Sunday, 25 January 2015

Hormatilah maruah insan lain – Dato’ Siti

Tak sangka tindakan anggota polis yang menyuruh Zamani menyanyi sambil tangannya bergari dan kemudian menyebarkan video tersebut mendapat perhatian ramai rakan selebriti.

Kebanyakannya membantah dan menganggap perbuatan tersebut sebagai mengaibkan Zamani sekaligus menjatuhkan air muka penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang tersebut.


Hormatilah maruah insan lain – Dato’ Siti

Tapi apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah keprihatinan Dato’ Siti Nurhaliza terhadap perkara itu. Menerusi Instagramnya semalam, Siti berkongsi semula foto yang dimuat naik oleh kakak ipar merangkap pengurusnya sambil menulis caption “Hormatilah maruah insan lain”.

Mungkin adik-adik yang baru mengambil pusing tentang industri hiburan tempatan kurang faham signifikasi antara Siti dan Zamani. Tapi sekadar mengimbas kembali, kedua-dua penyanyi ini pernah digosipkan bercinta sewaktu zaman kegemilangan mereka.


Dan selepas ‘banyak’ tahun berlalu, Siti pun dah bergelar isteri kepada Datuk K. Jadi rasanya tak ada masalah untuk Siti turut sama prihatin dengan dengan kejadian menimpa seseorang yang pernah dikenalinya dulu.

Sumber : http://www.ohbulan.com/dato-siti-nurhaliza-mohon-hormat-maruah-zamani/
Read More

Wednesday, 21 January 2015

Tampil Jelas Keadaan Sebenar Isu Aksi Sumbang Dalam Kereta!

#Penyanyi Ainan Tasneem, 23, menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.

Bercakap kepada mStar online, pemilik nama sebenar Ainan Tasneem Ridzuan ini berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata," katanya.


Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka 'bermesra-mesraan' hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesra' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal," katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

"Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah," jelasnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.

"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu," ujarnyayang kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.

Dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.

sumber : mStar online
Read More

Wednesday, 10 September 2014

Apple lancar jam pintar, iPhone 6

Cupertino (Amerika Syarikat): Apple Inc mengejutkan penggemar teknologi seluruh dunia hari ini dengan melancarkan jam tangan pintar yang dikenali sebagai Apple Watch, peranti boleh pakai yang menjadikan produk pertama kategori baru sejak melancarkan iPad pada tahun 2010.

Ia menjadi langkah besar Apple kerana masih ramai mempersoalkan kredibiliti syarikat berkenaan selepas kematian pengasas bersama Steve Jobs pada 2011. Perlancaran yang dibuat secara langsung itu menunjukkan iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai skrin yang lebih besar serta ciri terbaru seperti mod tontonan mendatar yang cukup sesuai dengan saiz skrin yang diperkenalkan Apple.

IPhone 6 mempunyai skrin berukuran 4.7 inci, manakala iPhone 6 Plus 5.5 inci. Dalam pada itu, pembina aplikasi akan dapat mereka bentuk app yang boleh dilihat secara berbeza apabila telefon dipegang secara mendatar.Apple juga memperkenalkan sistem baru bagi menggunakan telefon untuk membuat pembayaran kad kredit di kedai-kedai yang terpilih.




Bagi Apple, iPhone yang menjadi sumber utama keuntungan syarikat itu dapat membantu bersaing dengan peranti Android.Resolusi skrin model 6 Plus jauh lebih tajam daripada iPhone sebelumnya iaitu 401 piksel per inci dan bukannya 326.

Telefon pintar baru ini tidak sebesar telefon terkini keluaran Samsung iaitu 5.1 inci Galaxy S5 dan 5.7 inci Note 4, namun produk terbaru ini dijangka dapat mengimbangi produk-produk Android yang lain. Apple berkata, iPhone 6 dan 6 Plus lebih pantas dan mempunyai hayat bateri yang lebih baik daripada model sebelumnya.

Telefon pintar ini juga mempunyai sensor baru iaitu barometer, bagi menganggarkan berapa banyak yang anda memanjat tangga, bukan sekadar sejauh mana anda telah berjalan atau berlari.

Apple masih mengekalkan resolusi kamera pada 8 mega piksel, manakala saingan Android dan Windows telefon telah meningkatkan jumlah piksel berbanding iPhone.

Walau bagaimanapun, kiraan mega piksel bukanlah satu faktor dalam mengambil gambar yang baik.

Apple berkata, sensor baru yang direka semula dapat mengambil gambar yang lebih baik berbanding iPhone sebelum ini.

Apple juga meningkatkan ciri video gerak perlahan dengan 240 frame sesaat, dua kali ganda apa yang ada di iPhone 5s tahun lalu.

Telefon baru ini mula dijual di Amerika Syarikat pada 19 September, dengan pesanan awal bermula Jumaat ini.Berkenaan dengan harga pula, ia sama dengan iPhone sebelum ini iaitu RM640 dengan kontrak dua tahun bagi model iPhone 6 dengan memori dalaman 16gb bagi pasaran Amerika Syarikat.

Manakala untuk memori dalaman 64gb berharga RM960 dan RM1,280 bagi 128gb. iPhone 6 Plus pula ditambah RM320 iaitu RM960 bagi 16gb, RM1,280 bagi 64gb dan RM1,600 bagi 128gb.Walau bagaimanapun, harga bagi pasaran di Malaysia masih belum diketahui umum.

Suasana tiba-tiba menjadi riuh dengan tepukan penonton selepas Tim Cook mengumumkan peranti boleh pakai iaitu Apple Watch.Kebanyakan interaksi antara muka dilakukan menerusi butang dail pada jam tangan pintar itu.Ia dapat digunakan untuk mengezum dekat atau jauh bagi aplikasi peta dan gambar, supaya pemakai tidak terganggu jika mencubit masuk dan keluar untuk zum.

Difahamkan, jam tangan pintar ini akan hadir dalam pelbagai gaya dan tali dengan pilihan dua saiz.

Walaupun banyak perhatian tertumpu kepada peranti terbaru, sistem operasi yang bakal menjana iPhone baru ini juga dikemas kini kepada iOS8 dan pengguna iPhone 5 ke atas akan dapat memuat turun pada 17 September ini.Apple Inc mula meperkenalkan iPhone generasi pertama pada 29 Jun 2007 yang hanya menggunakan rangkaian 2G dan sistem operasi iPhone OS 1.0.

Semenjak kemunculan produk ini, mendiang Steve Jobs yang juga CEO Apple pada ketika itu membuat revolusi terhadap produk telefon pintar sekaligus memberi impak yang besar kepada pengguna.

Saban tahun, Apple memperkenalkan iPhone 3G pada Jun 2008 diikuti iPhone 3Gs pada Jun 2009, iPhone 4 pada Jun 2010, iPhone 4s pada Oktober 2011, iPhone 5 pada September 2012 dan dua iPhone iaitu iPhone 5s dan 5c pada September 2013.

Sekalipun legasi Apple bertukar tangan kepada Tim Cook sebagai CEO yang baru selepas kematian Steve Jobs, rata-rata penggemar teknologi tetap berpuas hati dengan produk yang dihasilkan syarikat berkenaan. - Hmetro
Read More

Tuesday, 9 September 2014

Koleksi Gambar Rozita Che Wan Semasa Belasan Tahun Dan Remaja

#Mesti anda tidak pernah melihat gambar Rozita Che Wan ketika muda, beliau merupakan bekas pramugari dan model sebelum bergelar pelakon popular.

#Kini Rozita Che Wan telahpun bergelar usahawan selain mempunyai syarikat produksi penerbitan. Rancangan pertama yg meletup tentulah program Resepi Memikat Suami yg disiarkan pada bulan Ramadhan 2014 dan mendapat sambutan baik.



Sebelum berkahwin dengan Zain Saidin, Che Ta pernah berkahwin dengan juruterbang MAS dan mempunyai 2 orang anak. Ketika zaman remaja, Rozita sememangnya seorang yg cantik dan jelita. Beliau juga ada menyertai pertandingan Dwi Remaja.

Beberapa keping gambar Rozita Che Wan di zaman muda remajanya, fuh memang cantik rupanya Rozita nie. Mungkin ramai yang tergila-gilakan Rozita waktu muda. Layan










Read More

Artis Bertudung Tanggal Hijab, Seksi Selepas Bercerai

Kalau tak salah, penampilan terakhirnya manis berselendang. Walaupun tidak bertutup penuh, ramai memuji perubahan positif itu, sesuai dengan statusnya bersuamikan VIP.

Bagaimanapun, dia kini tampil berani menggayakan baju menampakkan bahagian tidak sepatutnya dan diletakkan sebagai gambar profil laman sosial miliknya.


Begitu juga gayanya jika keluar bertemu rakan di luar. Lari jauh dari imej yang dipaparkan selepas berumah tangga.

Mungkin itu caranya meluahkan rasa hati. Yelah, bila sedih, macam-macam boleh jadi. Ada yang reda dengan ketentuan takdir, tetapi ramai juga yang sukar menerima ujian yang hadir lalu hanyut dalam perasaan sendiri.

Kata sumber rapat pelakon ini, barangkali sampai masanya pelakon ini muhasabah diri. Apabila mengambil hak orang lain, dia sewajarnya bersedia berdepan miliknya diambil orang.

Walaupun pedih, dia kena terima seadanya sepertimana madunya sebelum ini. Apapun alasan perubahan pelakon ini, harap dia tenang dan tabah.

Benar, wanita mana yang sanggup berkongsi, tetapi jangan terlalu diikutkan amarah hingga melakukan perkara yang mengundang fitnah mata yang memandang.

Sumber : Blogger
Read More

Adakah Ini Video Detik MH17 Ditembak Jatuh?

Sebuah video kini viral di media sosial memaparkan sebuah pesawat terbakar dan terhempas. Menurut pemuat naik video tersebut, video berdurasi 00:38 saat itu disyaki video penembakan pesawat MH17.

Walaubagaimanapun, kesahihan video tersebut masih tidak dapat dipastikan. Apapun kita tunggu laporan siasatan dari pihak berwajib.


Adakah ini video yg digembar-gemburkan tentang penembakan pesawat mh17? Anda tengok dan anda nilai sendiri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Read More

Monday, 8 September 2014

Hiburan: Gambar terkini Lana Nordin terbaring di kapal

Baru-baru ini, Pamela Anderson Malaysia, Lana Nordin terpalit dalam satu kontroversi hebat ekoran beberapa keping gambarnya menyeksi di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur menjadi viral di laman sosial.

Gambar-gambar tersebut kemudian tersebar di laman-laman blog hiburan sehingga mencetuskan perbalahan di kalangan peminat dan hater pelakon itu.



Menurut sumber, ia telah bukan dimuatnaik di laman sosial Lana tetapi melalui laman facebook kawan rapatnya yang enggan didedahkan identiti. Begitupun, individu terbabit sudah meminta maaf dan menjelaskan bahawa semua gambar yang dikongsikannya ialah gambar lama.

Kini, nama Lana kembali sensasi di persada hiburan manakala laman Instagram peribadinya semakin menjadi tumpuan orang ramai. Apakata layan beberapa keping foto terkini Lana di sebuah kapal yang amat menakjubkan.





Read More

Selepas ini no komen bab cinta - Hans Isaac

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali cintanya dengan selebriti putus di tengah jalan, aktor yang juga pemilik syarikat Tall Order Productions Sdn Bhd, Hans Isaac mengambil pendekatan untuk tidak lagi berkongsi mengenai perihal cinta.

Hal itu dibangkitkan beliau di halaman Twitter miliknya di bawah nama akaun @hansisaacactor semalam. Ia rentetan artikel gosip yang ditulis di sebuah akhbar.

"Mula hari ini kalau saya ditanya mengenai cinta serta hidup peribadi saya. Jawapan saya ialah No Comment !," katanya yang kali terakhir menjalinkan hubungan dengan Neelofa.


BH Online sempat menghantar mesej kepada Hans menerusi aplikasi Whatsapp. Hans sempat membalas tetapi beliau mengakui cukup sibuk kerana malam ini pratonton teater Supermokh Sebuah Muzikal Restaging akan dilakukan kepada rakan media.

Teater ini diperkasakan lagi dengan kerjasama Jugra Publication Sdn Bhd dan Istana Budaya. Hans turut bergandingan dengan Harith Iskander sebagai pengarah bersama. Malah, barisan pelakon lain turut menjayakan teater ini ialah Rashidi Ishak, Douglas Lim, Dina Nadzir, Radhi Khalid, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kun.

Supermokh Sebuah Muzikal Restaging mengangkat kisah hidup legenda pemain bola sepak negara yang juga ikon kesayangan Malaysia iaitu Mokhtar Dahari. Pada era 80-an, nama Mokhtar berada di puncak kegemilangan apabila Allahyarham menjadi pemain bola sepak yang digeruni kerana kelincahan dan kemampuannya menjaringkan gol.

Teater ini kembali lagi atas permintaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan bakal dipentaskan bermula 8 hingga 21 September depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Kepada penonton yang ingin menyaksikan teater ini, dapatkan tiket di kaunter box office Istana Budaya atau menerusi atas talian di Hyperlink www.ticket2u.biz. -BH
Read More

Artis : Pakaian Sendat Rebecca Nur Islam Dikritik Lagi!

KL, 2 SEPT 2014: Jika sebelum ini aktres Rebecca Nur Islam pernah dikritik ketika berpakaian sendat dan menjolok mata, yang mana  sehingga menampakan bentuk bahagian yang tidak sepatutnya sehingga disamakan dengan kartun Teletubbies, tapi kali ini ia seolah-olah telah berulang lagi.



Kali ini pakaian Rebecca dikritik lagi semuanya gara-gara sekeping foto yang dimuat naik kelaman sosial Instagram yang menampakan  pelakon ini sekali lagi berpakaian sendat apabila mengenakan legging.

Ramai daripada peminatt dan pengikutnya kurang senang dengan pakaian Rebecca itu dan terus memberikan komen-komen negatif sekaligus mengkritik.

Berikut merupakan foto dan komen-komen berkenaan:



 Murai Batu pun tak tahu nak kata bagaimana, mungkin Rebecca belum belajar dari kesilapan lalu atau mungkin dia terlepas pandang. Apa-apa pun mari kita doakan yang terbaik buat Rebecca.

Sumber Asal : Murai
Read More

Artis : Selepas EunB, Rise (Ladies Code) Pula Meninggal Dunia

ANGGOTA kumpulan Ladies Code iaitu Rise disahkan meninggal dunia pada Ahad selepas empat hari dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dibahagian kepalanya akibat kemalangan ngeri pada minggu lalu.

Soompi melaporkan Rise, 23, gagal bertahan dan memberi respon positif terhadap rawatan yang diterimanya sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi waktu di Korea Selatan.



Terdahulu peminat dikejutkan dengan kematian EunB daripada kumpulan sama selepas van yang mereka naiki mereka pada 3 September lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

EunB meninggal dunia ditempat kejadian sementara empat anggota lain mengalami kecederaan termasuk Rise yang parah.

"Biarpun sudah menjalani pembedahan namun kecederaan serius pada bahagian kepala Rise membuatkan dia tidak dapat bertahan."Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu kepada media.

EunB meninggal dunia ditempat kejadian.

Dalam pada itu, keluarga dan kenalan terdekat berada disamping Rise sebelum mendiang meninggal dunia.

Bagaimanapun pihak pengurusan Rise tidak dapat mengesahkan buat masa ini lokasi pengebumian akan dilakukan.

"Kami kehilangan dua anggota Ladies Code dan ia masa yang sukar buat kami," katanya lagi. Lapor Mstar
Read More

Video Pasangan Diseksa Dan Pakaiannya Dibuka Ustaz Jadi Viral

Sedih dan tidak keperimanusiaan!! itulah yang dapat dikatakan apabila pasangan ini dikatakan telah kantoi ketika khalwat dicekup oleh penduduk setempat.

Dalam video tersebut pasangan ini diseksa dan dimalukan sudahlah ditangkap rambut mereka digunting tak cukp dengan itu dipaksa pula buka baju.




Kepada anda yang melihat video ini jadikan ia sebagai pengajaran pastikan anda tidak membuat maksiat jika tidak mungkin anda juga jadi mangsa seperti pasangan ini.

Kepada pasangan ini semoga anda insaf dan buatlah laporan polis semoga ustaz-ustaz yang meraba dan meyeksa anda dapat hukuman setimpalnya silakan share sebagai peringatan bersama.

Sumber Asal : Blog
Read More

Operasi nombor pendaftaran, 'strobe light' 1 Okt

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan di seluruh negara secara berperingkat mulai 1 Oktober depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkat pertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 November.

"Operasi itu akan melibatkan anggota penguatkuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluarkan notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul.

Katanya sepanjang operasi peringkat pertama, anggotanya akan mengedarkan risalah spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditetapkan di bawah kaedah 6 Kaedah-kaedah kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Ismail berkata pemeriksaan melalui sekatan jalan raya dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat pertama tidak akan dikenakan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan.

"Mereka akan diberikan surat peringatan supaya nombor pendaftaran yang dipamer ditukar kepada nombor pendaftaran yang mengikut peraturan," katanya.  

Bagaimanapun mulai 1 November, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM300.

JPJ juga akan meminta pemilik kenderaan melucut 'strobe light' dari kenderaan mereka.

Beliau berkata JPJ juga telah meningkatkan operasi penguatkuasaan khas bagi kenderaan barangan yang lebih muatan dan membawa barangan yang berbahaya dalam skala besar. - Bernama
Read More

Saturday, 6 September 2014

Inilah Wajah Awek Cun Bawak 200KM Sejam Kereta

Bagi kaum Adam yang suka memandu laju dapat bawa kereta lebih 180km/jam dah boleh dikira satu kebanggaan.

Tapi kalau dah bawa sampai 200km lepas tu yang memandu pula seorang awek cun apa perasaan anda?Berdasarkan komen di sebuah laman sosial di mana video ini dikongsikan kami mendapati ramai lelaki menyembunyikan rasa tercabar dengan tiba-tiba mengaku pemandu tersebut adalah awek mereka.


Tak dapat dipastikan jenis kenderaan digunakan namun pemanduan laju hingga melanggar undang-undang ini dipercayai dilakukan ketika melalui Jambatan Pulau Pinang.

Walau pun sebilangan orang mungkin berasakan tindakan awek ini cool, ia sebenarnya bukan sahaja boleh membuatkan pelakunya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa tapi juga membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Jadi jangan ada yang terfikir nak pandu laju dan rakam video macam awek ni jugak pada masa depan  ok? -MYNEWSHUB

Read More

Gosip ,Video & Gambar Menarik - Pakwe Baru Abby Abadi ?

Gagal dua kali bukan bererti gagal selamanya! Mungkin kata-kata ini ada benarnya buat Abby Abadi yang digosipkan mempunyai 'pakwe' baru selepas bercerai dengan Farhan baru-baru ini.

Malah beberapa komen di laman sosial oleh rakan baik Abby bagaikan mengiyakan gosip tersebut. Jika benar, kita juga tumpang gembira dengan perkembangan tersebut. Ialah, sekurang-kurangnya Abby tidak sendirian lagi.


Untuk makluman, jejaka yang dimaksudkan itu bernama Ustaz Khairul Azli. Nampaknya, handsome juga pilihan Abby kali ini... bagaikan bekas suaminya yang terdahulu. Heh.

Jika benar, tahniah diucapkan!






Sumber Asal : Myartis
Read More

Video adik Neelofa berseluar pendek paras peha kebasahan

Adik kepada pengacara dan pelakon terkenal Neelofa, Ameera telah terjebak dengan satu sindrom yang kini sedang viral di laman sosial iaitu Ice Bucket Challenge.


Menerusi video di bawah, adik Neelofa hanya memakai seluar pendek sehingga menampakkan dengan jelas pehanya. Katak Comel berharap Neelofa boleh sedekahkan jubah abaya miliknya buat adiknya itu. -Katak Comel


Link Video -> Disini

Read More

Friday, 5 September 2014

Gambar: Mislina ‘Gelandangan’ Sudah Terlalu Jauh

Nak ikutkan Mislina Mustaffa bukanlah pelakon yang terkenal sangat di Malaysia ini melainkan diingati kerana bergiat dalam teater, pernah muncul dalam beberapa naskhah arwah Yasmin Ahmad dan berlakon dalam filem adaptasi kehidupan Zaiton Sameon yang gagal memuaskan hati produsernya hingga dibuat semula.


Kebanyakan kisah Mislina yang terbit di media pun lebih ke arah memperkatakan tentang kehidupan peribadinya yang ‘lain’ daripada orang lain.

Berbeza dengan kebanyakan wanita biasa apatah lagi jika diperincikan kepada wanita timur berbangsa Melayu beragama Islam, Mislina memilih kebebasan menghirup udara tanpa batasan di dunia ini termasuk menggunakan alasan projek hidup secara gelandangan (going homeless by choice).

Sejak dulu dia tidak kekok memperlihatkan sisi hidupnya yang jelas terpesong dari norma agama yang dilahirkan bersamanya dari segi pakaian dan gaya hidup.Terbaru, Mislina berkongsi gambarnya ketika mengunjungi Cuba pada 27 Julai hingga 21 Ogos 2014 lalu termasuk kenangan dia berbikini sambil menikmati keindahan pantai bersama teman lelaki.



Terbaru, Mislina berkongsi gambarnya ketika mengunjungi Cuba pada 27 Julai hingga 21 Ogos 2014 lalu termasuk kenangan dia berbikini sambil menikmati keindahan pantai bersama teman lelaki.



Erm, nampaknya lengan Mislina pun dah ada ‘barcode’ sekarang…



Gambar ini membuatkan beberapa saudara seagama Mislina di tanah air cuba menyedarkan dirinya di ruangan komen termasuk menerusi sindiran pedas.


Setakat ini tiada respon daripada Mislina untuk menjawab komen-komen tersebut biar pun ada rakan terapat dilihat membela dirinya.

Bak kata pepatah kita boleh heret kuda ke sungai namun tak mampu memaksa dia minum maka samalah halnya dengan kes Mislina ni kot.

Kalau dia tak mahu mencari akar diri dengan agama maka kekallah dia dengan pendirian dan gaya hidup tak seragam dengan Islam ini melainkan Allah turunkan hidayah padanya.



Read More

Pelajar Tahfiz Dedah diliwat guru 3 kali , RM80 Untuk Tutup Mulut

IPOH – Harapkan pagar, pagar makan padi. Pelajar sepatutnya ke sekolah menuntut ilmu dengan bimbingan guru namun berlaku sebaliknya.Guru yang diharap mencurah ilmu menjadikan pelajar tempat melampias nafsu.

Itu yang berlaku kepada seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Taiping mendakwa diIiwat seorang daripada guru dalam tiga kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.


Dalam tiga kejadian berasingan itu, seorang guru berusia 23 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan keji itu terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah bilik tidur dan asrama pusat tahfiz berkenaan pada jam 1.30 pagi, 6.30 pagi dan 3.30 petang.

Dalam kejadian pertama, Julai lalu, guru berkenaan dikatakan telah menahan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke surau, sebelum dibawa ke bilik tidurnya.

Sumber memberitahu Sinar Harian, guru berkenaan mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum melakukan aktiviti luar tabii sebelum menyerahkan RM80 sebagai wang sogokan agar merahsiakan hal itu.

“Kejadian kedua dan ketiga berlaku pada Ogos lalu dan mangsa cuba melawan, namun diugut pukul.

"Pelajar berkenaan membuat laporan polis,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan yang dibuat, 1 September lalu dan berdasarkan pemeriksaan awal doktor, tiada kecederaan akibat diIiwat dikesan pada mangsa.

“Buat masa ini, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. -Siakap Keli
Read More

4 Gambar - Hebatnya Bilik Air Sheila Rusly

Gambar menarik apabila Sharifah Shahirah berkongsi gambar bilik air Sheila Rusly yang sememangnya lain daripada yang lain. Siap ada air pancur daripada atas ibarat hujan. Memang kelas gitu!



Malah kalau melawat rumah Sheila yang tersergam indah, ia boleh diibaratkan sebagai rumah idaman ramai pihak. Iyalah... setelah bekerja keras sebagai pelakon, pengacara dan penerbit, pastinya Sheila kini boleh menarik nafas lega dengan hasil pencapaiannya.

Read more: http://www.myartis.com/2014/08/4-gambar-hebatnya-bilik-air-sheila-rusly.html#ixzz3CQBtpZrJ




Sumber-Myartis.com
Read More

Artis : Awal & Scha Dedah Wajah Penuh Lara Alana

Akhirnya dapat juga peminat semua melihat wajah penuh puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni! Yelah kan, sebelum ni asyik dapat ‘teaser’ je.

Malah, Awal juga dah mendedahkan full name si comel itu. Bukanlah Lara Lodin seperti yang diwar-warkan sebelum ini, tetapi Lara Alana.


Peminat pun apa lagi! Overexcited la bila dah nampak wajah Lara Alana yang memang great A comelnya. Ada yang cakap lebih kepada muka Awal. Tapi tetap sweet macam Scha. Ha… Jom tengok sini!

Siapa rasa si Lara Alana ni tak comel boleh dah buat pembedahan mata. Hehe… Setakat ni, foto yang dimuat naik oleh Awal & Scha ini mendapat total lebih 23 ribu like di kedua-dua laman Instagram mereka.


Maka, terungkailah sudah semua pertanyaan di minda para peminat sekaligus menidakkan dakwaan haters yang mendakwa bahawa mereka enggan menayang foto anak mereka kerana si cilik tu tak comel. Pandai-pandai je korang ni!

Kami percaya, lepas ni mesti lagi banyak foto Lara Alana akan dikongsikan oleh Awal dan Scha. So, rajin-rajinlah jengan laman Instagram mereka ya! - Ohbulan
Read More

Artis :Bimbang anak terikut gaya hidup bekas isteri

SHAH ALAM - Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini dia bimbang anaknya, Zahra Rania Shanley, 2, akan terikut dengan gaya hidup bekas isterinya yang terlalu gemarkan hiburan.

Jimmy Shanley juga bimbang anaknya juga tidak akan terdidik dengan baik oleh plaintif, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 28.

Menurutnya, dia turut bimbang dengan kesihatan anaknya terjejas kerana bekas isterinya didakwa merokok.


“Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam,” katanya.

Beliau selaku defendan berkata demikian menerusi afidavit keterangan ketika perbicaraan kes untuk mengetepikan perintah hak untuk bermalam dengan anaknya, Zahra Rania Shanley, yang dikemukakan bekas isterinya.

Jimmy juga tidak bersetuju dengan bekas isterinya yang menawarkan hak bermalam apabila anak itu mencapai umur tujuh tahun.

“Jika hak itu dihalang, saya khuatir jika hubungan anak dengan saya selaku bapanya menjadi renggang,” katanya.

Menurutnya, dia bimbang sekiranya Zahra Rania Shanley membesar dan dimanjakan dengan kemewahan.

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas  20 hari pernikahan mereka atas alasan tiada persefahaman.Pasangan itu kemudian sah bercerai pada Oktober 2012. -Sinar Harian
Read More