Thursday, 26 June 2014

Alasan Aidil Zafuan paling tidak masuk akal isu gagal jenguk anak ketika sakit

Pemain pertahanan pasukan bolasepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan menafikan tuduhan bekas isterinya, Rita Rudaini yang dia sengaja tidak mahu menjenguk anak-anak sejak berkahwin dua bulan lalu. Katanya, dakwaan terbabit tidak benar dan mempunyai niat tersirat lain yang tidak diketahui.



Pada mulanya. Aidil enggan memberikan respon kepada kenyataan Rita di media baru-baru ini namun disebabkan pelakon itu turut menyentuh perihal isteri barunya, Zarema Zainal, dia terpaksa tampil kepada media untuk menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Aidil, kegagalannya menjenguk anak-anak sejak berkahwin tiada kaitan dengan larangan atau kongkongan dari Zarema. Memandangkan dia kini menetap di Johor Bahru maka mungkin agar sukar bagi Aidil untuk melawat anak jika tiada masa terluang.


Kredit Blog : http://panasartis.blogspot.com
Read More

Aidil Gagal Lagi Hadir ke Mahkamah, Didenda RM300

Petaling Jaya: Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, diperintah membayar RM300 kepada bekas isterinya, Rita Rudaini, selepas gagal hadir prosiding perbicaraan permohonan tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini, semalam.


Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah, memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, yang mewakili Rita selaku plaintif, yang memohon satu kos dikenakan ke atas defendan berikutan ketidakhadiran ke mahkamah kerana berada di Kuching, Sarawak atas urusan kerja.

Perlu beri komitmen

Kegagalan Aidil yang juga pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) untuk hadir juga menyebabkan kes itu yang sepatutnya disambung dengan soal balas peguam plaintif terhadapnya tertangguh.

“Sepatutnya defendan (Aidil) perlu beri komitmen dalam kes ini walaupun ada arahan daripada majikan (untuk menyertai perlawanan bola sepak). Tapi, perlu diingat kehadiran dalam kes ini adalah atas perintah mahkamah.



“Perlawanan bola sepak, malam (malam tadi) dan kes ini siang (semalam), sepatutnya majikan perlu ambil inisiatif untuk sediakan penerbangan lewat bagi membolehkan defendan hadir. Alasan remeh temeh menyebabkan kes tertangguh. Justeru, saya harap defendan dapat berikan komitmen selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zaidi memaklumkan kepada mahkamah pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan soal balas terhadap defendan dan meneruskan kes dengan soal semula peguam defendan terhadap defendan.-Bharian
Read More

Wednesday, 25 June 2014

Susulan Anak Azhar Sulaiman Ditampar 10 Kali

Saya Amin, bapa saudara kepada Andika Rees membuat laporan untuk melaporkan kejadian yang melibatkan seorang cikgu di Sekolah Rendah Bukit Damansara. Pada 22 Jun pada jam 4.30 petang, anak saudara saya bernama Andika Rees telah pulang ke rumah dari kem yang dianjurkan di bawah sekolahnya yang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang dalam keadaan trauma, mengeletar dan menangis. Berikut adalah kenyataannya:


“Pada 21 Jun, jam lebih kurang 2 tengah hari di dalam dewan Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang di mana sekolah saya, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Damansara telah mengadakan kem belajar untuk UPSR. Cikgu bernama Encik Farizal telah mengarahkan semua pelajar untuk berdiri di atas kerusi. Kemudian dia bertempik kepada semua pelajar dan memanggil saya ke depan. Apabila saya ke depan, dia telah memaki saya dan memanggil saya kurang ajar. Saya bertanya kepada cikgu apa yang saya telah buat, dia tidak menjawab tetapi menolak kepala saya di bahagian sebelah kiri dahi dengan kasar. Kemudian dia mara ke depan dengan lebih dekat dan menampar saya kedua belah pipi kiri dan kanan lebih dari 10 kali. Saya takut dan tidak membuat atau berkata apa-apa.

Kemudian dia bertanya apa tugas seorang Pengawas dan saya menjawab disiplin. Kemudian dia menengking disiplin kepala hotak kau. Kemudian dia menumbuk papan putih untuk lebih menakutkan saya.

Saya berasa takut dan ngeri dengan kejadian ini dan tidak dapat berfikir dengan betul. Saya khuatir dan risau saya akan dipukul lagi kerana cikgu tersebut memang ada sejarah memukul pelajar.

Laporan ini dibuat sehari selepas kejadian saya baru pulang dari Kem Sekolah tersebut. Saya tidak mengalami kecederaan tetapi amat traumatise. Saya takut untuk ke sekolah dan bertemu kembali dengan cikgu tersebut dan malu dengan kawan-kawan saya yang telah melihat saya dimaki dan ditampar di hadapan semua pelajar”

Laporan ini dibuat supaya tindakan dapat diambil ke atas cikgu berkenaan dan dapat melindungi anak saudara saya dari kejadian yang tidak diingini.

Sekian laporan saya.


Berikut pula adalah lampiran penuh butir-butir laporan polis yang telah dibuat:


Sumber : SiakapKeli.Com
Read More

Inilah Padahnya Apabila Menyuruh Lelaki Bangang Menebang Pokok

Seorang lelaki memutuskan untuk menebang pokok besar yang berdiri berhampiran rumahnya kerana dia tidak cukup tempat untuk meletak kereta tambahan pula pemandangan dari tingkap dilindung oleh pokok dan daun yang jatuh sentiasa perlu dibersihkan.


Jirannya yang baik hati menawarkan pertolongan untuk menebang pokok itu dan inilah yang terjadi:LOL





Sumber : Link
Read More

Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran Kulkats Barrio Yang Kacak!

Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran  Kulkats Barrio Yang Kacak! - Sebelum ini Gossipanas ada menyiarkan beberapa keping gambar Nabila Huda bersama kekasih barunya namun hanya melalui pandangan sisi sahaja.


Kali ini menerusi portal Astrogempak, sekeping gambar mesra telah dimuat naik oleh Nabila bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Bert. Beliau merupakan seorang jejaka tampan yang juga pemilik restoran terkenal iaitu Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail [TTDI] Damansara.

Jom saksikan dua keping gambar mesra mereka di bawah...


Read More

Jom Lihat 5 Gambar Menarik Don Mustofa, Anak Ustaz Don

Aksi menarik dan terkini Don Mustofa, anak Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Husna Mohd Zahry. Nampaknya, pasangan suami isteri ini makin sibuk dengan karenah anak mereka termasuk melakukan tugas harian sebagai doktor dan penceramah.
Untuk rekod, Don Mustofa lahir di Mesir pada Januari 2014 ketika Husna sedang menuntut di University Cairo, Mesir (Kasr El-Ainy Medical Faculty). 






Sumber : Myartis.com

P/S: Opps! Jika korang menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah ye :)
Read More