Tuesday, 27 May 2014

Gambar Bentuk Hidung Nasha Aziz Kejutkan Peminat..

Apa dah jadi dengan hidung mancung Nasha Aziz yang dulunya cantik dan menawan?

Walaupun mewarisi hidung mancung dari ayahnya, namun daripada sekeping terkini gambar wajah Nasha yang diambil dari forum.cari.com.my, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena.


Kalau mengikut komen-komen dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, penulis kurang pasti kesahihan dakwaan mereka ini.-----> Sumber
Read More

Mesti Tengok! Terb eliak biji mata tengok Zila Bakarin di ABPBH 2013

Walaupun sudah 2 hari acara gilang-gemilang iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 berlalu, namun, kejutan-kejutan dan kontroversi yang berlaku pada malam tersebut masih lagi menjadi topik hangat pada ketika ini.


Dan tidak terlepas juga bagi pelakon yang membintangi drama Cinta Elysa yang begitu menarik perhatian dengan fesyen yang diperagakan oleh beliau. Aktres yang berusia 39 tahun itu tidak segan memparagakan fesyen yang boleh dikatakan agak seksi dan "hot".Dibawah ada gambar beliau ketika malam ABPBH 2013: [ Sumber ]




Read More

Monday, 26 May 2014

Erra Dan Shahir Bercinta

Walaupun berdolak-dalik pada awalnya, akhirnya juara Akademi Fantasia 8, Shahir mengakui dia kini sedang berkawan dengan bintang jelita Erra Fazira.Kata penyanyi lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ ini, tidak salah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan seperjuangan apatah lagi artis berpengalaman seperti Erra.

“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut," katanya.



Ditemui semasa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, Shahir merasakan Erra adalah sumber rujukan terbaik untuk artis-artis muda sepertinya.

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” ujar penyanyi berusia 26 tahun ini.Kesahihan gosip di antara Shahir dan Erra terus menjadi tanda soal apabila Erra enggan memberi sebarang maklumbalas apabila ditanyakan hlive! pada majlis anugerah itu.

“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," kata Erra.


Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.Terdahulu, Erra atau nama penuhnya Fazira Wan Chek, 40 tahun, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin 39 tahun, sah bercerai dengan talak satu pada Februari lalu. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Engku Aleesya, 5 tahun------ >Sumber
Read More

Misteri sampan berpusing tengah laut terjawab

TANJONG KARANG - Tanda tanya seorang kaki pancing yang terkejut melihat sebuah sampan berpusing tanpa kelibat orang rupa-rupanya membawa berita kehilangan seorang lelaki sejak semalam.

Sinar Harian difahamkan, keadaan sampan yang berpusing-pusing tanpa henti kira-kira lima kilometer dari pesisiran pantai Sungai Kajang, di sini menimbulkan tanda tanya sebelum saksi menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan.

Mangsa, Hasan Ashari Mat Da'ae, 39, dipercayai turun ke laut seorang diri pada Ahad lalu sebelum sampannya ditemui kaki pancing yang lain yang lengkap peralatan memancing dan barangan peribadi seperti telefon bimbit.


Rakan mangsa, Khairi Nordin, 52, berkata, biasanya dia dan Hassan Ashari akan turun ke laut bersama-sama hampir setiap hujung minggu untuk mencari hasil ikan untuk stok makanan mereka sekeluarga.

"Tapi kebetulan masa kejadian, saya tak ikut dan terkejut bila dapat panggilan kawan-kawan yang mengatakan jumpa sampan Hasan tapi tiada kelibatnya. Saya bimbang dia terjatuh sebab sampannya berpusing sampai habis minyak," katanya sebak.

Isteri mangsa, Maifuzah Jaid, 37, berkata, dia tak menyangka panggilan daripada suaminya kira-kira jam 12 tengahari itu rupa-rupanya panggilan terakhir sebelum dia sekeluarga dimaklumkan mengenai kehilangan suaminya di laut.

"Saya betul-betul tak sangka jadi begini sebab masa terima panggilan itu, abang tak cakap apa-apa yang mencurigakan. Tak ada tunjuk kata-kata pelik atau kelakuan yang berbeza seperti sebelum ini," katanya kepada media.- Sinarharian
Read More

Elfira Loy Histeria Dirasuk Selepas Keluar Minum

SEBENARNYA memang penulis susah nak percaya perkara karut-marut, apa­­tah lagi kalau orang berceri­ta nampak hantu jembalang. Bukan apa, bimbang kalau terlalu percaya, nanti jatuh hukum jadi syirik.

Namun, kalau tidak mahu percaya pun tidak boleh juga sebabnya di dalam al-Quran tertulis, selain manusia, Allah turut menjadikan jin sebagai penghuni bumi.

Perkara ghaib ini selalunya dikaitkan dengan jin jahat atau iblis yang cuba merosakkan manusia dan menghasut supaya menjadi sebahagian daripada mereka di neraka nanti.

Jauh pulak penulis berceloteh membuka kata. Bukan nak bersyarah pada hujung ming­gu ini, cuma nak berkongsi satu cerita berkaitan perkara misteri atau dalam zaman sekarang ini orang mengkhususkan ia sebagai aktiviti paranormal.


Perkara aneh dan misteri berlaku kepada pelakon genit dan jelita, Elfira Loy yang didakwa dirasuk dan histeria sewaktu menjalani penggambaran drama di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

 Kisahnya, Elfira bersama dua lagi pelakon, Afiq Muiz dan Mikael Andre keluar minum di kedai mamak selepas selesai penggambaran. Dalam rancak berborak, Mikael berkongsi cerita mengenai pe­ngalaman ngerinya sewaktu menjalani penggambaran filem hantu.

Sewaktu berbual, Elfira dikatakan mula menunjukkan rasa gementar dan takut, tapi Afiq dan Mikael terus berkongsi cerita, jadi banyaklah siri dan sesi cerita hantu diceritakan.

Entah macam mana selepas pulang ke bilik hotel, kecoh Elfira dikatakan mengalami histeria dan menjerit-jerit ketakutan. Perkara itu berlanjutan hinggalah mereka memanggil ustaz berhampiran untuk memulihkannya.

Sebaik sedar, Elfira dikatakan tidak menyedari satu pun perkara yang berlaku kepada­nya dan bertanya mengapa tiba-tiba dia berasakan tubuhnya sangat lemah. Gerun penulis dengar cerita begini.

Dalam bab ini, kita tidak tahu apakah Elfira terbawa-bawa kerana terlalu menghayati kisah hantu diceritakan Afiq dan Mikael atau dia sememangnya lemah semangat sehingga memudahkan entiti makhluk harus merasuk tubuhnya.

Sebabnya, hendak diikut-kan, pelakon cilik itu boleh tahan lasak dan tidak mungkin mengalami kejadian seperti diceritakan.

Mungkin juga perkara hendak berlaku. Tak tahulah penulis kalau Elfira sengaja berlakon konon-konon dirasuk dan histeria sebab hendak kenakan Afiq dan Mikael.

Apapun, kita sebenarnya kena berhati-hati apabila berada di tempat orang.

Hendak cerita hantu pun tengok-tengok juga. Kata orang, kalau kita bercerita, bermakna kita menyeru mereka datang.

Wallahualam! Hanya Tuhan lebih mengetahui.
Sumber
Read More

Gambar Majlis Pernikahan Supermodel Tengku Azura Dan Ramelle Ramli

Tahniah diucapkan buat supermodel Malaysia, Tengku Azura yang selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya, Ramelle Ramli Ngah Taib.

Majlis pernikahan dan persandingan serba ringkas namun tampak elegan itu berlangsung di Flora Terrace, The Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Nora Danish dan Fasha Sandha antara selebriti yang hadir pada majlis tersebut.


Tengku Azura sebelum ini mempunyai dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu sementara Ramelle pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan model komersial, Diana Johor.

Tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai, semoga ikatan suci berkekalan hingga ke jannah








Read More