Friday, 8 August 2014

Artis: Dayana Isteri Pertama Ashraf Muslim Kini Mengandung?

Dayana Isteri Pertama Ashraf Muslim Kini Mengandung? | Antara benar atau tidak, menerusi gambar di laman instagram milik isteri pertama kepada Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman, satu status terkini telah membuatkan ramai yang tertanya samada Dayana cuba menyatakan berita gembira walaupun masih kurang pasti kesahihannya.



Status berkenaan dikongsi bersama gambar ketika Dayana dan Ashraf Muslim ke Mekah untuk menunaikan umrah 3 tahun lalu sebelum ketibaan Aidilfitri.

 "Selamat tinggal Ramadhan =( Ya Allah..Izinkan kami bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah.. #Happy3rdAniversarysayang #satusyawal #throwbacktigatahunlepas Tq sayang @ashrafmuslim for being there through thick and thin.. Tq @wansakinah for understanding me n being the best ibu for Sarah Ashraf Tq ayah ,mak, mertua and my siblings for supporting me all this while..love u guys soo much.. Doakan Sarah Ashraf dapat adik baru tahun ni..InsyaAllah..amiin.. Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.."

Mungkin status tersebut hanyalah sebagai doa dan harapan Dayana untuk menimang cahayamata sendiri. Kalau diamati gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Diyana, kemesraan dan kasih sayang yang diberikan kepada Sarah Ashraf benar-benar membuktikan yang mereka semakin bahagia dan gembira.

Yang menarik dan menyentuh perasaan, gambar yang dimuatnaik oleh Dayana dilihat sedang mendukung bayi Sarah Ashraf dengan status: “Raya ke-3 beraya di melaka.. melepaskan rindu dekat sarah ashraf with @wansakinah @ashrafmuslim”


Insyallah, jikalau ada rezeki, dan doa yang tak putus-putus dari keluarga, sahabat dan sesiapa yang mengikuti perkembangan keluarga Ashraf Muslim, impian Dayana sekeluarga bakal termakbul dan bolehlah dikongsikan dengan kami semua. Pasti ramai yang tak sabar untuk mendengar berita tersebut.  Amin.

Read More

Artis: Julia Ziegler Dedah Punca sebenar Mengamuk Di Instagram

PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler memberitahu dia benar-benar berang sehingga mengeluarkan kata-kata kesat di laman Instagram minggu lalu kerana berasa dipermainkan oleh seorang lelaki yang menggunakan wang dan kedudukkan untuk memperdayakan wanita.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap individu tersebut yang cuba menggunakan kemewahan untuk mendekatinya dengan lebih rapat.



"Saya muat naik gambar lelaki tersebut kerana saya rasa terlalu geram dengan apa yang telah dia lakukan. Dia bukan teman lelaki saya. Jangan salah faham! Kami hanya berkawan sahaja, cuma ada perkara yang dia lakukan membuatkan saya betul-betul marah.

"Saya malas nak panjangkan cerita itu, cukuplah sekadar memberitahu agar orang lain tidak mudah terpedaya dengan lelaki tersebut yang menggunakan harta kekayaannya untuk memperdaya wanita," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.



Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status-statusnya di laman sosialFacebook dan gambar-gambar beberapa orang lelaki dengan kapsyen yang menggambarkan lelaki tersebut sebagai 'buaya darat' yang dimuat naik diInstagram miliknya pada minggu lalu.

Bagaimanapun beberapa mesej berkenaan telah pun dipadamkan.

Tambah Julia, perkara tersebut turut membuatkan dia bertindak di luar kawalan hingga menulis kata-kata agak kasar dan kesat pada kapsyen-kapsyen gambar yang dimuat naik.

"Ramai yang tegur tentang perkara itu, malah ayah saya juga bertanya mengapa saya buat begitu, tetapi ketika itu saya hilang kawalan dan melepaskan geram itu di laman sosial.

"Namun saya tahu kalau tegur mereka di laman sosial seperti itu bukan berfaedah pun, lagi menimbulkan kekecohan," katanya.

Sementara itu, diminta mengulas tentang gambar daripada mesej aplikasi Whasapp yang dimuat naik pada malam Khamis tentang pendedahannya terhadap seorang lelaki yang membuat pelbagai tawaran lumayan kepadanya, Julia berkata, dia seringkali didekati oleh individu seperti itu.



Katanya, perkara tersebut turut membuatkan dia menukar persepsi terhadap lelaki yang kebanyakkanya mendekati wanita atas kepentingan dan tujuan tertentu.

"Saya serik dan tidak mempercayai lelaki buat masa ini, saya pun tidak tahu akhir-akhir ini seringkali didatangi lelaki-lelaki yang tidak berguna sahaja.

"Baru-baru ini juga ada yang menawarkan saya untuk jadi duta produk dan saya tidak layan sehingga dia tawarkan untuk beri saya beg berjenama jika saya mahu keluar dengannya.

"Perkara tersebut sangat keji dan menjengkelkan kerana mereka fikir wang ringgit itu boleh beli semua perempuan," katanya.--mStar
Read More

MH17 : Mangsa Pertama Berjaya Dikenalpasti

PETALING JAYA: Tiga minggu selepas pesawat MH17 ditembak jatuh, identiti seorang rakyat Malaysia berjaya dikenalpasti, menurut sumber.

Elaine Teoh, 27, yang berasal dari Pulau Pinang, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang berjaya dikenalpasti oleh pakar forensik di Belanda.



Alumni Universiti Melbourne  berkata identiti mangsa berjaya dikenalpasti dalam tempoh dua dan empat hari lalu.

Pihak polis telah menghantar wakil untuk memaklumkan kepada keluarga Teoh untuk pengesahan.

Difahamkan teman lelaki mangsa Emiel Mahler, 27, yang bersama-sama dengan Teoh dalam pesawat berkenan masih belum dapat dikenalpasti sehingga kini.

Teoh dan Mahler sedang bekerja dalam sektor kewangan di Melbourne dalam perjalanan ke Malaysia selepas menikmati percutian mereka di Portugal dan Belanda.

Sebelum ini pernah dilaporkan, teman baik Teoh, Tan Sook Then sepatutnya menjemput pasangan ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Julai.--mStar
Read More

Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin

PETALING JAYA: Tumpuan pengacara dan personaliti TV3, Ally Iskandar terganggu kerana terpaksa meninggalkan isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah Lee yang dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bila-bila masa demi tuntutan tugas.

Ally, 38, berkata, isterinya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dekat sini pada awal pagi Khamis dan dia terpaksa bergegas ke acara pengumuman pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini yang mana dia bertindak sebagai pengacara majlis.



"Sebelum datang ke sini saya menghantar isteri ke hospital terlebih dahulu kerana dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa kerana dia sepatutnya melahirkan anak pertama kami pada 30 Julai lalu.

"Tumpuan saya untuk mengacarakan majlis ini terganggu kerana memikirkan keadaan isteri di hospital dan akan bergegas ke sana selepas selesai acara ini," katanya kepadamStar Online.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia teruja bakal bergelar bapa selepas tiga tahun berkahwin dengan Farah dan berharap kehadiran cahaya mata itu nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Malah kata Ally, kehadiran anak itu nanti akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan ekoran isterinya itu melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan.

"Saya tidak mengenali isteri sebelum kami berkahwin dan biarpun sudah beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini.

"Alhamdulillah sudah dua tahun dia kembali ke tanah air dan kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri selepas ini," katanya.Sementara itu, Ally berkata, Farah sangat memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk dan tidak mengira waktu dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Malah kata Ally, bagi mengelakkan rasa bosan, isterinya itu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah butik pakaian wanita bagi mengisi masa lapang.

"Alhamdulillah nampak dia sangat berminat dalam bidang perniagaan dan sebagai suami saya menyokong keputusannya dan menggalakkan terhadap apa yang dilakukannya," katanya.Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.--mStar

Read More

Thursday, 7 August 2014

Adik mati tersangkut tingkap

Kuala Terengganu: Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun maut selepas lehernya tersangkut pada besi tingkap cermin nako biliknya di Kampung Losong Feri, di sini, jam 3.30 petang tadi.

Ketika kejadian mangsa, Nurliana Mazlan murid tahun 2 Sekolah Kebangsaan Losong, di sini, dipercayai hendak keluar bilik melalui tingkap berkenaan selepas mendapati pintu bilik terkunci.



Usaha mangsa yang juga anak bongsu daripada lima beradik gagal apabila lehernya tersangkut pada besi menyebabkan badan mangsa tergantung pada tingkap berkenaan.

Jiran yang menyedari kejadian itu kemudian berusaha mengeluarkan mangsa sebelum bomba tiba di tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hispital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5.30 petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Badrul Hisham Othman berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan jam 4.14 petang bergegas ke tempat kejadian bersama sembilan anggota dan menghantar mangsa ke hospital selepas itu.--Hmetro
Read More

Artis: Gambar Raya Keluarga Ashraf Cetus Persepsi N egatif

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh sebuah portak hiburan mencetuskan kontroversi dan persepsi negatif orang ramai terhadap pasangan Ashraf Muslim dan dua orang isterinya.

Gambar yang menunjukkan gambar kenangan Hari Raya Ashraf bersama anak sulungnya hasil perkahwinan dengan isteri kedua (kiri) dan disertai oleh isteri pertama (kanan).


Bagi sesetengah dunia hiburan, posisi isteri pertama Ashraf dilihat seperti orang lain yang bergambar bersama artis berdasarkan mimik mukanya yang dianggap sedih. Pendek kata mereka, Ashraf dilihat lebih mesra bersama isteri keduanya berbandingisteri pertama.

Nampaknya ramai pakar psikologi yang tidak bertauliah di facabook yang boleh meramal mood seseorang dengan hanya melihat pada sekeping gambar. Ada pula yang berkata muka isteri pertama terpancar wajah kesedihan.

Sepatutnya kita bersangka baik dan mendoakan hubungan mereka berpanjangan. Tidak salah lelaki nak bermadu walaupun ramai wanita yang tidak mahu. Semoga rumah tangga mereka bahagia sampai ke jannah.[ Sumber ]

Read More