Wednesday, 25 June 2014

Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran Kulkats Barrio Yang Kacak!

Wajah Sebenar Bert, Kekasih Baru Nabila Huda Pemilik Restoran  Kulkats Barrio Yang Kacak! - Sebelum ini Gossipanas ada menyiarkan beberapa keping gambar Nabila Huda bersama kekasih barunya namun hanya melalui pandangan sisi sahaja.


Kali ini menerusi portal Astrogempak, sekeping gambar mesra telah dimuat naik oleh Nabila bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Bert. Beliau merupakan seorang jejaka tampan yang juga pemilik restoran terkenal iaitu Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail [TTDI] Damansara.

Jom saksikan dua keping gambar mesra mereka di bawah...


Read More

Jom Lihat 5 Gambar Menarik Don Mustofa, Anak Ustaz Don

Aksi menarik dan terkini Don Mustofa, anak Ustaz Don Daniyal Don Bijayid dan Husna Mohd Zahry. Nampaknya, pasangan suami isteri ini makin sibuk dengan karenah anak mereka termasuk melakukan tugas harian sebagai doktor dan penceramah.
Untuk rekod, Don Mustofa lahir di Mesir pada Januari 2014 ketika Husna sedang menuntut di University Cairo, Mesir (Kasr El-Ainy Medical Faculty). 






Sumber : Myartis.com

P/S: Opps! Jika korang menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah ye :)
Read More

Munir 'PHYNE BALLERZ' Akui Sudah Bercerai Seminggu Lalu

Tiada jodoh! Demikian luahan hati bekas anggota Phyne Ballerz, Munir yang kebelakangan ini aktif dalam lakonan dan lawak. Dia mengakui sudah menceraikan isterinya, Yuhaznimie Yaakob pada 18 Jun 2014 dan sekaligus memfailkan penceraian di Mahkamah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


"Jodoh kami sampai setakat ini sahaja. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama tetapi atas permintaan dia. Dalam perceraian, saya perlu memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah suatu hari nanti. Sekarang bekas isteri masih dalam tempoh edah.

"Sebenarnya sudah setahun kami cuba memperbaiki hubungan ini malah kami juga pernah mengambil pendekatan untuk pergi bercuti bersama. Tetapi akhirnya berpisah juga jalan terbaik untuk kami.

"Awalnya saya terkejut tetapi selepas menjatuhkan talak, hati saya rasa tenang. Ini merupakan pengajaran dalam hidup saya dan ianya adalah ketentuan Allah," ujar Munir dipetik sebagai berkata.

Untuk info, Munir dan Yuhaznimie telah mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2007. Bagaimanapun, perkahwinan selama hampir tujuh tahun itu tidak dikurniakan cahaya mata. -- Myasrtis.com

P/S: Opps! Jika korang menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah ye :)
Read More

Tuesday, 24 June 2014

Pelawak dan Pelakon Munir Sah Cerai Dengan Isteri

Pelakon, penyanyi dan pelawak Munir kini mengesahkan beliau dah pun bercerai dengan isterinya. Munir berkahwin dengan Yuhaznimie Yaakob pada tahun 2007. Sepanjang perkahwinan mereka tidak dikurniakan anak.


Munir akui baru sahaja bercerai dengan Yuhaznimie. Ini kata Munir kepada MediaHiburan:

Pelawak dan Pelakon Munir Sah Cerai Dengan Isteri, hiburan, terkini, info, artis bercerai, sensasi, hangat

"Jodoh kami sampai setakat ini sahaja. Keputusan ini dibuat atas persetujuan bersama tetapi atas permintaan dia. Dalam perceraian, saya perlu memberitahu kepada umum supaya tidak timbul fitnah suatu hari nanti. Sekarang bekas isteri masih dalam tempoh edah.


"Sebenarnya sudah setahun kami cuba memperbaiki hubungan ini malah kami juga pernah mengambil pendekatan untuk pergi bercuti bersama. Tetapi akhirnya berpisah juga jalan terbaik untuk kami.

"Awalnya saya terkejut tetapi selepas menjatuhkan talak, hati saya rasa tenang. Ini merupakan pengajaran dalam hidup saya dan ianya adalah ketentuan Allah.Semoga pasangan ini terus move on dan mendapat kebahagian yang dicari. Sumber

P/S: Opps! Jika korang menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah ye :)
Read More

Gaji bersih Lola Ibu remaja OKU RM1,549.38

Kuala Lumpur: Majikan kepada Lola, 40, ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendakwa wanita terbabit tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya kepada majikan yang mempunyai pelbagai cara untuk membantunya.


Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.

“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Muhammad Firdaus ditemui dalam keadaan menyayat hati terkurung dalam rumah di Flat Semarak, Taman Semarak Nilai, dekat sini, Sabtu lalu.

Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih. Sumber : Harian Metro

P/S: Opps! Jika korang menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah ye :)
Read More

Jom Lihat Gambar Kekasih Nabila Huda Akhirnya Didedah

Umum mengetahui tentang hubungan keluarga Nabila Huda dan Amy Search yang agak kurang baik pada masa ini. Ini kerana selepas ditegur bapanya di laman sosial Instagram, keadaan menjadi semakin tegang apabila Nabila pula mengeluarkan komen di laman sosial Twitter miliknya.


Menerusi komen tersebut, Nabila telah meminta penjelasan daripada bapanya secara terbuka dan dengan beraninya mendakwa Amy telah merosakkan hidupnya lagi. Tidak lama selepas itu Nabila memuat naik dua status yang memohon dirinya diberi ruang ‘bernafas’ kerana sedang bercuti setelah penat berlakon.

Episod tersebut bagaimanapun tidak habis di situ sahaja apabila ada pengguna laman sosial twitter yang sudah mula menyebarkan gambar Nabila dan kekasihnya. Ada juga pengikut Nabila memberitahu lelaki tersebut pemilik restoran Kulkats Barrio di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Damansara, yang dipanggil ‘Bert’.

Sumber : Link

P/S: Opps! Jika korang menyukai artikel ini, jangan lupa tekan butang share di bawah ye :)
Read More