir Jadi Nenek

Terlihat satu laman web dari Indonesia tentang gadis berumur 19 yang berubah menjadi tua akibat disihir. Ada gambar yang disertakan tapi tak tahulah nak percaya ke tidak. Lepas siasat kat Google rupanya kisah ni memang dah popular kat Indonesia.

Ita Susilawati, seorang perempuan yang menjadi pujaan lelaki2 dikampungnya berubah wajah dan badan menjadi nenek tua setelah dia berkahwin dengan suaminya, Hendra. Ketika perkahwinan mereka berumur kira2 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja.


Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam. Pada mulanya dia menganggap itu cuma satu mainan tidur namun selepas tiga hari tengkuknya mula berasa panas dan perit seperti bekas ditampar dengan kuat.

Tidak lama kemudian, kedua2 tangan dan pehanya tumbuh bintik2 merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas!

Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita buntu dan tidak tahu apa punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita. Dia dibawa pulang, suaminya masih tidak balik. Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh.

Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa. Ada cerita yang mengatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang.

Gadis 19 Tahun Disihir Jadi Nenek

Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra. Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi.

Dikhabarkan,Hendra juga juga berkahwin lain selepas mendapati keaadan isterinya menjadi sedemikian rupa...Kesian Ita kan?

Akhirnya Ita meninggal atas penyakit misteri yang dideritainya. Sama ada betul atau tak andaian yang dia dah kena sihir, itu Wallahualam.[ Sumber ]
Read More

Kisah Wanita Yang Dibenci Kerana Hodoh Tapi Teman lelakinya Sangat Tampan

Nama wanita ini adalah Luo Yufeng atau lebih dikenali sebagai Sister Feng, pada tahun 2009 hingga 2011, boleh dikatakan bahawa wanita ini adalah salah satu wanita yang dibenci dan jadi bahan ketawa di China. Sister Feng adalah seorang juruwang di sebuah pasar raya di Shanghai, China. Dia berasal dari keluarga miskin dan berpendidikan biasa saja, namun rasa percaya diri serta semangatnya luar biasa.

Sister Feng menjadi terkenal selepas dia mengedarkan risalah mencari jodoh. Tidak tanggung-tanggung, dia mensyaratkan lelaki lulusan universiti terkenal, kacak, tinggi dan syarat lain. Dia menjadi berita nasional setelah seorang reporter memberitakannya. Berita sensasi ini lantas membuat banyak orang mencebik dan mentertawakan Sister Feng yang dianggap berwajah biasa saja.


Selepas diberitakan, Sister Feng justru mendapat seorang teman lelaki yang sangat kacak, seorang mahasiswa dari Universiti terkenal. Setelah mereka memperkenalkan diri, tak lama kemudian Sister Feng memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Jangan salah, bahkan ada seorang lelaki kaya yang mengajak Sister Feng jadi kekasihnya semasa sambutan hari Valentine, namun lelaki itu gagal.

Dengan nasib baik yang belaku pada Sister Feng dan banyaknya lelaki kacak kaya yang mendekatinya, wanita ini semakin jadi bahan ejekan. Sehingga beredar kabar angin kononnya Sister Feng akan melakukan pembedahan plastik, hingga ada orang-orang mengedit fotonya. Namun hingga kini, tidak ada perubahan di wajah Sister Feng, entah berita itu benar atau sekadar sensasi belaka.

Akhirnya memilih tinggal di Amerika SyarikatTahu bahawa dirinya dibenci di China, Sister Feng mengadu nasib di Amerika Syarikat. Dia belajar bahasa Inggeris tanpa menyerah. Menurut berita terkini, Sister Feng bekerja di salah satu salon kuku di bandar Brooklyn. Di sana, Sister Feng kembali menebar risalah mencari jodoh, namun kali ini dia tidak mahu berpasangan dengan lelaki Asia.


" Saya dibenci di China , namun saya tidak mahu orang - orang di sini membenci saya juga , " ujar Sister Feng . " Amerika adalah tempat di mana orang boleh berjaya . Saya ingin membuat sebuah kerjaya kecil di sini , dan membangunkan lebih besar , " katanya dengan optimis .

Walau sudah meninggalkan China dan mempunyai kehidupan yang lebih baik di Amerika Syarikat , Sister Feng tetap mempunyai peminat .


" Sebagai wanita , saya ingin berjaya dan berkahwin . Berkahwin dan mempunyai anak adalah kebahagiaan terbesar , " ujar Sister Feng .Itulah sekilas kehidupan seorang ang bernama Sister Feng . Dari seorang juruwang di Shanghai , menjadi terkenal namun dibenci , kemudian berjaya melalui kehidupan yang baru di Amerika Syarikat . Sebuah perjuangan yang memelukan keberanian , semangat dan kepercayaan diri yang  tinggi . Fizikal hanya sebuah penilaian kecantikan dari luar , namun di sebalik itu semua, cantik adalah seberapa besar rasa cinta anda pada diri sendiri .




Read More